# 05

107 40 13
                                    

Aku memerhatikan kepingan gambar polaroid yang kami tangkap tadi di taman tema. Yedam yang membawa camera polaroid dan memfoto kami berdua sepanjang permainan.

Aku tiada hint untuk berfikiran mengapa dia berbuat begini sedangkan kami bertemu secara tidak sengaja. Kelas pun aku tak tahu. Tiba-tiba dah jadi sepasang kekasih. Tanpaku sedar, senyuman nipis terukir saat aku menlihat gambar Yedam.

Dia tengah makan gula-gula kapas. Gambar ni aku yang tangkapkan untuknya. Handsome dan comel betul dia kat dalam gambar ni. Dalam gambar ni jelah ye.

"Bagi camera tu kejap."

"Eyy nak buat apa. Kang kau pegang rosak kejap lagi.", bantah Yedam yang sedang duduk sambil mengunyah gula-gula kapas itu. Aku hanya berjeling mata lalu merampas camera polaroid itu.

Klick !

Aku menunggu gambar yang aku foto tadi keluar dari camera itu. Yedam menjeling sekilas ke arah aku menandakan seperti dia juga ingin tahu gambar apa yang aku foto.

Senyuman teruja aku terukir dibibir, "Tadaa! Cantikkan? Kalau aku yang ambil mesti lagi lawa dari kau.", kataku sambil memerlinya. Yedam merampas gambar itu dari tangan aku. Aku biarkan saja kerana itu ialah gambar dia.

Ya, aku memfoto gambarnya. Yedam membuat wajah jijik, "Buruk sia muka aku. Kau ni rosakkan gambar aku je.", hinanya selamba. Aku dengan lantas duduk disebelahnya dan merampas kembali foto itu.

Yalah, memang buruk. Buruk sebab modelnya pun buruk-- Dahlah tak baik. Tapi gambar itu memang buruk sedikit. Sebelah mata Yedam tertutup dan membuatkan gambar itu nampak aneh.

Aku tertawa, "Aku main ambil je. Tak tahu pula jadi macam ni-- HAHA", Yedam hanya membuat muka saja. Mungkin dia merajuk. Aku memegang tangannya lembut.

"Alahh boyfriend saya ni kuat merajuk rupanya.", pujukku. Yedam masih lagi tidak memberi sebarang reaksi. Aku mula terdiam. Mungkin dia memang benar-benar terasa hati(?).

"Bodoh percaya. Fikir aku nak merajuk sebab gambar aku candid je? Hmph tak ada masa.", ujarnya lalu menarik tanganku lagi untuk pergi menyambung bermain.

"Tapi dia ni comel la.", ujarku sendirian sambil berbaring diatas katil yang empuk itu dan memegang polaroid Yedam yang aku foto petang tadi.

...

deal // yedamWhere stories live. Discover now