Bab 11

123 69 1
                                    

Keesokan harinya, Seonghwa memaklumkan untuk mereka pergi sekolah dengan berjalan kaki. Hyujin mengangguk setuju kerana basikalnya pancit tanpa sebab.

Keluar sahaja dari rumah, Wooyoung terus menariknya sebelum kedengaran sesuatu pecah dari belakang.

" Dari mana pasu tu jatuh?" Hyujin memegang dada.

" Nampaknya betul jangkaan kau Wooyoung. Mori memang akan cuba bunuh Hyujin," kata Hongjoong.

" Bunuh saya?" soal Hyujin takut.

" Takpe. Aku janji yang aku akan jaga kau," kata Wooyoung.

" Tapi,,,"

" Kau percayakan aku tak? " soal Wooyoung.

Perlahan-lahan Hyujin menganggukkan kepalanya sebelum mereka meneruskan perjalanan mereka ke sekolah. Seonghwa tiba-tiba menarik tangan Hyujin membuatkan semua berhenti melangkah.

Sebuah lori lalu di hadapan mereka. Hyujin yang melihat bahagian pemandu terus memandang mereka.

" Takde orang yang bawak?" soal Hyujin.

Wooyoung menarik tangan Hyujin dan mereka sambung perjalanan ke sekolah. Akhirnya mereka sampai juga di sekolah.

Masuk sahaja ke dalam kelas, Wooyoung berhenti melangkah membuatkan Hyujin yang masih dipegang tangannya oleh Wooyoung berhenti melangkah.

' Apa pulak kali ni?' Hyunji berdebar.

" Kita lupa sarapan," kata Wooyoung sambil memandang Hyunji.

Hyunji yang tadinya nampak sedikit berdebar menantikan apakah ada lagi masalah yang nakal dialami menghembus nafas. Bahu Wooyoung dipukul sebelum dia duduk di tempat duduknya.

Wooyoung mengukir senyuman sebelum dia menerima pukulan di bahu oleh Jongho.

" Berdebar saya," Jongho membuat suara perempuan.

" Haisy budak ni," Wooyoung mengacah untuk memukul Jongho membuatkan Jongho segera berlari ke tempat duduknya.

Wooyoung dan yang lain duduk di tempat mereka sambil memerhatikan Hyunji yang sedang khusyuk membaca buku.

Mingi, Yunho dan Yeosang masuk ke kelas dengan senyuman membuatkan semua perempuan cair. Wooyoung hanya buat tidak layan begitu juga Jongho, San, Hongjoong dan Seonghwa.

" Selamat pagi, Hyujin," Mingi menyapa.

Hyujin hanya memandang sebelum menganggukkan kepala. Kata-kata Seonghwa kelmarin di ingat semula.

Flashback...

Saat Hyujin ingin melelapkan mata, ketukan di pintu membuatkan Hyujin tersedar semula. Sebaik sahaja pintu di buka kelihatan Seonghwa yang berada di situ.

" Seonghwa?" soal Hyujin.

Seonghwa cepat-cepat menutup mulut Hyujin menggunakan tangannya sebelum menutup pintu.

" Shhhh. Perlahan sikit," kata  Seonghwa.

" OK. Ada apa?" soal Hyujin.

" Hyujin ada hajat?" soal Seonghwa.

" Soalan apa tu. Siapa je yang takde hajat?" Hyujin memandang Seonghwa pelik.

Seonghwa memandangnya dengan senyuman.

" Kalau macam tu saya akan makbulkan 3 hajat Hyujin. Apa pun akan dimakbulkan. Boleh?" soal Seonghwa.

Hyujin memandang Seonghwa dengan pelik sebelum mula memikirkan sesuatu.

" Mesti ada syarat kan? Cakap apa yang Seonghwa nak?" soal Hyujin.

" Seonghwa nak Hyujin jangan layan 3 lelaki baru tu, boleh? " soal Seonghwa.

" Tu je ke? Heheh boleh," Hyujin mengukir senyuman.

" Bukan tu je. Hyujin kena buat muka sebeku ais depan mereka tapi senyum depan kami, boleh?,"

" Boleh. Rasanya," Hyujin teragak-agak.

" Hyujin buat macam tengah berlakonlah. Dan jangan bagi mereka bertiga sentuh Hyujin pun faham?"

" Baiklah kalau tu yang Seonghwa nak. Emm betul ke Seonghwa boleh tunaikan tiga permintaan Hyujin walau apa pun?" soal Hyujin.

Seonghwa mengukir senyuman sebelum menganggukkan kepala pasti.

" Hanya saya yang boleh makbulkan permintaan sesiapa saja dengan bayaran, " kata Seonghwa.

" Bayaran? Saya kena bayar ke? "

" Bayaran Hyujin adalah buat apa yang kita cakap tadi. Boleh kan?"

Hyujin menganggukkan kepala.

" Kalau nak buat permintaan, rapatkan kedua belah tangan lepastu, buat permintaan dalam hati. Faham? " soal Seonghwa.

" Faham"

Seonghwa meletakkan tangan kanannya ke atas tangan kiri Hyujin sebelum menutup mata. Kelihatan cahaya berwarna putih sebelum ia menghilang dan yang kelihatan hanyalah satu rantai berkristal putih.

Seonghwa memakaikan rantai itu kepada Hyujin.

" Permintaan takkan terjadi terjadi masa bulan purnama," kata Seonghwa sebelum keluar dari bilik Hyujin.

Hyujin menyentuh kristal putih di lehernya dengan senyuman.

Flashback end...

My Boyfriend Is A Demon [ ATEEZ ] Where stories live. Discover now