# 07

104 38 6
                                    

"Kau memang tak reti nak jaga diri sendiri eh?", ujarnya apabila kami sudah pun berhenti di hadapan taman sekolah. Aku memandangnya aneh. Aneh sebab tiba je nak marah. Yedam merengus kasar apabila menlihat reaksiku ini.

Dia kemudian menarik aku dekat dan kedua-dua belah tangannya jatuh diatas bahuku, "Kau kena protect diri kau sendiri, Sihyeon. Tak akan kau nak biar orang hina kau sampai bila-bila?", aku terdiam seketika.

Memang benar, selama ni diaorang buli aku, aku cuma diam saja. Tak reti nak lawan balik. Kalau lawan pun nanti kena balik. Aku memandang Yedam dengan wajah sayu. Yedam yang menlihat itu mula menayangkan wajah bersalah.

Mungkin dia rasa bersalah dengan kata-kata dia sebelum ni kot? Tanpa menunggu lama, Yedam tiba-tiba saja menarikku kedalam dekapannya. Terkejut aku dibuatnya.

Aku yang tadi memberontak mula rasa senang apabila Yedam mula mengelus lembut rambutku. Bibirnya didekatkan dengan telingaku. Sampai hembusan nafas pun terasa.

"Kalau kau nak luah, luah je kat aku. Mungkin aku boleh tolong."

Kata-kata yang ringkas tapi boleh membuatkan aku bahagia. Aku kemudian membalas pelukkannya. Senyuman kecil akhirnya terukir.

Terima kasih, Bang Yedam kerana menyedari akan kesedihan ku...

...

deal // yedamWhere stories live. Discover now