Bab 33

2.4K 402 198
                                    

"Nak pergi mana?" Tanya Athanasia yang bingung melihat tangannya ditarik oleh Daniel daripada tadi. Awalnya dia hendak pergi ke bilik rawatan, tetapi belum sempat dia masuk Daniel sudah tarik tangan dia. Bawa kemana pun tak tahu lah, tarik tapi diam je.

Sampai di bilik gym tangan Athanasia dilepas lembut.

"Kita nak bersukan?" Soal Athanasia pelik. Bilik gym itu dipandang sekeliling. Jarang dia masuk bilik gym dalam rumah ni. Sebab selalunya Athanasia hanya akan masuk dalam bilik kebal yang berada di tingkat -3. Di mana tempat dia berlatih dan membuat pelbagai jenis racun.

"Tak, aku nak tanya kau sesuatu" kata Daniel memulakan bicara.

"Tanya apa?" Soal Athanasia kembali.

"Masa kita dekat markas makcik kau tu wey. Masa semalam tu kau ingat tak kita ada pergi tingkat bawah?" Tanya Daniel serius.

"Ingat, kenapa?" Athanasia angguk kepala laju.

"Kau nampak tak muka lelaki yang masa kita dekat bawah tu?"

"Lelaki? Yang mana satu?" Soal Athanasia hairan. Dahi sedikit berkerut.

"Ada yang masa aku datang tu" balas Daniel mendatar.

"Yang Athy gigit tangan Dani tu ke? Yang ada lelaki nak datang dekat tu?"

"Bukan yang tu wey, yang lepas daripada tu. Kan kita ada lalu bilik bilik kan. Kau perasan tak ada sorang lelaki dalam bilik tu tengah baring?"

Dahi Athanasia berkerut lagi. Cuba mengingati kembali peristiwa semalam.

"Yang mana, kejap bagi Athy berfikir" mata memandang keatas. Cuba memerah otak sendiri. Lima saat, wajah Daniel dipandang semula.

"Hah! Kenapa dengan lelaki tu?" Tanya Athanasia semula. Senyuman lebar diukir.

"Kau dah ingat ke?"

"Dah" kepala diangguk.

"Kau kenal dia?" Soal Daniel lagi.

Athanasia menggeleng laju.

"Tak kenal" jawapan Athanasia mengundang keluhan dari mulut Daniel.

"Kenapa dengan lelaki tu?" Soal Athanasia kembali.

"Aku rasa kan wey," Daniel diam sekejap. Berkira-kira patut ke dia memberitahu perkara itu kepada gadis di hadapannya ini.

"Rasa apa? Dia hensem? Tapi dia memang hensem pun. Sebab dia ayah Dani kan?" Lancar gadis itu berkata sambil tersenyum lebar.

Serta merta mata Daniel membulat.

"Kau, kau tahu ke wey?" Soal Daniel kembali.

"Takda lah. Athy teka je, betul ke dia ayah Dani?" Soal Athanasia kembali. Sengihan lebar semakin terukir. Kalau boleh sampai ketelinga.

Daniel berdecit geram. Aku tengah dipermainkan ke ni?

"Entahlah wey, tapi aku rasa ya. Aku rasa macam dia ayah kandung aku" balas Daniel kembali.

Athanasia diam sesaat.

"Jadi Dani nak buat apa? Nak jumpa dia balik ke? Entah entah dia pun dah kena brainwash dengan Auntie Zea"

Kini giliran Daniel pula terdiam. Ada betul juga kata kata gadis itu. Kalau tidak di brainwash pasti lelaki itu orang suruhan Zea. Kalau tidak kenapa dia ada dekat situ? Dalam markas Zea.

Nafas panjang dihela.

"Kenapa tak jawab?" Soal Athanasia lagi.

"Takda apa lah. Aku tanya je. Kau nak pergi jumpa Emiel eh tadi? Pergilah. Apa yang kita borakkan ni jangan bagi tahu sesiapa tau" sempat Daniel berpesan sebelum dia terus melangkah keluar terlebih dahulu.

BOOK 5 | The Little Demons [ COMPLETED ] Where stories live. Discover now