BAB 52

2K 76 0
                                    



DIA lantas mendekati suaminya yang baru balik itu. Tengku Arash belum pun keluar dari kereta sedangkan Intan Sofea sudahpun berdiri di hadapan keretanya. Tengku Arash tersenyum sahaja melihat isterinya yang memakai hoodie itu. Hoodie miliknya pula tu. Sudahlah hoodie kegemarannya. Tapi dia tak kisah pun. Asalkan jangan koyak sudahlah.

Sebab hoodie tu penting buatnya kerana dia beli guna duit pertama gajinya dahulu. Itu lah antara satu barang yang dia masih simpan ketika dia beli dengan menggunakan gaji pertamanya.

Tapi kini dah macam hak milik Intan Sofea lah pula kerana dia sering kali memakai hoodie berkenaan. Tapi Tengku Arash tak kisah pun.

"Hubby baru keluar dari kereta ni Sayang dah datang." Katanya. Intan Sofea tersengih sahaja. Dia punya gembira tu sampai terlupa dia tidak bertudung. Intan Sofea lantas menutup kepalanya mengunakan hoodie berkenaan.

Tengku Arash menggeleng kepalanya. "Tu lah lain kali tunggu lah. Hubby masuk rumah juga kan." Tegurnya. Intan Sofea terus memandang tajam suaminya itu. Dia kemudian menjeling Tengku Arash sebelum melangkah masuk ke dalam rumah meninggalkan lelaki itu seorang diri di rumah.

Tiba-tiba dia mahu merajuk pula. Padahal Tengku Arash sekadar menegur sahaja. Bukannya dia marah. Mula lah dia rasa nak menangis bila ditegur. Entah kenapa sejak beberapa hari ini emosinya asyik terganggu sahaja. Ada kala dia gembira seperti terlebih makan benda manis, ada masa dia asyik marah sahaja dan ada kala dia asyik menangis. Cengeng.

Tengku Arash bingung sendiri bila melihat Intan Sofea melangkah masuk ke dalam rumah mereka tanpa sebarang kata. Tengku Arash terus menutup pintu keretanya lalu mengambil barangnya sebelum dia melangkah masuk ke dalam rumah.

"Sayang you period ke?" Tengku Arash bertanya bila dia melangkah masuk ke dalam rumah. Kelihatan Intan Sofea duduk di ruang tamu rumah mereka itu sambil menaip sesuatu di atas laptopnya dengan ganas. Intan Sofea tidak membalas. Malah semakin kuat dia menekan papan kekunci laptopnya itu.

Dia kemudian terus menghampiri Intan Sofea. Dilihat mata isterinya yang kemerah-merahan itu. "Kenapa ni Sayang?" Baru ditanya Intan Sofea sudah mula menangis.

"Hubby lah tadi marah-marah orang." Katanya. "Eh bila? Hubby tegur je pun kan. Bukannya marah. Dah lah tu berhenti lah nangis. Nanti tak dapat kita nak keluar." Pujuk Tengku Arash.

Mood Intan Sofea terus berubah. Hilang air matanya diganti dengan senyuman. "Keluar? Pergi mana?" Dia bertanya. Tengku Arash senyum sahaja lalu mencium pucuk hidung isterinya itu. "Ada lah tu. Rahsia. Mana boleh bagitahu. Dah pergi naik atas tukar baju." Ujar Tengku Arash. Intan Sofea mengangguk sahaja lalu naik ke atas.

Dalam perjalan mereka hendak keluar makan, sempat lagi Intan Sofea ajak suaminya itu singgah Mcdonald. "Kita nak keluar makan juga kan. Nanti Sayang kenyang macam mana?" Tengku Arash bertanya. Risau pula nanti dia yang kena habiskan semuanya.

"Saya makan fries je pun. Bukannya ayam goreng." Intan Sofea memberitahu. Bukannya dia order satu set makanan tadi. Kentang goreng dan air sahaja.

"Tapi pelik lah Yang. Selama ni Sayang bukannya makan banyak pun. Perubah hormon ke apa?" Tengku Arash bertanya. "Entah lah. Mungkin kot." Tengku Arash memang tahu bila Intan Sofea mahu period pasti selera makannya meningkat. Apatah lagi tika tengah period. Memang asyik menguyah sahaja.

Selepas makan tengah hari bersama-sama, Intan Sofea mengajak suaminya singgah Watson sebab dia nak beli painkillers untuk periodnya.

"Buat apa nak masuk Watson tu? Sayang dalam tu bukan sepuluh minit. Nak berjam-jam tau." Sudahlah malam nanti dia kena turun kerja semula. Mujurlah dalam negara sahaja tapi dia pun nak juga rehat. Tapi dia tak cakap dengan Intan Sofea. Nanti ada merajuk juga sebab dia dah janji nak tengok wayang dekat rumah mereka malam nanti.

