12(ENDING)

252 25 17
                                    

«Lima Tahun Kemudian»

"Mama!! Soonyoung dah balik." laung anak kecil yang berusia enam tahun. Sooyun yang sedang membersihkan pinggan mangkuk berhenti seketika.

"Anak mama dah balik. Mana papa?" tanya Sooyun apabila perasan suaminya tiada sekali.

"Papa dekat luar. Buat apa entah. Ngorat Uncle Yeosang agaknya." jawapan Soonyoung membuatkan Sooyun menayangkan poker face. Ada sahaja jawapan mengarut dari anaknya.

"Youngie pergi mandi ke apa okay. Mama nak pergi tengok papa." kata Sooyun. Soonyoung mengangguk sebelum berlari naik ke atas. Soonyun menggeleng melihat tingkah Soonyoung yang manja dan selalu berperasan dirinya ada harimau. Banyak-banyak haiwan, harimau juga jadi haiwan kegemarannya.

Soonyun keluar rumah dan melihat Mingi yang masih di dalam kereta. Kakinya melangkah menuju ke arah kereta senyap-senyap. Mingi yang masih tidak perasan kehadiran isteri terus leka bermain telefon.

"Leka nampak." tegur Sooyun membuatkan Mingi terkejut langsung mencampak telefon ke seat sebelah.

"Awak ni. Buat saya terkejut je." kata Mingi. Mukanya jelas sedikit pucat gara-gara kejutan tidak di jangka.

"Dah awak leka pandang telefon sampai anak pun kata awak ngorat Yeosang." balas Sooyun selamba. Mingi membuat muka blur.

"Buat apa saya nak ngorat lelaki itu. Saya masih lurus lah." ujar Mingi tidak berpuas hati. Soonyun ketawa kecil.

"Jomlah masuk" ajak Sooyun sambil membuka pintu kereta. Mingi keluar dari kereta lalu memeluk bahu isteri dan mereka berdua masuk ke dalam rumah.

Soonyoung turun dari tingkat atas sambil membawa sehelai kertas. Dia mendapatkan ibu bapanya.

"Mama papa! Tengok Youngie dapat berapa." kata Soonyoung separa menjerit. Dia meloncat-loncat sambil menggoyangkan kertas itu. Mingi mendukung anaknya dan mengambil kertas yang berada di tangan Soonyoung. Soonyun melihat sekali kertas itu.

"99 peratus je? Apa yang salah satu?" soal Mingi lembut. Anaknya masih kecil, jadi tak perlu nak serius sangat. Muka Soonyoung mula cemberut tidak berpuas hati.

"Eii ssaem Ji lah. Youngie tulis horangie dah. Cuma tambah 'rawr' je. Cerewet lah ssaem Ji." bebel Soonyoung membuatkan Mingi dan Sooyun ketawa besar. Patutlah salah satu soalan, Soonyoung menambah perkataan 'rawr'

"Apa-apa jelah anak papa ni. Lain kali jangan tulis perkataan tu okay" pesan Mingi. Soonyoung mengangguk.

"Rawr" Soonyoung berkata sambil membuat gaya mencakar. Mingi dan Sooyun tergelak melihat telatah satu-satunya anak mereka.

"Mari kita makan. Tak lapar." ajak Sooyun. Mereka bertiga menuju ke ruangan dapur untuk makan tengah hari.

====

«Malam»

Sooyun berdiri di balkoni rumah. Mingi masuk ke dalam bilik selepas menidurkan Soonyoung. Kakinya menuju ke arah isterinya yang melihat luar rumah. Tangannya melingkar di pinggang Sooyun. Sooyun tersentak.

"Sayang termenung apa?" soal Mingi sebelum dagunya mendaratkan di bahu Sooyun.

"Teringat hal lima tahun lepas. Tak sangka kita masih bersama walaupun kita hampir berpisah. Banyak dugaan yang menimpa kita. Terima kasih kerana berusaha untuk mendapatkan hati saya." ujar Sooyun. Mingi memusing badan Sooyun sebelum menekup kedua pipi Sooyun.

"Kita masih bersama di sebabkan our precious love. Tanpa rasa cinta yang terbit di hati saya, saya masih dengan sifat saya yang panas baran. Sepatutnya saya yang perlu berterima kasih dekat awak kerana terima kembali saya walaupun saya telah banyak kali dera awak, seksa awak sehingga anak pertama kita tiada. Mujurlah, Tuhan turunkan satu roh di dalam perut awak. Iaitu Song Soonyoung." kata Mingi ikhlas. Air mata mula bertakung di bibir mata Sooyun. Mingi mengesat air mata isterinya menggunakan ibu jarinya.

"Janji dengan saya jangan pergi dari hidup saya okay?" pinta Mingi. Sooyun mengangguk. Mereka menyatukan bibir mereka. Membawa seribu janji di mana mereka tetap bersama sehingga nafas terakhir.

END

D

engan ini Our Precious Love telah tamat~~ thank you kepada yang support fanfiction Yoonri especially kawan-kawan online Yoonri. Walaupun ff yoonri tak sebest ff author yang hebat-hebat dari segi penulisan. Yoonri berusaha untuk menaip lagi baik.

Kepada Silent Reader yang di sayangi, terima kasih kerana support ff ni walaupun tak vote. It's okay. Teruskan perbuatan anda. Hehe.

Jumpa di next ff,

Of course ff Assassin Chanyeol-

Jemput lah baca halamak- HAHHAHA

Bye! ❤

[C]Our Precious Love |•Song Mingi/송민기•|Where stories live. Discover now