9

160 27 5
                                    

[Malam]

Sooyun sedang memasak untuk makan malam untuk mereka berdua. Mingi datang dari belakang lalu memeluk pinggang ramping Sooyun. Sooyun tersentak.

"Sorry, kalau saya buat awak terkejut." kata Mingi sambil meletakkan dagu di bahu Sooyun. Sooyun tersenyum nipis.

"Awak masak apa?" tanya Mingi. Sooyun menutup api apabila seusai memasak.

"Daging merah dengan kimchi sikit. Bolehkan." balas Sooyun. Mingi mengangguk laju. Sooyun tersenyum. Sesungguhnya dia gembira mendapat layanan seperti ini.

"Saya nak hidang ni. Awak pergi duduklah." kata Sooyun. Mingi menggeleng.

"Saya nak tolong. Kesian awak buat sorang-sorang." Mingi menolong Sooyun menghidangkan makanan di atas meja.

Skip makan.

Selepas mereka berdua makan, mereka berdua menuju ke ruang tamu untuk menengok siaran televisyen.

Senyap.

Hanya suara pelakon sahaja yang kedengaran. Tiada topik untuk di perkatakan.

"Mingi" panggil Sooyun. Mingi memandang wajah Sooyun. Dia tersenyum.

"Kenapa sayang?" tanya Mingi. Pipi Sooyun memerah apabila suaminya memanggil dengan gelaran 'sayang'

"Ermm tiada apa-apa lah. Lupa pula nak cakap apa.hehe" balas Sooyun sambil menggaru kepalanya yang tidak gatal. Mingi memeluk bahu Sooyun. Kepalanya di sandarkan di kepala Sooyun.

"Bogoshipeo. Esok kita keluar nak? Lepaskan rindu." tanya Mingi. Sooyun mengangguk.

"Ikut awak." balas Sooyun dengan senyuman di bibir. Mingi mencium pipi Sooyun. Sooyun mengetap bibir.

Sooyun memeluk badan Mingi. Mingi tersenyum lalu membalas pelukan isterinya. Sooyun terlena di dalam dakapan Mingi.

Mingi menutup televisyen sebelum mengangkat Sooyun dengan gaya bridal menuju ke bilik Sooyun. Mujurlah katil Sooyun besar boleh memuatkan dua orang. Mingi meletakkan tubuh Sooyun di atas katil sebelum membaringkan dirinya sebelah isterinya.

Mingi memandang wajah polos Sooyun yang lena tidur. Dia menyelitkan rambut depan Sooyun di belakang telinga.

"Tinggal lima hari sebelum hari itu tiba. Mianhae, saya takkan lepaskan awak. Saya terpaksa guna cara lain untuk membatalkan penceraian itu. Because you're mine. I will never let you go away from me." Mingi berkata di dalam hatinya lalu mencium bibir Sooyun sekilas dan melingkarkan tangannya di pinggang Sooyun.

—————

Esok~~

Mereka berdua menuju ke satu tempat. Sooyun melihat kawasan itu. Kawasan permakaman.

"Buat apa kita pergi sini?" tanya Sooyun dengan nada bergetar. Mingi tersenyum.

"Lawat baby. Saya tak sempat nak tengok kubur dia. Saya harap awak tak kisah." balas Mingi lembut. Sooyun mengangguk.

"Awak nak ikut?" soal Mingi. Sooyun menggelengkan kepala tanda tidak mahu. Bukan dia tak mahu, biarlah anaknya berdua dengan ayahnya.

"Jaga diri okay." pesan Mingi sebelum melangkah keluar dari perut kereta. Sooyun hanya melihat Mingi masuk ke dalam kawasan permakaman.

<><><>

M

ingi menuju ke satu perkuburan di mana terletak anaknya di kuburkan. Dia tersenyum nipis.

"Appa datang ni. Baby sihat tak. Appa minta maaf tak jaga kamu dengan eomma sebaiknya. Appa betul-betul menyesal. Tapi, hujung minggu ni. Eomma akan suratkan penceraian. Seboleh-bolehnya appa tak nak ada penceraian. Setiap masalah mesti ada penyelesaian. Appa faham perasaan eomma. Tunggu eomma appa nae. Appa pergi dulu. Annyeong baby." Mingi mengusap kaca yang di dalamnya ada sebuah telaga yang isinya abu. Dia mengelap air matanya sebelum melangkah pergi.

Dia kembali ke kereta. Sooyun melihat wajah sedih Mingi tersenyum nipis.

"Awak okay?" tanya Sooyun. Mingi membalas pertanyaan isterinya dengan anggukan.

Mingi membawa keretanya menuju ke sebuah pantai. Sooyun melihat suasana pantai yang lenggang.

"Pantai" tanya Sooyun. Mingi mengangguk. Sooyun tersenyum teruja. Sudah lama dia tidak pergi pantai itu. Kali terakhir, 10 tahun lepas. Mingi memberhentikan kereta.

"Jom keluar." ajak Mingi. Sooyun keluar dari kereta. Mereka berdua berpegangan tangan menuju ke arah pantai. 

To be continue

Vote and comment. Jadikan bintang tu berwarna oren. Silent reader tq support ff aku. Ke'silent' an anda saya hargai😊

[C]Our Precious Love |•Song Mingi/송민기•|Where stories live. Discover now