"Saya beli painkillers je lah hubby. Lepastu saya keluarlah." Dia memberitahu lalu melangkah masuk ke dalam Watson.






"MACAM mana? Masih sakit ke?" Tengku Arash bertanya. Sejak petang lagi isterinya itu mengalami period cramp. Risau dia melihat keadaan Intan Sofea.

Intan Sofea sekadar mengangguk lemah. "Jangan risau lah. Hubby pergi lah turun kerja." Balas Intan Sofea. "Macam mana hubby tak risau kalau tengok Sayang dalam keadaan macam ni." Dia risau mahu meninggalkan isterinya itu. "Kejap lah. Hubby call Charles." Katanya. Dia terus mengambil telefonnya lalu menghubungi Charles.

"Weii Charles, aku tak dapat fly lah malam ni. Bini aku ni sakit. Tak kan aku tinggalkan dia pula." Tengku Arash memberitahu. "Kalau macam tu kau cuti lah. Nanti aku suruh siapa yang free tu ambil tempat kau." Ujar Charles.

Tengku Arash terjaga dari tidurnya lantas memusing kepalanya memandang ke tepinya. Kosong. Tiada kelibat isterinya. "Sayang?" Dia memanggil tapi tiada sahutan. Kemudian dia mendengar bunyi pili air dibuka. "Sayang, awak ok tak dalam tu?" Dia bertanya sambil dia mengetuk pintu bilik air berkenaan.

Akan tetapi tiada sahutan dari Intan Sofea menyebabkan dia risau. Terus dia mengambil kunci spare lalu membuka pintu bilik air. Matanya membulat melihat Intan Sofea yang terbaring di dalam tab mandi. Dia terus menghampiri isterinya.

"Sayang?" Panggilnya. Lega hatinya bila melihat Intan Sofea membuka matanya. "Eh hubby. Kenapa?" Soalnya. "Kenapa tidur di sini? Hubby risau tau. Ingatkan Sayang pengsan tadi." Sikit lagi dia membawa Intan Sofea ke hospital.

"Saya tak sedar pula tertidur." Balasnya. Tengku Arash kemudian dia mengelap pipi isterinya yang basah itu. "Sayang nangis ke?" Dia bertanya. Terus Intan Sofea memandang dia dengan bingung. "Entah." Balasnya. Dia memang kalau dah nangis lepastu tertidur pasti dia tidak ingat apa yang berlaku setelah dia terjaga dari tidurnya.

"Dah bangun. Tak kan nak tidur dalam tab pula." Katanya. "Angkat." Intan Sofea memandang suaminya. "Dah besar pun nak minta angkat ke? Ok lah meh hubby angkat ya." Intan Sofea tersengih sahaja. Suaminya terus mengangkat dia gaya bridal style. Dia pun apa lagi peluk lah leher si suami.

Tengku Arash tersenyum sahaja melihat perangai isterinya itu. "Malam ni nak makan apa? Hubby masakkan." Dia bertanya. "Boleh ke? Hubby masak?" Intan Sofea bertanya. Kini dia sudah selamat duduk di atas katil bersama Tengku Arash di sebelahnya. "Ya hubby masak. Cakap je nak makan apa. Hubby masakkan untuk isteri hubby yang manja ni." Katanya lalu mencubit pipi Intan Sofea.

Intan Sofea sengih sahaja lalu tersengih. Dia memikir seketika. Tapi bukan fikir pasal makanan yang dia nak makan lah. Tapi pasal keluarga mereka.

Sudah lama dia mahu bertanya tapi selalu terlupa. "Hubby saya ada soalan untuk hubby." Katanya. "Apa dia?" Tengku Arash bertanya.

"Kita kan sebenarnya sepupu. Tapi kita sepupu jauh ke dekat?" Dia bertanya.

"Oh pasal tu ke? Tak silap hubby lah sebenarnya tak de pun pertalian keluarga. Ikut apa yang hubby tahu sebenarnya dulu moyang hubby yang perempuan tu dia jadi anak angkat kepada parents moyang Sayang Lepastu moyang perempuan hubby tu kahwin lah dengan moyang lelaki hubby yang ada keturunan tengku. Jadi sebenarnya kita tak ada pertalian darah yang sebenarnya pun. Tapi still family Sayang dulu anggap moyang hubby tu sebagai anak kandung dorang." Terang Tengku Arash.

Tengku Arash siap selidik lagi pasal semula ini sebelum memutuskan mahu meminang Intan Sofea untuk menjad9 isterinya dan bila dia selidik dia lega lah. Mereka memang tidak mempunyai pertalian keluarga. Jika ada mana mungkin perkahwinan mereka direstui oleh ahli keluarga.

Intan Sofea angguk sahaja. "Jadi nak makan apa?" Tengku Arash bertanya lagi. "Tomyam." Beritahu Intan Sofea.


*******
Jangan lupa tekan vote

-love hazyy

I'm The One Where stories live. Discover now