♟️YD7

173 13 1
                                    

Suasana di meja makan ketika itu senyap sunyi. Kalaulah ada sebutir nasi jatuh,pasti kedengaran.

Nampak benor menipunya.

Wana menunduk saja daripada tadi. Kedatangannya ke sini memang tidak dialu-alukan pun. Malu lah dia.

Semua salah Yussuf. Kalau tak kerana mamat tu,mesti dia tengah tengok drama time ni.

Ergh,menjengkelkan.

"So,inilah dia perempuan yang Yussuf kata kan tu?"soal Dato' Yasir setelah dia meletakkan sudu dan garpu di atas pinggan.

Wana mengangkat muka. Takut dilabel sombong.

"Haah"jawab Yussuf sepatah.

Sedap mak masak harini. Rugi tak makan.

Tengok si Yasmin tu,bukan main berselera.

"Asal mana?"

Wana sedikit tersentak. Saya asal drama je nangis pakcik.

Eh Dato'

Dia jawab macamtu,memang teruk kena bantai dengan Yussuf.

"Jawablah! Kau ni takde mulut ke apa?!"jerkah Naura.

Huh,buat panas hati je.

Yussuf mengangkat muka.

"Just mind your own bussiness..

..Bij"amat perlahan dan hanya dia saja yang dengar.

Silap,Yasmin pun dengar sekali. Nasib baik lah pandai cover depan papa. Kalau tak memang kantoi,gelap masa depan.

Naura menghentak sedikit kakinya. Geram dengan tindakan Yussuf.

"Saya asal Melaka Da..Dato' "jawab Wana.

Gagap pun gagap lah. Dia tanya mengejut macamtulah jawapannya.

"Umur berapa?"

"25 tahun"jawab Wana.

"Sama dengan Min lah kan?"Dato' Yasir memandang anak perempuannya.

Yasmin hanya mengangguk. Sibuklah orang nak makan. Dah 25 tu memang sama baya dia lah.

Papa ni pun.

Wana kembali terkulat-kulat. Tak tahu mahu buat apa.

Nasinya sudah habis. Telan yang sikit tadi pun macam telan kertas pasir,ini pula nak tambah lagi.

Tengoklah datin dekat sana tu. Bukan main pandang dia. Siap jeling.

Ingat aku tak berani la tu nak jeling dia balik? Huh ni Safwanah la makcik,desis hatinya.

"Huh,dahla. I tak berselera nak makan!"Datin Bee bangun dari kerusi.

Naura turut bangun mengikut langkah Datin Bee. Meluat pula dia.

Dato' Yasir hanya memandang isterinya pergi. Hatinya mengeluh.

Isterinya itu tiada perasaan malu atau bersalahkah?

"Yussuf,papa cuma nak cakap satu benda"serius suara Dato' Yasir membuatkan Yussuf terhenti seketika.

"Apa pun pilihan Yussuf,papa terima. Jangan risaukan mama kamu tu. Go ahead dengan keputusan Yussuf. Kamu dah banyak menderita selama ni. Andai kata dengan izin papa ni boleh buat kamu happy,teruskanlah nak"sayu suara Dato' Yasir membuatkan suasana agak syahdu di situ.

Dato' Yasir tersenyum sedikit ke arah Wana lalu berlalu ke atas.

Apa reaction Yussuf? Wana memandang Yussuf dihadapannya.

YUSSUF DANIALDonde viven las historias. Descúbrelo ahora