10

713 82 1
                                    

Saidatul tidak senang duduk. Kelibat Radzif masih lagi tidak kelihatan sejak dari pagi tadi. Sekarang masa sudah menunjukkan jam 3 petang.

'Dia tak masuk office ke hari ni? Ke dia tahu aku curi data syarikat Zeirs Empire?' getusnya. Makin tidak senang duduk dia dibuatnya. Pelbagai fikiran negatif bertandang di kepala otaknya.

Dia mengeluh berat. Jarinya tidak henti mengetuk-ngetuk meja. Kakinya juga tidak henti dari terus bergoyang. Sekejap ke tepi, sekejap ke hadapan.

Bawah bibir bagaikan mahu pecah akibat digigit kecil.

'Ke nak call je?' getusnya lagi. Intercom dipandang lama. Air liur ditelan payah.

"Ah call je lah!" gumamnya lalu intercom itu terus dicapai. Nombor telefon Radzif didail.

Dia menunggu beberapa saat sebelum satu suara wanita menyapa ditelinganya.

'Maaf, nombor yang anda dail tidak dapat dihubungi. Sila cuba sebentar lagi.'

Saidatul terus meletak gagang intercom itu kembali.

'Okay chill, jangan fikir bukan-bukan Sai. Tak ada benda buruk berlaku.' getusnya cuba menenangkan dirinya sendiri dari terus berfikiran negatif. Nafas ditarik beberapa kali lalu dihembus perlahan.

Dia meneruskan kerjanya kembali.

Seketika kemudian, telefon pintarnya bergetar kecil menandakan mesej masuk. Saidatul terus mencapai telefon pintarnya. Notifikasi daripada Radzif dipandang lalu dia terus membuka mesej tersebut.

Stupid Bossy

Hari ni schedule aku clear kan?

Saidatul mula menaipkan pesanan lalu dihantar.

Yes boss, schedule clear

Aku tak masuk office hari ni

Saidatul menarik nafas lega.

Alright boss, noted.

Dia meletakkan kembali telefon pintarnya. Dada diurut perlahan. Syukur, Radzif tidak mengesyak apa-apa.

Kerjanya disambung kembali.

-----------------------------------------------------------------

Ting tong...

Doorbell ditekan. Dia memanjangkan kepalanya memandang bahagian dalam rumah. Location yang diberi oleh Zameer dipandang. Rumah agam ini diperhati.

Seketika kemudian, pagar itu terbuka secara automatik. Radzif masuk ke dalam perut kereta kembali lalu kereta dipandu masuk ke dalam rumah. Diparkir di garage kereta.

Zameer yang sedang berdiri di hadapan pintu menunggu dirinya itu didekati.

"Selamat datang ke rumah saya Tuan," sapa Zameer. Radzif terus menjuih bibir.

"Kepala otak kau Tuan!" herdik Radzif. Zameer tertawa kecil.

"Aku dah sampai ni tak nak bagi masuk ke?" sindir Radzif. Zameer terus beranjak ke tepi, memberi ruang kepada Radzif untuk melangkah masuk ke dalam rumah.

Bodyguard's Girl : Reunited Where stories live. Discover now