Nadia termenung di tingkap bilik. Malam itu bulan kelihatan suram. Langit gelap. Sama seperti hatinya ketika itu. Kepalanya asyik memikirkan mesej-mesej rakan sekuliah. Kata-kata Nasuha. "Siapalah aku hendak berdampingan dengan Noh Daniel." Kata- kata itu sering melintas di kepalanya ketika ini. Nadia mengeluh lagi.
"Kenapa ni Nadia? Ada masalah?" Tegur Mashitah. Segelas air nescafe dihulurkan. Sama-sama berdiri di tingkap sambil memandang jauh ke langit malam.
"Tak ada apa-apalah, teringat apa yang Nasuha cakap siang tadi." Mashitah menggeleng.
"Aku dah cakap jangan fikir. Kau dah kahwin pun dengan Encik Noh. Biarkan aje orang cakap apa. Mulut Nasuha tu memang busuk." Ujar Mashitah siap dengan mimik muka. Nasuha memang cantik tapi hati busuk!
"Ada betul apa dia cakap." Nadia bersuara lemah.
"Pedulikan jelah. Haa... ada baiknya sekarang kau cerita dekat aku dari A sampai Z macam mana kau boleh kahwin dengan musuh ketat kau tu? Bila?" Mashitah menuntut janji. Nadia tersenyum tawar. Musuh ketat? Sangat ketat!
"Panjang weh... tapi aku yakin ini semua perancangan Allah."
"Panjang ke tak, sebelum pukul 12 kena habis cerita ya. Esok kelas pagi. Cepat-cepat." Mashitah sedikit mendesak. Nadia menarik nafas dalam-dalam.
"Sebelum aku cerita, aku nak kau janji dulu. Jangan marah dan jangan bagitahu sesiapa pun hal ni. Rahsia sampai Encik Noh sendiri yang bagitahu dekat semua orang. Okay?" Nadia mengangkat jari kelingkingnya mahu Mashitah berjanji. Mashitah memaut jari kelingking Nadia dengan jari kelingkingnya. Janji!
"Okay. Kami sebenarnya kena perangkap. Tak tahu dengan siapa tapi tak sampai kena tangkap basah. Kami bangun pagi tu, kami tak pakai apa-apa dalam bilik hotel. Kau bayangkan perasaan aku? Tak pakai apa-apa dan Encik Noh dekat sebelah." Mashitah menekup mulutnya. Terkejut besar. Nadia meneruskan ceritanya. Sesekali Mashitah beristighfar dan menggeleng kepala tidak mencelah sedikit pun sehingga Nadia habis menerangkan situasi dia dan Encik Noh.
"Macam tu la kisahnya."
"Allahuakbar. Sampai macam tu? Kenapa Encik Noh dengan kau?" Soal Mashitah kurang faham.
"Kami pun tak tahu, musuh aku ke musuh Encik Noh. Tapi kami adalah beberapa orang suspek. Encik Noh pun mula merangka pelan nak cari siapa yang buat kami macam tu." Ujar Nadia.
"Suraya? Kan haritu aku dapat telefon dari dia." Mashitah cepat sahaja menyuarakan. Nadia mengangguk.
"Antara suspek. Tapi tak tahulah. Baik je dia selama kenal dengan aku." Nadia tidak mahu buruk sangka.
"Itulah takut pula nak cakap sesiapa nanti jadi fitnah." Mashitah bersetuju. Terlalu awal untuk membuat andaian.
"Encik Noh suruh aku takut-takutkan Suraya. Nanti aku nak tanya pasal telefon tu."
"Kesian kau Nadia. Macam-macam hal." Mashitah menggosok lengan Nadia perlahan seakan menyalurkan kekuatan.
"Rezeki aku. Haaa... Mashitah, pak cik aku datang tau jumpa papa dengan mama Encik Noh." Mashitah terlopong.
"Habis jadi macam mana? Kau jumpa dia?"
"Mujur semua baik-baik je. Aku terpaksalah jumpa juga, Encik Noh suruh selesaikan masalah. Mujur ada Encik Noh, mama dan papa. Semua selesai walaupun kecoh jugak."
"Encik Noh jadi hero la eh?" Mashitah mengusik.
"Sangat hero, macam prince charming selamatkan princess." Nadia membalas usikan membuatkan Mashitah membuat muka menyampah.
YOU ARE READING
N & N
RomanceNoh Daniel dan Nur Nadia kisah cinta yang hadir setelah pernikahan yang langsung tidak disangka akan terjadi antara mereka berdua. Nadia gadis biasa yang sering menjadi jenaka buat Noh Daniel yang menjadi rebutan gadis. kisah hitam itu mendekatkan m...