♟️YD40

132 11 1
                                    

Eh dah 40!

Aisyah memandang Wana yang tidak sedarkan diri di sebelahnya itu.

Kereta yang membawanya itu membelok masuk ke sebuah rumah usang di sebuah kawasan lama.

Lama-lama pun,banyak gila orang buat maksiat dekat sini.

Haritu dia belasah seorang budak lelaki belasan tahun yang buat benda tak senonoh di kawasan perumahan lama ini.

Dasar bocah kecil,kecik-kecik dah macamtu besar nanti nak jadi apa?

Sekali dengan budak perempuan tu dia tazkirahkan.

Kereta yang dinaikinya berhenti.

Pintu kereta di sebelah Wana terbuka.

"Eh,dia ni biar aku handle"

"Tapi Cik Aisy.."lelaki itu mahu membantah.

Jadi apa-apa aku yang kena bantai bukan dia.

Aisyah menjegilkan matanya.

"Kau banyak sangat alasan kang memang aku pecat kau. Dah sana-sana"halau Aisyah selamba.

Dia keluar dari kereta lalu terus bergerak ke sisi kereta. Lelaki tadi masih tidak berganjak.

"Engkau ni memang nak kena ke? Aku kata sana tu sanalah!"jerit Aisyah.

Ingat perempuan je tak faham bahasa,laki pun!

Huh.

"Tapi Cik Aisy.."

Buk!

"Berambus!"

Lelaki tadi mengaduh sebelum cepat-cepat beredar dari situ.

Dasar perempuan.

Sakit siot!

Aisyah memapah Wana yang masih tidak sedarkan diri itu masuk ke dalam rumah besar itu.

"Apa pandang-pandang?!"jerkahnya pada lelaki tadi.

Aisyah mendengus,sibuk je nak main pandang-pandang aku bagi sekali kang.

Aisyah menutup mata apabila melihat beberapa perempuan yang hanya memakai skirt separas peha saja.

Ni memang betul-betul rumah maksiat ni.

"Perempuan bertudung? What the hell is she doing here?"soal seorang perempuan bila melihat dia.

"None of your bussiness bitch"selamba Aisy menjawab.

Perempuan tadi dijelingnya sebelum dia masuk ke salah satu bilik di tingkat bawah. Wana dia letakkan di atas katil.

Sekilas Wana yang tidak sedarkan diri itu dipandang.

Dia mengeluh seraya keluar dari bilik itu.

"Jangan siapa-siapa pun masuk dalam bilik tu. Budak tu,bawah aku"Aisyah memberi amaran sewaktu dia melangkah ke ruang tamu.

"Euw,aku ingatkan kau straight"ujar seorang perempuan di situ.

"Unfortunately not"Aisyah mengigit bibir bawahnya sebelum keluar dari rumah itu.

"Ceh,kalau tak kenapa aku suka si Yussuf tu. Bodoh"Aisyah bergerak masuk ke dalam kereta.

"Hantar aku balik rumah"

"Baik Cik Aisy"




Wana terjaga bila dia terdengar bunyi bising di luar. Perlahan-lahan dia membuka matanya.

Ruangan asing itu dia pandang sebelum dengan cepat dia bangun.

Dekat mana ni?

Tiada satu pun tingkap di dalam bilik itu. Hanya kipas siling,lampu,almari kecil serta katil.

YUSSUF DANIALOpowieści tętniące życiem. Odkryj je teraz