Bab 7

156 81 1
                                    

" Apa maksud kau?" Theo menyoal.

" Kami yang bunuh dia untuk mendapatkan kuasa dia. Kau jangan risau. Sekarang dia dah jadi manusia," lelaki pertama ketawakan Theo.

Bibir Theo diketap akibat terlalu marah mendengar pengakuan mereka. Tanpa membuang masa, mereka terus berlawan.

" Aku akan pastikan kuasa kau diambil sebelum kau mati"

Lelaki kedua dan lelaki ketiga berlawan dengan Theo dan Jiung manakala lelaki pertama hanya melihat sambil mendekati Hyujin. Perlahan-lahan, Hyujin diangkat sebelum menjatuhkannya dari gunung itu.

" Hyujin!" Theo terus terjun untuk mendapatkan adiknya.

" Hyung!" Jiung ingin mendapatkan mereka namun lelaki bertopeng itu menghalangnya.

Selang beberapa saat kelihatan debu berwarna merah yang datang dari kaki gunung.

" Ouh. Mereka dah takde"

Jiung terus rebah. Lelaki kedua meletakkan tangannya berhadapan dengan Jiung sebelum mula menarik kuasa Jiung namun tidak bertahan lama apabila sebilah pedang air datang.

" Jiung!" Wooyoung mendekati Jiung.

Mereka yang lain turut berada di situ untuk mengalahkan tiga lelaki bertopeng itu namun lelaki bertopeng itu terus melarikan diri.

" Kejar mereka!" Hongjoong memberi arahan.

Mereka mengejar lelaki bertopeng itu kecuali Jiung dan Wooyoung.

" Wooyoung tolong cari siapa mereka bertiga. Tolong ya. Kau pun tahu aku tak sanggup berpisah dengan Theo dan Hyujin," Jiung memandang tepat ke mata Wooyoung.

Mata Jiung bertukar merah sebelum tangannya diletakkan ke dada Wooyoung.
Kelihatan kuasanya diserahkan kepada Wooyoung.

" Jiung berhenti. Aku tak perlukan kuasa kau, " Wooyoung cuba menolak tangan Jiung namun tak berhasil.

" Gunalah kuasa ni bila lawan mereka. Aku bagi kau separuh kuasa aku untuk kau cari tahu siapa mereka," sebelah mata Wooyoung kelihatan berwarna biru dan sebelah lagi berwarna merah.

" Kau pun tahu yang kita berjanji untuk sehidup semati kan? Apa kau nak jadi manusia awal dari kitaorang ke? " soal Wooyoung.

Jiung mengangguk sambil tersenyum. Pedang di tangannya ditusuk ke dada. Wooyoung hanya mampu melihat apabila Jiung bertukar menjadi debu merah.

" Aku akan cari tahu siapa lelaki bertopeng tak guna tu, " Wooyoung memegang pedang Jiung sebelum dijadikan rantai kecil.

Rantai itu dipakaikan di lehernya sebelum pergi dari gunung itu.

Flashback end...

Wooyoung yang teringat semula memori mengeluh. Hyujin terus menepuk tangan Wooyoung. Sebaik sahaja Wooyoung memandang Hyujin kelihatan matanya bertukar warna sebelah biru dan sebelah merah.

" Awak marah ke? Kalau macam tu saya tak tanya," Hyujin berlalu ke dapur.

Mereka yang lain masuk dengan senyuman namun sebaik sahaja melihat mata Wooyoung terus mereka mendekati Wooyoung.

" Kau kenapa?" soal Seonghwa.

" Kau ambik tenaga dia ke?" soal Hongjoong.

" Aku tak ambik tapi bila dia sentuh aku dia yang bagi tenaga dia," balas Wooyoung.

Hyujin yang baru membasuh pinggan memandang mereka sebelum mengukir senyuman.

" Hyujin awak ada letih ke? Ada demam tak? Rasa pening? " Jongho memariksa Hyujin.

" Takdelah. Emm saya nak keluar jalan-jalan, " Hyujin terus keluar dari rumah.

" Kita tak patut bagi dia tahu yang dia demon dulu," kata Wooyoung.

Semua mereka mengangguk demi menjaga keselamatan Hyujin. Perlahan-lahan mata Wooyoung bertukar semula ke warna asal.

" Kita kena jaga dia, " San memandang mereka semua.

" OK. Jom ikut dia, " Seonghwa terus membetulkan jaket yang dipakainya.

Hyujin yang sedang memaki kasut memandang semua mereka yang sedang memerhatikannya.

" Apa yang korang buat ni?," soal Hyujin sebelum berdiri.

" Disebabkan Hyujin sudi bantu kami untuk jadi manusia kami akan jaga Hyujin sebaik mungkin," San mengukir senyuman.

" Lah. Tak payah. Lagipun takkan lah setiap tempat pun nak pergi?" soal Hyujin.

" Ya. Semua tempat, " balas Wooyoung.

Hyujin hanya memekakkan telinga sebelum berlari. Bukan berlari tapi jogging .

" Nak pergi mana? " soal Seonghwa yang berlari di sebelah Hyujin.

" Jogging. Tak payahlah ikut lagipun saya ni pelari handal tahu," kata Hyujin.

" Kalau macam tu, kita lumba lari jom," Jongho memandang.

" OK sape sampai persimpangan depan tu dulu dia menang, "kata Hyujin.

Mereka mula berlari kecuali Wooyoung yang tiba-tiba menghilang. Sebaik sahaja Hyujin sampai di persimpangan itu, sebuah kereta hampir melanggarnya namun Wooyoung terlebih dahulu menarik tangannya.

" Nampak? Kau cuai. Kalau kau mati siapa nak tolong kitaorang?" soal Wooyoung dengan mata yang sudah bertukar.

Melihat Hyujin yang memandangnya pelik terus sahaja dia melepaskan pegangan sebelum matanya kembali normal.

My Boyfriend Is A Demon [ ATEEZ ] Where stories live. Discover now