Bab 34

2.4K 401 138
                                    

Tangan Ray digenggam kemas. Diusap kekura suaminya itu lembut, cuba menyalurkan sedikit keberanian. Ray sudah pun sedar kembali pada malam tadi. Sepanjang tempoh dia tiada, anak kembarnya dan juga Khayra sudah pun ceritakan kesemua sekali apa yang terjadi dalam keluarganya itu. Semua sekali termasuklah Rayyan diseksa, dibrainwash, ditangkap bawak ke rumah semula. Berkaitan dengan Zea, siapa identiti gadis itu, siapa yang menolong Eriyan, semua sekali tanpa ada satu pun yang tertinggal.

Dan reaksi lelaki itu?

Hanya senyuman pahit yang terlakar pada wajah kacaknya. Nak luah rasa sesak, dipendam merosak.

"Daddy nak jumpa dengan Uncle Rayyan ke?" Soal Alicia mendatar. Rubik cube 20x20 pada tangannya itu lincah dipusing pusing mencari pasangan warna.

"Tapi daddy kena hati hati lah. Jangan fikir yang Uncle Rayyan tu adik kesayangan daddy lagi. Sebab semalam dia hampir bunuh Emiel. Alang anak sendiri pun dia nak bunuh lagikan daddy yang selalu bagi dia kerja syarikat banyak banyak" sempat lagi Rachel menyelit perlian dihujung ayat. Tawa halus terlepas.

"Kalau abang nak sayang teman. Sayang boleh temankan" lembut sahaja bicara Khayra. Bahu Ray ditepuk tepuk perlahan dengan mulut yang mengukir senyuman manis.

Nafas ditarik dalam dalam. Wajah Khayra dipandang lama sebelum dia menoleh pula kearah wajah anak kembarnya.

"Daddy rasa daddy nak jumpa dia sorang, dia adik daddy. D-" belum sempat Ray habis kan ayatnya tiba tiba pintu bilik tidur itu terhempas kuat.

BAM!

"DADDY!! DADDY RAY!" Sebaik sahaja dia melihat muka Ray, Athanasia terus menangis. Pantas kaki kecil itu berlari sebelum memeluk erat masuk dalam dakapan Ray.

Ray tersenyum. Geli hati melihat perangai anaknya sorang ni. Rambut Athanasia diusap lembut.

"Daddy! Daddy pergi mana, daddy dah tak sayang Athy ke. Daddy dah taknak jumpa Athy ke sampai sebulan lebih daddy hilang kan diri. Athy miss you so much..." tangis kanak kanak itu tersedu sedu. Habis basah baju Ray dibahagian dada.

Kepala Athanasia dicium lama. Ciuman yang hanya Ray sahaja menciumnya dengan cara sebegitu. Kalau Louis lebih suka mencium pipi Athanasia. Dan Arthur pula hanya lebih banyak mengusap kepala gadis itu sahaja.

Badan kecil itu dipeluk erat. Mereka yang lain hanya diam sahaja melihat dua beranak itu melepaskan rindu. Lagi lagi Alicia dan Rachel. Mereka dah besar, dah biasa dengan keadaan ini. Malah dulu Louis pernah mengambil alih badan daddynya itu selama 3 bulan berturut-turut.

"Daddy hiks, sampai hati daddy. Athy rindu daddy sangat sangat. Athy ingatkan daddy dah tak sayang Athy. Athy ingatkan daddy dah taknak cium kepala Athy lagi sampai bila bila hiks. Athy ingatkan daddy dah takda..." tangis Athanasia pilu. Sakit. Ya perit apabila ayah sendiri ada di depan mata tetapi itu bukan ayahnya dan itu ayah yang lain. Dan perit juga merindui mereka yang lain saat personaliti lain yang ambik alih. Athanasia terpaksa pendam perasaan rindu itu sendiri.

"Daddy tak pergi mana mana lah" pujuk Ray perlahan. Matanya berkaca-kaca. Rasa serba salah mula mengepung hati.

"Daddy tipu... kalau satu hari nanti daddy pergi dan tak kembali. Athy dekat sini tunggu daddy tanpa jaminan yang pasti. Rindu orang yang tak pasti akan datang balik pada Athy..."

Empangan air mata Ray runtuh mendengar ayat anaknya itu. Ayat Athanasia kedengaran sakit, seolah olah ayat itu adalah perasaan yang selama ini dipendam dalam hatinya.

Ahhh normallah gadis seusia dengannya merindui ayah sendiri. Tetapi mereka yang diluar sana mungkin merindu satu perkara yang pasti. Sama ada merindui ayah yang telah mati atau ayah yang berjauhan dengan keluarga. Tetapi tidak bagi Athanasia.

BOOK 5 | The Little Demons [ COMPLETED ] Where stories live. Discover now