Bab 2

34 1 0
                                    

"NI kali pertama ke Aira pergi Bandung?" Hafiz bersuara memecah kesunyian antara mereka bertiga.

Aira mengulum senyum. "Ha'ah," balasnya ringkas. Dia membuang pandang ke luar tingkap, merenung awan-gemawan yang putih gebu macam gula-gula kapas yang bertaburan di langit. Rasa macam nak capai aje awan-awan tu semua!

Sebenarnya, Aira masih lagi tak percaya abah akhirnya bersetuju. Aira ingat lagi abah bersungguh-sungguh menentang. Aira dah putus harapan dah pun. Dan, depan Aira juga pensyarah telefon abah sekali lagi, merayu supaya benarkan Aira ke Bandung. Dekat lima belas minit berbual, abah akhirnya cakap okey. Tak tahu bagaimana abah yang keras hati akhirnya mengalah juga. Tapi itu tak penting, Yang penting, keizinan abah dah lebih daripada cukup dah bagi Aira, walaupun Aira tahu abah bukannya bersetuju dengan ikhlas.

"Kali pertama naik kapal terbang," beritahu Aira lagi tanpa dipinta. Entah kenapa dia rasa bersalah pula sebab dari tadi Hafiz dan Hidayat cuba berbual dengannya tapi Aira macam buat layan tak layan. Bukannya Aira sengaja tak nak layan, bab public relations (PR) Aira memang semedang aje tak lulus. Tapi apabila mengenangkan lapan hari Aira akan terdampar di Bandung tanpa orang lain, nak tak nak terpaksa la juga Aira buat kawan dengan Hafiz dan Hidayat, kan?

"Kenapa saya tak pernah nampak Aira dalam apa-apa kegiatan anjuran PERBAYU, eh?"

Erk. Soalan Hafiz buat Aira kaku sekejap. Aira tersengih malu. "Aira memang tak aktif. Aira tak kenal ramai orang kat NIE pun, sebenarnya."

Laa! Hidayat dah menggelengkan kepalanya mendengar jawapan jujur Aira. "Aira ada bakat, jadi joinlah kita. Kita ada banyak kegiatan penulisan. Ada deklamasi, ada bengkel untuk pelajar sekolah menengah. Banyak pengalaman yang boleh Aira dapat kalau join."

Err... Aira tak tahu macam mana nak tolak cadangan Hidayat dengan sopan. Jadi Aira anggukkan kepala sahaja. Di benaknya sekarang terpampang tanda amaran berwarna merah darah, sebenarnya. Jangan nak cari fasal, mentang-mentang abah bagi Aira turut serta bengkel ni, Aira pandai-pandai pula nak join aktiviti kebahasaan yang lain. Nanti abah kata dah bagi betis nak paha pula. Susah betul berperang dengan diri sendiri. Sudahnya Aira kembali berpaling menghadap tingkap. Tak mahu berfikir banyak.

Penerbangan yang mengambil masa selama satu jam lima puluh minit membuat Aira resah sendiri di tempat duduk. Pada jam sebelas sepuluh minit tengah hari, pesawat Air Asia yang dinaiki mereka akhirnya tiba di Lapangan Terbang Husein Sastranegara.

Sebaik sahaja mendapatkan bagasi dan melangkah keluar, mereka dah nampak banner sebesar alam yang bertulis 'Peserta Bengkel Penulisan Puisi 2016 Singapura'. Gaya macam la nak jemput sebuah bas, padahal tiga orang aje. Tanpa berlengah terus sahaja mereka mengorak langkah ke arah lelaki yang memakai topi hitam sambil memegang banner tersebut.

"Pak, saya Hafiz, peserta dari Singapura," terlebih dahulu Hafiz memperkenalkan dirinya sebelum memperkenalkan Hidayat dan Aira.

"Saya Pak Soleh," Pak Soleh memperkenalkan dirinya sambil bersalaman dengan Hafiz dan Hidayat. Manakala dia mendekatkan kedua-dua telapak tangannya dan tunduk ke arah Aira tanda hormat. "Mau ke mana-mana dulu atau mau terus ke hotel?"

Untuk sesaat Hafiz, Hidayat dan Aira saling berpandangan. "Kita terus ke hotel saja," Hafiz selaku 'ketua' rombongan membuat keputusan. Dengan bagasi bagai ni takkan la nak pergi jalan-jalan kut. Hidayat dan Aira tak kesah. Ikut saja!

"Jadi kita langsung ke sana aja ya?"

Serentak mereka bertiga mengangguk. "Okey!"

***

PERJALANAN yang sepatutnya mengambil masa lebih kurang lima belas minit dari lapangan terbang ke hotel akhirnya mengambil masa hampir satu jam. Jalannya yang sesak ya ampun, memang luar biasa. Sampai di hotel memang dah kebulur gila. Ketibaan mereka bertiga di Hotel Majesty disambut oleh panitia yang dipanggil Bu Erlis. Katanya, acara cuma akan bermula selepas asar kerana mereka masih lagi menunggu para peserta dari Brunei. Peserta dari Indonesia dan Malaysia semuanya sudah tiba dan sudah mendaftar masuk.

Puisi Untuk AiraWhere stories live. Discover now