BAB 68

1.8K 78 1
                                    




        TENGKU Arash terus menghampiri isterinya yang sedang mencuci pinggan di singki itu. Lelaki itu kemudian memeluk isterinya dari belakang lalu menghadiahkan kucupan di leher Intan Sofea.

"Hubby ni. Terkejut saya tau. Ingatkan siapa lah tadi." Dia ingatkan Tengku Arash balik malam nanti kerana suaminya itu tidak memberitahu jam berapa dia sampai. Sekadar memberitahu dia balik sahaja.

Intan Sofea sudah habis berpantang. Sudah seminggu berlalu sejak sesi berpantangnya tamat. Tengku Arash pun dah mula kerja semula.

"Ada orang datang ke tadi Yang? Banyak je hubby tengok pinggan ni." Dia bertanya. "Ha'ah ada. Kawan kerja. Harini kan sabtu. Pejabat tutup. Dorang datang lah tadi. Siap bawa hadiah untuk Arin lagi." Intan Sofea memberitahu.

"Patutlah banyak barang hubby tengok dekat ruang tamu tu. Ingatkan barang Sayang beli online." Balasnya. Patutlah bukan kemain banyak lagi barang di ruang tamu. Sampaikan Arin Daniel pun tertutup kerana barang-barang itu.

Belum lagi masuk bilik mereka. Lagilah banyak barang. Semuanya diberi oleh keluarga dan kawan mereka. Nak tolak pemberian mereka tapi apa pula kata mereka kan? Nanti ada pula yang berkecil hati.

"Dah boleh buka kedai sendiri kita ni. Barang banyak betul. Padahal baby nya seorang je." Ujar Intan Sofea. "Alah Sayang kalau Arin tak sempat pakai semua. Untuk adik dia kan boleh tu." Ujar Tengku Arash.

"Amboi hubby. Arin tu baru sebulan lebih  tau. Dah fikir pasal adik dia pula. Saya dah kata kan dulu. Nak sorang je." Tengku Arash terus mencubit pipi isterinya itu.

"Jangan nak mengada-ngada ya Sayang. Sorang mana cukup. Kesian lah dekat Arin nanti tak ada adik-beradik. Sayang pun dulu sunyi kan? Tak kan tak kesian dekat anak?" Sengaja dia menggunakan Arin Daniel sebagai alasan.

"Ah! Saya tak kira. Yang sakitnya, yang penatnya saya bukan hubby. Yang berpantang pun saya lah." Mula dah dia nak membebel tu. Sebelum semakin panjang bebelan isterinya itu, Tengku Arash awal-awal lagi sudah buka langkah besar untuk melarikan diri. Tidak dia mahu mendengat bebelan isterinya itu.

Memang perempuan bila jadi mak ni automatik jadi kaki bebel ke? Tanya je.

"Hah tengok tu. Lari lah tu. Orang cakap benda betul lah hubby." Tengku Arash semakin jauh. Tidak jelas apa yang dikatakan oleh isterinya itu.

Bila masuk ke ruang tamu, dia kemas apa yang patut dan letak ke tepi barang-barang pemberian kawan kerja isterinya itu. Kesian dekat Arin Daniel. Nanti muka mak bapa sendiri pun tak tahu kalau asyik tengok hadiah sahaja.

Mata Arin Daniel terus terbuka bila mendengar suara papanya. Walaupun dia tidak faham apa yang papa sembangkan itu, dia tetap tersenyum juga. Tangan kecilnya meraba-raba wajah papanya itu.

Bila dia terasa dia terpegang benda tajam, wajahnya berkerut. Tengku Arash tertawa besar melihat wajah cemberut anaknya itu.

"Tengok tu Arin sendiri pun tak selesa dengan muka hubby tu. Dari semalam saya suruh cukur kan. Eiii hubby pergi cukur sekarang." Dia pun geli juga bila pipinya terkena wajah suaminya yang tidak bercukur itu. "Malas lah Yang. You je lah cukurkan boleh?" Kemudian Tengku Arash tersengih.

"Dia sengaja je sebenarnya. Memang dah ada niat kan nak suruh saya cukur." Itu pasal lah Tengku Arash sengaja tidak mahu mencukur jambangnya itu. Dah macam apa dah Intan Sofea tengok. Mentang-mentang lah dia cuti 2 hari. Menjaga bulu di mukanya itu.

"Alah bukan selalu pun. Dah lama Sayang tak tolong hubby tau." Sengaja suara mengada itu keluar. "Hmm ye lah. Saya susukan Arin dulu. Pergi lah siapkan apa yang patut." Tengku Arash terus bersorak serupa budak kecil. Dia mencium pipi isterinya sebelum dia melangkah naik ke atas.




        MUJURLAH Arin Daniel sudah nyenyak di katil bayinya. Senanglah kerja Intan Sofea untuk mencukur jambang suaminya itu. Nasiblah dia ada skill untuk mencukur jambang lelaki. Kalau tak mahu berdarah juga kalau tersilap cukur.

"Jangan lah gerak-gerak. Duduk diam lah hubby." Marahnya. Macam mana suaminya itu mahu duduk diam jika 'aset' isterinya itu berada tepat di hadapan mukanya. Geram pula dia.

