1

245 28 4
                                    

"Apa!? Kahwin dengan dia? Seriuslah eomma." kata Mingi separa menjerit. Tuan dan Puan Song mengangguk. Sooyun hanya memandang lantai.

"Mingi. Kahwin jelah dengan Sooyun. Lagipun dia gadis yang baik. Sooyun, kamu terima tak Mingi jadi nampyeon kamu." tanya Puan Song kepada Sooyun. Sooyun hanya diam. Mingi berharap yang Sooyun membalas tidak.

"Tapi puan. Lagipun Mingi kan sudah ada teman wanita. Lagi bagus kalau Mingi kahwin dengan orang yang dia cintai." balas Sooyun. Mingi mengangguk laju.

"Mingi cinta Ryujin je. Mingi nak kahwin dengan dia." kata Mingi. Puan Song mengeluh.

"Hey Mingi. Kau tak tahu ke Ryujin tu cuma nak duit kita je. Bukan dia cinta dekat kau. Sedarlah Mingi." kata Jihyo, kakak kepada Mingi. Mingi merengus geram.

"Okay. Mingi terima dia! Tapi jangan harap Mingi akan layan dia elok." kata Mingi lalu keluar dari rumah itu. Sooyun hanya mampu melihat.

"Sooyun, kau abai jelah dengan Mingi tu. Dia tu bengong, tak nampak agaknya si Ryujin tu cuma nak duit dia je." kata Jihyo. Sungguh dia tidak berkenan dengan Ryujin. Gadis yang di cintai oleh adiknya.

"Baik unnie." balas Sooyun sambil memberikan senyuman nipis.

<><><>

Skip perkhawinan~~

Sooyun membawa masuk begnya ke rumah Mingi. Mingi hanya membiarkan Sooyun yang bertungkus-lumus untuk mengeluarkan beg miliknya.

"Bilik kau dekat sebelah bilik aku. Tidur asing. Aku tak nak sebilik dengan kau. Jijik." kata Mingi sinis lalu masuk ke dalam biliknya. Sooyun hanya mengeluh dengan kata-kata suaminya.

Dia masuk ke dalam biliknya yang di beritahu oleh Mingi. Dia tersenyum melihat dekorasi bilik itu. Sungguh kemas dan teratur.

"Nak buat apa dulu eh. Kemas baju dulu lah baru buat benda yang lain." kata Sooyun seorang diri. Dia mula menyusun bajunya ke dalam almari kayu yang berwarna hitam.

<><><>

Selepas mengemas, Sooyun mengambil tuala dan baju untuk membersihkan dirinya. Beberapa minit kemudian, Sooyun keluar dari bilik air dan terkejut apabila Mingi berada di depan pintu.

"Ermm awak nak apa?" tanya Sooyun. Mingi menggulingkan anak matanya.

"Masakkan aku makanan. Aku lapar." balas Mingi lalu keluar dari bilik Sooyun.

Sooyun turun tangga dan menuju ke arah dapur untuk masak. Dia melihat barang dapur yang masih banyak dan mengeluarkan.

"Nak masak apa eh. Tanya lah dia." Sooyun mencari Mingi. Dia menuju ke bilik Mingi.

Tok tok tok.

Pintu bilik di buka, muka malas Mingi dikeluarkan. Keningnya di angkat.

"Kau nak apa? Kacau betul lah aku nak mesej Ryujin." tanya Mingi.

"Awak nak makan apa. Saya tak tahu nak masak apa." balas Sooyun. Mingi mendecit.

"Aku makan luar. Kau masak lah untuk kau. Aku nak keluar, jumpa Ryujin. Dah tepi kau." kata Mingi lalu menolak Sooyun ke tepi. Dia turun ke bawah dan keluar dari rumah.

"Salah ke aku nak kasih sayang dari dia? Jangan mimpi lah Sooyun. Dia hanya cinta Ryujin." kata Sooyun seorang diri. Dia mengeluh kecil. Sungguh dia terasa dengan layanan Mingi kepadanya.

Tapi demi kebahagiaan Mingi, dia sanggup berkorban. Cintakan memerlukan pengorbanan bukan?

To be continue

Nyah- tahu hambar.

[C]Our Precious Love |•Song Mingi/송민기•|Where stories live. Discover now