3

166 25 16
                                    

Sooyun berehat seketika. Dia mengambil air yang berada di dalam peti sejuk lalu menuangkan ke dalam sebuah cawan.

Kletak

Sooyun melihat pintu rumah terbuka dan melihat Mingi balik dengan Ryujin. Sooyun di hambat dengan perasaan cemburu.

"Sooyun! Buat air untuk Ryujin." arah Mingi. Sooyun menyahut arahan Mingi lalu membuat air untuk kekasih Mingi.

"I naik atas kejap nanti I turun. You duduk sini kejap. Nanti isteri I buat kan you air." kata Mingi lalu naik ke atas. Ryujin bangun dan menuju ke arah Sooyun yang sedang membuat air.

"Hey perempuan. Kau seronok lah rampas teman lelaki aku. Kau ni perempuan jenis apa eh." kata Ryujin kepada Sooyun. Sooyun hanya diam. Ryujin yang tidak berpuas hati terus menunjal kepala Sooyun.

"Aku cakap dengan kau kan" Ryujin meninggikan suara kepada Sooyun tapi masih terkawal.

"Saya tak rampas pun teman lelaki awak. Saya sendiri pun kena paksa kahwin." balas Sooyun. Seboleh-bolehnya dia tidak mahu marah perempuan di hadapannya.

"Ryujin, you dekat mana." panggil Mingi. Ryujin memandang Sooyun sinis.

"Mingi tengok isteri you ni" teriak Ryujin. Sooyun membuat muka keliru. Mingi yang mendengar suara Ryujin dari dapur segera datang.

"Kenapa ni." tanya Mingi. Ryujin membuat mimik sedih.

"Dia marah I yang I terhegeh-hegeh dekat you." adu Ryujin manja.

"Mana ada." nafi Sooyun. Mingi menarik rambut Sooyun dan menuju ke bilik milik Sooyun. Mingi membuka pintu dan menolak Sooyun masuk.

"Mingi saya tak kata pape pun. Dia yang tiba-tiba marah sa—"

Pang

Mingi menampar kuat pipi Sooyun. Sooyun memejam kan mata menahan sakit. Mingi menjambak rambut Sooyun. Sooyun meringis kesakitan.

"Aku kahwin dengan kau sebab eomma paksa aku! Kalau tak aku dah kahwin dengan Ryujin. Kau tahu tak kau ni bebal. Menyusahkan aku!" jerkah Mingi. Sooyun menangis apabila Mingi mencengkam rahangnya.

"M-mingi s-s-sakit." Sooyun memegang tangan Mingi. Mingi menepis tangan Sooyun dan menyepak kaki Sooyun membuatkan Sooyun jatuh ke belakang.

"Kau jangan keluar dari bilik selagi aku tak buka kunci bilik ni." kata Mingi lalu keluar dari bilik Sooyun dan mengunci dari luar. Sooyun mengetuk-getuk pintu bilik sambil berteriak memanggil nama Mingi untuk menyuruh buka pintu.

"Hiks eomma. Kenapa Mingi buat Yun macam ni hiks." kata Sooyun sambil menangis. Sooyun menyandarkan badannya di dinding. Sudahlah dia tidak sarapan lagi.

<><><>

Mingi turun ke bawah. Ryujin memeluk tangan Mingi. Mingi tersenyum.

"You buat apa dekat dia" tanya Ryujin. Mingi hanya tersenyum.

"You tak perlu tahu lah. Jom kita keluar. Biarkan perempuan bebal tu terkurung dalam bilik itu." balas Mingi lalu keluar dari rumah bersama Ryujin. Ryujin tersenyum suka.

<><><>

Malam~~

Perut Sooyun berbunyi menandakan dia tengah lapar. Sooyun benar-benar lemah. Dia berjalan menuju ke arah katil dan baring di atas katil.

"Lapar" kata Sooyun dengan nada lemah sekali. Dia mencuba menutup mata untuk menghilangkan rasa lapar dan dahaga. Akhirnya dia terlena sambil menahan lapar.

....

Mingi balik rumah selepas menghantar Ryujin ke rumahnya. Mingi menyanyi kecil dan masuk ke dalam rumah. Dia melihat suasana rumah gelap. Dia hanya mengangkat bahu. Dia tidak sedar bahawa ada satu nyawa di dalam bilik yang di hurung rasa lapar.

Mingi masuk ke dalam biliknya dan membersihkan dirinya. Selepas mandi, dia menuju ke arah katil dan membaringkan badannya ke atas tilam.  Dia mengambil telefon dan memain permainan. 

"Kejap. Kenapa aku rasa lain eh." kata Mingi seorang diri. Dia melihat sekeliling sebelum matanya berhenti di cincin perkahwinannya dengan Sooyun yang berada di atas meja. Dia membulatkan mata. Dia bangun dan mengambil kunci bilik Sooyun lalu berlari ke arah bilik Sooyun.

"Haih paboya." bisik Mingi dalam hati. Dia membuka pintu dan melihat suasana bilik gelap. Kakinya melangkah ke arah katil milik Sooyun. Dia membuka suiz lampu tidur yang berada di atas meja tepi katil.

Mingi melabuhkan punggungnya di birai katil. Dia melihat Sooyun yang lena tidur dengan bibir pucat. Mingi mengetap bibir.

"Hey Sooyun. Bangun." Mingi mengejutkan Sooyun. Dia menggerakkan sedikit badan Sooyun.

"Choi Sooyun. Bangun." kejutnya sekali lagi. Sooyun tersedar apabila ada satu suara yang memanggil namanya.

"Kau okay tak. Kau lapar tak, kalau lapar kau turun makan." kata Mingi. Sooyun menggelengkan kepalanya.

"Tak apa lah. Lagipun makanan pagi tadi dah basi. Saya nak tidur. Awak pergilah tidur. Saya okay." balas Sooyun lembut sambil tersenyum. Mingi mengeluh. Dia mengangguk. Dia mengusap perlahan rambut Sooyun dan keluar dari bilik Sooyun. Sooyun terkejut apa yang Mingi buat tadi.

Mingi terkaku apabila tersedar perbuatannya tadi. Dia mengeluh. Dia masuk ke dalam bilik nya untuk tidur.

To be continue.

[C]Our Precious Love |•Song Mingi/송민기•|Dove le storie prendono vita. Scoprilo ora