Bab 5

28 2 0
                                    

"SELAMAT PAGI!" tegur Aira ketika tiba di restoran untuk sarapan. Di meja itu sudah pun ada Hafiz, Hidayat dan Adi yang sedang berselera menyudu nasi goreng ke dalam mulut.

"Pagi, Aira!" balas Hafiz sambil mempelawa gadis itu mengambil tempat duduk di sebelahnya. "Happy nampak?" soalnya dengan sebelah kening terangkat. Ceria aje budak Aira ni. Selalunya pagi-pagi macam ni dia macam zombie sikit.

"Eh?" Aira spontan menyentuh wajah. Happy, ke? "Taklah, biasa je," nafi Aira. Kalaupun ada sebab untuk Aira terlebih gembira pagi ini, mungkin kerana tadi sempat berbual dengan mama di telefon kut. Rindu, okey!

"Tulah, senyum sampai ke telinga! Ada apa-apa ke ni?" usik Hidayat pula dengan sengihan panjang.

"Merepeklah kau orang ni!" Aira dah menggelengkan kepala. Apa-apa entah. Pagi-pagi dah kecoh. Sebelum mereka melalut lagi bukan-bukan, Aira terus sahaja melangkah ke kaunter bufet untuk mengambil sarapan. Seperti biasa, Aira memang tak reti makan makanan berat pada waktu pagi, jadi Aira ambil pastri sahaja.

"Halo Aira! Selamat siang!" tegur Faisal dengan senyuman lebar ketika terserempak Aira yang sedang menuang teh panas ke dalam cawan.

"Bisa bantuin ngga?" pintanya lagi sambil menghulurkan cawannya pada Aira.

"Helo Faisal," ringkas sahaja Aira membalas. Aira menyambut huluran Faisal lalu dengan cermat Aira menuangkan teh panas tersebut ke dalam cawan milik Faisal.

"Kamu gimana khabarnya?"

"Hah?" Aira memandang Faisal pelik mendengarkan soalan itu. Macam tak berapa kena aje tanya soalan tu memandangkan baru semalam jumpa.

"Kamu tu gimana khabarnya? Aira sihat ngga?" ulang Faisal lagi apabila Aira seakan-akan tidak mengerti soalannya tadi.

"Sihat," sepatah Aira membalas sedikit teragak-agak.

"Ah... anehnya, saya ngerasa ngga sihat kok." Berlapis dahi Aira memandang Faisal.

"Kamu sakit?" soalnya sedikit terkejut. Macam sihat walafiat je mamat ni aku tengok. "Sakit apa?"

"Rasa sakit dipanah arjuna cinta," ujar Faisal dengan sengihan panjang. "Masa sih kamu ngga rasa sakit yang sama? Sakit yang mendamaikan gitu lho."

Pergh! Aira mengangkat pandangan ke langit, malas nak layan Faisal yang merapu entah-apa-apa-entah tu. Laju sahaja Aira melangkah semula ingin ke meja, Faisal pula yang sudah terkekeh ketawa sekadar mengekor langkah Aira dari belakang.

"Wah! Kok baju kalian matching!"

Teguran Adi membuatkan Aira dan Faisal yang baru tiba di meja spontan tunduk membelek pakaian masing-masing.

"Chey!!!" Hafiz dah bersiul-siul penuh bahagia, konon.

"Patutlah berseri-seri muka Aira pagi ini. Adakah perasaan cinta sudah berputik antara mereka dalam diam-diam?"

Ewah, ewah! Jiwang karatlah pulak Si Hidayat ni.

"Eeei kau orang ni kan!" Merah padam wajah Aira apabila diusik sebegitu. Aira rasa macam nak cekik aje satu-satu. Padahal, bukannya Aira berjanji pun dengan Faisal nak pakai baju-T warna biru gelap dengan jean. Si Faisal ni pun satu. Punyalah banyak baju, yang dia pergi pakai baju biru gelap tu hari ni kenapa? Kenapa? Kenapaaa?

***

HARI INI merupakan hari ketiga mereka di Bandung. Bengkel hari ini ialah berkenaan tema-tema puisi. Selepas makan tengah hari tadi, mereka dipecahkan kepada tiga kumpulan. Hafiz di Kumpulan 1, Aira di Kumpulan 2 dan Hidayat di Kumpulan 3. Dalam kumpulan Aira sendiri ada enam orang peserta, seorang dari Singapura, seorang dari Brunei, dua dari Malaysia dan dua dari Indonesia. Dan kebetulan, Faisal ada dalam kumpulan Aira. Padahal memang Faisal tak ada campur tangan pun dalam hal bahagi-bahagi kumpulan ni. Macam memang dah berjodoh pula.

Puisi Untuk AiraWhere stories live. Discover now