"Susah lah Sayang." Ujarnya. Mahu sahaja dia sembamkan wajahnya ke situ tapi ada juga yang kena kaki nanti. HAHAHA.

"Apa yang susah-" Wajahnya terus memerah bila dilihat mata suaminya tetap memandang ke arah dadanya. Dia terus berdiri tegak. "Apa hubby ni. Tak malu ke tengok-tengok orang punya." Tengku Arash terus tersengiu gatal.

"Dah dia yang bagi tengok. Free show Sayang. Buat apa nak dilepaskan." Selamba dia membalas. Alah bukannya dosa pun. Isteri sendiri juga. Lainlah kalau yang dia tengok tu, isteri jiran sebelah. Mahu dikeratnya kepada dia hidup-hidup oleh suami jirannya itu, mahupun oleh Intan Sofea sendiri.

"Sudah lah. Pergi cuci muka tu. Dah siap pun." Ujar Intan Sofea. "Suka cari kesempatan di dalam kesempitan." Sempat Intan Sofea mengomel sendiri.

Tapi berjaya didengari oleh Tengku Arash. "Sambil menyelam minum air Sayang." Balasnya. Intan Sofea hanya menjeling. Setelah memcuci tangannya di singki, dia keluar dari bilik air berkenaan untuk memberi ruang untuk suaminya mandi.

"Hubby nanti temankan saya pergi Apple store ya." Intan Sofea memberitahu bila Tengku Arash keluar dari bilik ar. "Buat apa? Nak beli telefon baru lagi ke Sayang?" Tengku Arash bertanya.

Intan Sofea sengih sahaja. Dia tergoda dengan telefon iphone 15 pro max itu. Memang sudah lama dia tidak ganti telefonnya sebab dia malas. Tapi tiba-tiba pula semalam terniat di dalam hati untuk beli telefon baru.

"Bila? Sekarang ke?" Tengku Arash bertanya. "Ikut hubby lah." Sebab yang memandunya Tengku Arash, bukannya dia. "Kejap lagi lah kita pergi ya." Dia pun belum solat maghrib lagi begitu juga isterinya.

Tengku Arash ekori sahaja ke mana isterinya pergi. Dah macam pekerja pula gayanya. Mujurlah dia mendukung Arin Daniel ketika ini. Jika tidak sudah tentu ada yang tersilap sangka. Fikirnya lelaki itu pekerja.

"Ada yang berkenan ke Sayang?" Dia bertanya. Dia sahaja yang kerap tukar telefon. Maklumlah nak ikut trend sangat kan. Telefonnya pun keluaran terbaru juga.

"Warna hitam ni lawa kan hubby. Nampak premium. " Ujar Intan Sofea sambil dia membelek-belek telefon itu. Dia lagi suka telefon berwarna gelap dari berwarna cerah. Entah kenapa.

Tengku Arash mengangguk sahaja. "Kalau dah berkenan sangat, ambil lah. Hubby bayarkan." Kata Tengku Arash. Dia sedar yang dari tadi isterinya itu asyik memerhati telefon itu.

Intan Sofea terus tersenyum suka. Padahal dia nak bayar sendiri, tapi bila dah ditawar. Setuju sahaja lah. Tak habis punya duit suaminya itu jika belikan dia telefon baru.

"Kalau gitu saya nak yang ni lah." Tengku Arash kemudian memanggil pekerja yang dari tadi asyik memerhati mereka berdua itu. "Itu je? Tak nak ipad or macbook?" Tengku Arash bertanya tika mereka di kaunter untuk membayar.

"Hubby, saya ni bukan pelajar lah. Buat apa ipad. Macbook tu kan ok lagi." Dia bukannya selalu pun guna macbook tu. Jika ada masa lapang, barulah dia guna.

Tengku Arash mengangguk sahaja. Dia memberi kadnya pada pekerja kaunter itu. Setelah selesai semuanya terus mereka beredar.

Bila pasangan itu sudah melangkah keluar, pekerja-pekerja itu lantas bersembang sesama mereka. "Bestnya lah suami dia tu. Siap offer nak belikan benda lain lagi. Jealous aku weii." Kata gadis itu.

"Alah tu kan pilot yang famous dekat instagram tu. Siapa nama dia tu? Hah Arash. Tengku Arash." Yang seorang pula menyampuk. Dia kenal dekat Tengku Arash itu. Mahu sahaja dia mengambil gambar bersama-sama tadi. Tapi dia segan kerana ada isteri dan anak bersama lelaki itu. Dia tak nak lah ganggu pasangan itu.

"Oh dia ke tu? Comel dia anak dia kan?" Puji yang bertugas dekat kaunter itu. "Itu lah tu. Patutlah dorang tak nak tunjukkan muka anak dorang tu dekat ig. Comel sangat lah. Geram aku. Behave pula tu. Tak nangis pun langsung." Arin Daniel tidak tidur tika mereka membayar tadi.

Bayi itu senyap sahaja memerhati keadaan sekeliling yang nampak baru baginya. Pasti dia pelik di mana dia berada kerana tempat itu belum pernah dia nampak lagi.

*******

Jangan lupa tekan vote

-love hazyy

I'm The One Where stories live. Discover now