7

183 28 8
                                    

Semenjak Sooyun berada di hospital, Mingi selalu menjaganya walaupun setiap hari di layan kasar. Mingi memandang wajah Sooyun yang sedang tidur. Muka polos itu dulunya mencintainya tapi sekarang di benci oleh wanita yang pernah di kasari dahulu.

"Kenapa aku buta? Aku terlalu cinta dekat Ryujin sampaikan aku lupa tanggungjawab aku sebagai suami. Baru aku faham perasaan kau bila kau layan aku seperti mana aku melayan kau dahulu. Kasar, sangat kasar sehingga kau kehilangan zuriat dari hasil aku. Aku suami yang teruk bukan? Kau rehat lah, sembuhkan luka di hati kau. Tapi jangan sesekali tinggalkan aku. Kerana..." Mingi meraih tangan Sooyun lalu menciumnya penuh kasih sayang.

"-aku dah mula cinta dan sayang kau Choi Sooyun." sambung Mingi penuh sayu. Air matanya mengalir dan jatuh di tangan Sooyun. Sesungguhnya dia lemah dengan suasana ini.

Sooyun yang mendengar hanya menahan sebak. Dia mahu memeluk Mingi tapi di sebabkan egonya, ya ego menguasai dirinya.

<><><>

E

soknya..

Sooyun sudah di beri kebenaran untuk pulang. Dia mengemas baju untuk di bawa pulang. Mingi masuk ke dalam wad Sooyun selepas membayar bil hospital.

"Awak dah siap?" tanya Mingi kepada Sooyun. Sooyun hanya senyap dan keluar dari wad itu tanpa memandang wajah Mingi. Mingi tersenyum nipis. Dia mengikut langkah isterinya dan mengambil beg yang berada genggaman Sooyun.

Sooyun hanya biar. Mereka berdua menuju ke arah kereta milik Mingi. Mingi memandu kereta menuju ke rumah miliknya.

Skip

Kereta milik Mingi masuk ke dalam perkarangan rumahnya. Sooyun melihat kereta ibu Mingi ada di halaman rumah.

Sooyun keluar dari kereta sambil membawa begnya tetapi di rampas oleh Mingi. Mingi hanya tersenyum. Sooyun hanya mengjulingkan anak matanya ke atas.

"Sooyun! Ya Tuhan. Kenapa dengan kamu." tanya Puan Song risau. Dia mendapatkan Sooyun. Dia menarik tangan Sooyun yang masih berbalut.

"Kenapa lebam-lebam ni. Ya Tuhan, teruknya." kata Puan Song. Sooyun hanya memberikan senyuman nipis.

"Tiada apa-apa lah. Saya okay je." balas Sooyun menafikan hal yang berlaku. Jihyo yang berada di belakang Puan Song segera mendekati Mingi lalu...

Pang

Pang.

Menampar kedua-dua pipi Mingi. Jihyo memandang wajah adiknya dengan pandangan kecewa. Mingi hanya menunduk.

"Kau yang dera dia kan!? Ini semua perbuatan kau kan!? JAWAB LAH SONG MINGI" jerkah Jihyo. Sooyun hanya memandang adik-beradik Song itu dengan pandangan kosong. Tiada belas kasihan yang terbit di hatinya

"Apa semua ni Mingi. Kamu dera isteri kamu? Mana belas kasihan kamu Mingi." kata Puan Song dengan nada perlahan. Jihyo mendekati Sooyun lalu memeluknya.

"Kau pregnant kan. Lepastu kau gugur kan. Ini semua perbuatan Mingi kan." tanya Jihyo sambil memegang bahu Sooyun. Sooyun hanya senyap.

"Saya tak nak bincang hal ni. Maaf." Sooyun masuk ke dalam biliknya dan menangis. Sooyun mengambil bagasi yang berada di bawah katil lalu mengisikan pakaiannya. Dia mahu keluar dari rumah ini.

Sooyun turun dari bilik dengan membawa bagasinya.Mingi melihat Sooyun yang membawa bagasi segera mendapatkan Sooyun.

"Awak nak pergi mana. Jangan tinggalkan saya. Jebal." pinta Mingi. Sooyun hanya tersenyum nipis.

"Saya akan keluar dari rumah ini. Halalkan semua makan minum yang awak berikan kepada saya. Terima kasih sebab beri saya kasih sayang walaupun sekejap. Saya penat nak tanggung derita ini. Maafkan saya." kata Sooyun lalu menanggalkan cincin perkahwinannya dan meletakkan cincin itu di tapak tangan Mingi. Mingi memegang tangan Sooyun tanda dia tidak mahu.

"Lepaskan saya Mingi. Minggu depan saya hantar surat penceraian." kata Sooyun lalu menepis tangan Mingi. Dia menuju ke arah Puan Song. Puan Song memegang tangan Sooyun sambil menangis.

"Eomma, terima kasih sebab berikan kasih sayang seorang ibu kepada Yun. Yun hargai sangat-sangat. Maafkan kesilapan Yun selama menjadi menantu eomma." kata Sooyun lalu mencium tangan Puan Song dengan penuh kasih sayang.

"Sooyun berikan Mingi peluang kedua. Tolong jangan tinggalkan kami." pinta Puan Song. Sooyun menggelengkan kepalanya tanda tidak mahu.

"Yun dah beri peluang kedua tetapi Mingi tidak perasan. Biarlah saya undurkan diri. Saya ppercaya, ada perempuan baik yang lebih layak untuknya. Maafkan saya." balas Sooyun lalu melangkah pergi. Mingi mengejar Sooyun dan memeluknya dari belakang.

"Jangan tinggalkan saya. Tolong hiks. Berikan saya kesempatan untuk tebus kesemua kesalahan saya. Jangan pergi hiks." kata Mingi lalu menangis di bahu Sooyun. Sooyun menahan air mata daripada jatuh.

"Uljima. Saya pergi demi kebaikan awak. Hubungan kita tak boleh bersatu kembali sejak saya kehilangan anak saya. Saya maafkan awak. Tapi, untuk berbaik dengan awak itu satu kesilapan. Maafkan saya. Jaga diri awak, saya sudah tiada di sisi awak lagi. Jeongmal mianhae(?)." Sooyun meleraikan pelukkan Mingi danbpergi dari situ. Mingi memanggil nama Sooyun. Sooyun terus pergi dan pergi.

Mingi jatuh di atas tanah. Dia menangis teresak-esak sambil memukul kepalanya. Puan Song memeluk anak perempuannya. Jihyo mengelap air matanya.

"Sooyun hiks. Sampai hati awak tinggalkan saya. Saya tak boleh hidup tanpa awak. Saya-" Mingi jatuh pengsan akibat terlalu lama menangis. Puan Song dan Jihyo mendapatkan Mingi.

<><><>

S

ooyun mengelap air matanya daripada turun. Dia tidak kisah orang memandangnya pelik asalkan dia melepaskan apa yang terbuku di dalam hati.

"Aku nak pergi mana? Rumah lama aku? Boleh lah. " kata Sooyun. Dia menahan teksi. Teksi berhenti di depannya. Sooyun masuk ke dalam teksi dan memberitahu lokasi rumahnya.

To be continue.

How about your feeling now?

Vote and comment ❤

[C]Our Precious Love |•Song Mingi/송민기•|Where stories live. Discover now