TENGKU Arash terjaga dari tidurnya kerana bunyi ringtone milik telefonnya. Dia memandang sekilas isterinya yang tidur di sebelahnya itu. Kerana tidak mahu menggangu tidur Intan Sofea, dia perlahan-lahan bangun lalu menuju ke balkoni bilik.
Terasa sejuk menyapa dirinya. Sejuk sampai ke tulang. Walaupun sekarang ini musim panas, suhu ketika malam boleh dikira sejuk juga. Rumah mereka lagi di atas bukit. Memang terasa sejuknya.
Dia kini berada di Switzerland di samping isteri tercinta. Semalam lagi dia sampai jadi dapatlah dia berbuka puasa dengan keluarga mentuanya ini.
"Kau dah kenapa call aku ni?" Tengku Arash bertanya pada si pemanggil. Jelas kedengaran suara perempuan. Perempuan? Ya itu Irdina. Bekas kekasihnya itu terus menghilang begitu sahaja selepas sudah berkahwin. Masa majlis Tengku Arash dan Intan Sofea dahulu pun sekejap sahaja dia datang.
Kemudian dia hilang semula. Dan kini tiba-tiba muncul semula. Jangan cakap dia ada niat tak baik. Ini bukan drama jam 7 malam dekat tv3 tu ya.
"Kenapa suara you ni macam baru bangun? Dah jam 9 ni Rash." Irdina bertanya. "Aku tak ada dekat Malaysia ni. Aku dekat Swiss. Kau dah kenapa ni tiba-tiba call aku?" Tengku Arash membalas. Tak ada masa dia mahu bersoal jawab dengan wanita itu.
"Lah ye ke. Ingatkan dekat Malaysia. Baru je nak jemput you and your wife. Also anak you tu untuk datang majlis buka puasa hari ini. Tak sebab you kata you dekat Swiss, tak apa lah." Irdina bukan seperti dahulu lagi. Dia sudah berubah. Malah sudah berhijab. Dia bukan Irdina yang lama.
Sejak berkahwin, dia memang cuba berubah secara perlahan-lahan dan Alhamdulillah sekarang dia sudah bertudung. Menutup auratnya itu. Malah Irdina sudah tidak bekerja sebagai pramugari lagi. Sudah lama dia berhenti, sejak berumahtangga dan mempunyai anak.
"Sorry lah. Nanti raya ni aku balik Malaysia juga. Nanti kau ajak lah laki kau dengan anak kau tu datang beraya." Tengku Arash memang sudah tidak mencintai Irdina seperti dahulu. Tapi tidak menghalang dia untuk berkawan dengan Irdina. Namun begitu, dia tahu juga batasnya.
Bukan setakat dia, Intan Sofea pun dah berkawan dengan Irdina. Perkara yang lepas itu jangan lah diingat semula. Tengku Arash tidak mahu lama-lama di luar tapi kerana suami Irdina iaitu Hakim tiba-tiba mahu bercakap dengannya, memang jadi lama lah perbualannya itu.
Tengku Arash menoleh memandang pintu kaca yang baru dibuka itu. Dia memberi senyuman pada isterinya. Intan Sofea hanya memandang pelik wajah suaminya itu. Tak sejuk ke suaminya itu?
Sudahnya hanya memakai seluar pendek paras paha dan singlet berwarna hitam sahaja. Seperti yang diberitahu tadi, sekarang ini musim panas. Tapi tidaklah terlampau panas. Sebab itu lah Tengku Arash berpakaian sebegitu.
"Cakap dengan siapa tu?" Dia bertanya bila Tengku Arash selesai bercakap dengan si pemanggil. "Mula-mula Irdina. Lepastu laki dia si Hakim. Dia ajak kita buka puasa tapi mana dapat. Kita dekat Swiss. Lepastu hubby sembang sikit dengan Hakim tu." Intan Sofea angguk sahaja.
"Jom masuk. Sayang tu tengah pregnant. Angin dekat luar ni sejuk." Dia pun tahan-tahan sahaja dirinya dari menggigil tadi. Intan Sofea angguk sahaja.
"Macam mana Sayang tahu hubby dekat balkoni tadi?" Kemudian Tengku Arash bertanya. "Tadi saya bangun nak kencing. Lepastu perasan hubby tak ada di sebelah. Lepastu nampak ada bayangan dari pintu kaca ni." Sebab tu lah dia melangkah keluar.
JAM 3 pagi mereka terpaksa ke klinik yang berhampiran kerana suhu badan Arin Daniel tiba-tiba meningkat secara mendadak. Mujurlah tidak susah mencari klinik beroperasi 24 jam yang ada berhampiran dengan rumah parents Intan Sofea itu.
Memang sejak petang kelmarin lagi Intan Sofea perasan akan badan Arin Daniel yang panas itu. Tapi dia tak fikir panjang kerana dia sangkakan sebab cuaca panas sekarang ini.
