BAB 5

3.3K 407 129
                                    

Khayra dan suaminya yang baru balik dari syarikat itu tersentak apabila pintu rumah agam terbuka dan terhempas secara kasar.

Lalu muncullah adik pungut yang halal dipijak beramai ramai.

"Ray! Anak kau ni dah gila, tahu tak! Kau bela anak ke bela setan ni!" Laju kaki Rayyan menerpa kearah Khayra dan juga abangnya itu.

Sesaat selepas itu anak anak babun yang lain turut melangkah masuk ke dalam rumah.

"Daddy Louis!" Panggil Athanasia riang sebelum badan Ray dipeluk erat.

"Louis?" Laju anak mata Ray dicari. Eh tapi hijau?

"Abang Louis pakai contact lens" celah Khayra mendatar.

Louis memeluk badan Athanasia sebelum diangkat dan didukung.

"Hey! Macam mana sekolah harini okay?" Tanya Louis lembut. Rachel dan Alicia turut menyalam tangan kedua orang tuanya itu

"Okay kau tanya? Anak kau yang ni dah gila!! Kau tahu dia buat apa dekat kawan kelas dia? Tak an? Tak an? Tulah kau! Aku dah kata dah yang kau semua ni satu family yang gagal. Tengok anak kau dah jadi setan!" Jerit Rayyan kearah Louis dan Khayra.

"Tak yah dengar daddy, auta je Uncle Rayyan tu" kata Rachel yang sudah melangkah kearah lift.

"Tahu takpe, dia pun dua kali lima je. Cikgu mana yang sanggup curah air sampah dekat kepala anak murid sendiri" celah Alicia yang berada di sebelah adik kembarnya itu.

"Betul tu. Kalau Athy setan. Dia dajjal" selamba Emiel mengutuk ayahnya.

"Berani kau kata macam tu dekat daddy!"

Emiel yang sudah berada dalam perut lift itu menoleh kebelakang.

"Siapa anak kau? Heh" kata Emiel sebelum tersengih sinis. Pintu lift tertutup.

Eh kuaja!! Dia balas dendam!

"Daddy, daddy tahu tak tadi kan Uncle Rayyan kan dia pfhmmmm" laju mulut Athanasia ditekup oleh Rayyan.

"Si sewel ni buat apa?"

"Diamlah anak setan!" Kata Rayyan kepada Athanasia yang berada dalam dukungan Louis.

Pak!

Laju bahu Rayyan dipukul oleh Khayra.

"Sesukahati you je kata anak i anak setan!" Kata Khayra geram. Telinga Rayyan dipiat kuat. Tangan Rayyan di mulut Athanasia serta merta terlepas.

"Arghhh sakitlah!" Jerit Rayyan mengadu kesakitan

"Uncle Rayyan kena gantung kelas, sebab dia cuba campak pelajar dia keluar tingkap" jujur Athanasia laju.

Louis sudah memandang adiknya tajam.

"Apa? Aku acah acah je"

"Mana mana kau pergi, sial tu tetap kau bawak eh?" Tanya Louis mendatar.

"Dia mula dululah! Hak alah. Dia buli anak anak korang tahu tak?" Rayyan cuba berdalih.

"Sekali lagi aku dengar kau buat perangai dekat sekolah. Aku paksa kau buat kerja syarikat semula. Tak guna jadi cikgu kalau mengajar benda bodoh" kata Louis cukup mendatar.

Setepek kena!

"Wobucitau wopuyau lancau lu!" Kata Rayyan sebelum dia terus melangkah kearah lift rumah dengan kaki yang dihentak hentak.

Khayra sudah menggelengkan kepala. Macam mana Emiel boleh datang dari sperm dia ni? Salah bapak ke?

"Best tak sekolah harini?" Tanya Louis kepada anaknya semula.

BOOK 5 | The Little Demons [ COMPLETED ] Where stories live. Discover now