♟️YD3

243 17 1
                                    

Alarm yang berbunyi di henfonnya membuatkan Safwanah rasa mahu baling handphonenya ke anjing jiran sebelah.

Kuat gila! Pekak telinga aku.

Dia menyanggul tinggi rambutnya dan terus berlalu ke bilik air.

Dia merenung dirinya di pantulan cermin.

"Cantik siot aku! Uish"

Dia membasuh muka dan memberus gigi.

"Bangun tidur pun cantik. Haih penat betullah jadi cantik ni"

Safwanah pergi ke bawah pancuran air.

"Everybody say lalalala!"

"Lalalala!"

Cak cak cak.

Wana terdiam. Ouh jangan kata,tolonglah jangan.

Cicak! Ada cicak!

Argh,menggelupur dia membersihkan badannya dari sabun lalu pantas keluar dari bilik air.

Geli. Sungguh dia geli dengan cicak. Sejarah hitam dia bersama cicak tidak akan dia lupa.

Dia berumur 7 tahun waktu itu. Sedang main sorok-sorok,tiba-tiba ada cicak masuk dalam seluar.

Dia berazam untuk membenci keturunan cicak.

Dan dia buat.

Wana beralih ke almari baju. Baju yang sudah siap digosok semalam dia keluarkan.

Blouse biru bersama seluar slack hitam dipakai. Tudung berwarna hitam dia lilit di kepala.

Susah sangat nak pilih tudung warna apa,dia tarik keluar saja shawl berwarna hitam semalam. Senang cerita.

Bukannya mula kerja harini pun. Baru interview.

Dia mengenakan sedikit lip balm pada bibirnya.

Seperti yang dia cakapkan tadi,dia dah cantik. Takyah mekap beria.

Dia keluar dari bilik setelah menutup lampu.



Yussuf bergegas masuk ke pejabat,menyedari dia sudah sedikit terlambat.

Dia berdehem kecil apabila semua memandangnya. Dengan langkah selamba dia masuk ke pejabatnya.

Matanya diliarkan kepada tempat interview yang betul-betul berada di luar pejabatnya itu.

Ada Wana. Cantik.

Dia segera duduk di atas kerusinya.

Macam seronok je hari ni.

Dia tidak sabar. Excited sungguh menunggu PA baru.



Wana termenung seketika di meja pejabatnya ketika itu.

Siapa boss dekat syarikat ni? Seriously lepas interview terus kerja? Setahunya kena tunggu dua tiga hari baru boleh mula kerja kalau diterima.

Ini apa ini miska. Dia tidak berapa arif tentang hal pejabat ini. Nak minta tolong siapa ni?

Sudahla dia jadi PA bos yang dia sendiri tidak kenal siapa.

Orang kata bosnya itu dingin.

Seorang gadis berambut panjang datang ke mejanya. Segera dia berdiri. Badannya automatik terbongkok sedikit.

Ni mesti banyak sangat tengok drama korea ni.

"Eh,tak payahlah sampai bongkok-bongkok macamtu. Ni,saya datang ni nak ajar serba sikit. Saya PA bos Wana sebelum ni"gadis itu menerangkan serba sedikit. Dia tidak tahu banyak benda jadi dia hanya terangkan perkara yang dia tahu sahaja.

YUSSUF DANIALWhere stories live. Discover now