Sekarang ini musim panas jadi Intan Sofea tak sangka pula anaknya itu boleh jatuh sakit. Mungkin kerana perubahan cuaca kerana sebelum ini mereka tidak pernah datang ke Switzerland semasa musim panas.
Intan Sofea dan Tengku Arash menunggu keputusan doktor itu setelah selesai memeriksa anak mereka. "Its just a fever. Nothing serious. Maybe his body temperature suddenly rising due to the the weather is hot right now." Doktor itu memberitahu.
"It looked like the state of his body was shocked because he suddenly received this hot temperature. Your son doesn't seem to be used to hot weather." Ujar doktor itu. "Yeah that right. This is his first time coming here on summer." Tengku Arash menjawab.
Doktor itu mengangguk lalu menulis sesuatu pada kertas di atas meja itu. "You guys not from here?" Doktor itu bertanya. "Yup. We not from here. Both me and my wife also our son are from Malaysia. Born and raised there. But my parents in law right now live here in Zurich. Also her brother. But we not, not until my wife decide to continue her master here since 2 weeks ago." Tengku Arash sekali lagi memberitahu.
"Oh, i see. That why your son'a body temperature suddenly rising and causing him a fever. Her body is not used to the temperature anymore. If I'm not mistaken, Malaysia is close to Southeast Asia right? There are no 4 seasons. So all this is a new thing for this cute one." Kata doktor itu.
"But don't worry about him. Nothing serious actually but if his bodu temperature rising again and he start crying non-stop, please don't hesitate and come to the clinic as fast as you can ok?" Tengku Arash dan Intan Sofea hanya mengangguk.
Setelah itu mereka ke kaunter untuk mengambil ubat. Jururawat yang bertugas itu sempat menerangkan satu per satu kegunaan ubat itu kepada mereka. Ada juga tadi Tengku Arash bertanya makanan yang disyorkan oleh doktor itu buat anaknya yang tengah sakit itu.
Bila mereka sampai di rumah, mereka disambut dengan wajah kerisaukan Puan Suhaila. "Macam mana? Tak ada apa-apa kan?" Wanita tua itu bertanya.
"Demam biasa je ibu. Doktor kata sebab Arin tak biasa dengan perubahan cuaca. Jangan risau lah." Tengku Arash menjawab. Mestilah Puan Suhaila risau bila cucu itu sakit.
Puan Suzana sekadar mengangguk lalu memandang Arin Daniel yang nyenyak itu. Kesian dia tengok keadaan cucunya itu. Lemah sahaja dia lihat bayi berusia 8 bulan itu.
"Tak pa lah kalau macam tu. Pergi lah korang sambung tidur. Esok adik ada kelas kan." Kata Puan Suhaila. Dia pun mengantuk juga tapi ditahankan sahaja matanya untuk tidur. Semata-mata mahu menunggu anak menantu dan cucunya balik dari klinik.
Bila sampai di bilik, Tengku Arash terus menghidupkan pendingin hawa supaya bilik mereka sejuk. Tadi sebelum keluar dia sempat menutup suis. Tak nak membazir elektrik.
"Hubby tolong ambilkan besen berisi air dengan tuala. Nak tuam ni badan Arin." Pinta Intan Sofea. "Ok jap." Terus suaminya ke bilik air.
Arin Daniel merengek kecil bila Intan Sofea meletak tuala basah itu di atas badannya. Mungkin terkejut bila ada benda sejuk menyentuh badannya.
"Sayang tidurlah. Biar hubby je jaga Arin ni. Esok nak pergi kelas kan awal pagi." Ujar Tengku Arash. Dia takut pula nanti isterinya tidak bertenaga esok hari bila tidak tidur. Sudahlah isterinya itu mengandung. Tu salah dia lah tak pandai nak bersabar. Tapi mujurlah Arin Daniel berusia 5 bulan baru isterinya itu mengandung.
Dia ingat lagi tika mereka memberitahu keluarga mereka mengenai berita Intan Sofea mengandung lagi, memang keluarga mereka terkejut. Ada juga yang mengusik Tengku Arash. 'Kau ni gelojoh lah Rash. Anak baru 5 bulan ka dah pregnat kan bini kau.' Usik Raziq ketika itu.
"Hubby pun kena balik Malaysia kan petang esok. Jadi rehatlah juga." Ujar Intan Sofea. "Bukannya hubby bawak kapal pun Sayang." Balasnya.
Intan Sofea sekadar mengangguk sahaja. "Tidurlah. Nanti sebelum sahur hubby kejutkan." Ujar Tengku Arash.
******
Seperti biasa jangan lupa tekan vote
-love hazyy
YOU ARE READING
I'm The One
Romance[ C O M P L E T E ] (BEFORE THIS KNOWN AS PEREMPUAN JIJIK ) Sinopsis Salahkah diriku ini dilayan dengan baik? Hina sangat ke aku ni? Hina sangat ke aku ni sebagai anak bekas pelacur? Hina sangat ke ibuku yang dahulu seorang pelacur? Hinakah ibuku w...