17

529 52 4
                                    

Zameera berjalan menuju ke koridor. Daun pintu koridor itu dibuka lalu dia mengorak langkah. Angin malam yang sejuk dan berangin menyapa tubuhnya.

Sesekali matanya terpejam sejenak.

"Stress huh?" celah suara seseorang. Zameera terus menoleh memandang ke arah suara tersebut. Terlihat wajah Radzif menyapa kornea matanya. Zameera berkerut kening.

"Kau tak balik lagi?" soal Zameera lalu berpaling ke arah Radzif .Tubuh disandar ke palang besi.

Radzif tersenyum senget seraya mendekati Zameera.

"Zameer suruh aku teman kau." jelas Radzif. Zameera tertawa sinis.

"Tak payahlah Zay, aku bukan budak kecil yang perlu dipantau setiap masa." ujar Zameera lalu tubuh berpaling menghadap pemandangan gelap yang dihiasi dengan lampu bandaraya dari jauh.

Radzif berdiri disebelah Zameera. Kedua tangannya diseluk ke dalam poket jacket leather miliknya.

"Tapi kau perempuan, macam-macam benda boleh berlaku," jelas Radzif perlahan. Sekali lagi Zameera tertawa sinis. Sinis sesinis sinisnya.

"Aku berdiri sebelah kau ni pun macam-macam benda boleh berlaku." sambung Radzif lagi. Zameera terus menoleh memandang Radzif. Cuba mencerna ayat yang dilontarkan oleh Radzif.

Terbit senyuman nakal dibibir Radzif. Perlahan-lahan Radzif menoleh memandang wajah Zameera. Mata Zameera yang sedikit bercahaya akibat sinaran bulan itu dipandang dalam kemudian matanya turun memandang bibir mungil milik Zameera.

Zameera terus mengalihkan pandangannya ke arah bandaraya kembali. Degupan jantung yang semakin laju itu ditenangkan kembali dengan mengatur nafas perlahan.

"Kau pergi baliklah sana, dah malam." dingin Zameera bersuara tanpa menoleh memandang wajah Radzif. Cuba berlagak tenang.

Radzif yang dari tadi memandang wajah Zameera itu tersenyum nipis.

"Walaupun tak berapa terang, tapi aku still boleh nampak muka kau merah. Dah macam tomato." ujar Radzif lalu dia mengalihkan pandangannya ke arah bandaraya kembali. Zameera terus menoleh memandang wajah Radzif dengan mata yang meluas.

Mata dikelipkan beberapa kali. Radzif melirik memandang wajah Zameera seraya tersenyum nakal.

Zameera bertindak menumbuk lengan Radzif membuatkan Radzif terus mengaduh kuat.

"Apahal kau ni?!" soal Radzif sedikit kuat. Tangannya mengusap kasar lengan yang ditumbuk oleh Zameera. Berkerut-kerut wajahnya menahan bisa. Boleh tahan juga tumbukan Zameera ini.

"Kau buat macam tu lagi, siap kau!" ujar Zameera berbaur amaran lalu dia terus melangkah laju meninggalkan perkarangan balkoni itu. Radzif hanya memandang Zameera yang meninggalkannya.

Tangan kembali mengusap lengannya lalu direnggangkan sedikit bahunya.

"Belum kahwin lagi dah macam ni, apatah lagi dah kahwin nanti. Nasib kau lah dapat bini kuat belasah orang Zay, siapa suruh kau jatuh cinta dengan perempuan macam ni?" gumam Radzif perlahan. Kepalanya menggeleng kecil.

"Sh*t, sakit betul ni!"

-----------------------------------------------------------------

Lucifer dan Adrian melangkah keluar dari perut lif. Kaki mereka melangkah laju masuk ke dalam pejabat syarikat Razf Holdings.

Terdapat banyak mata-mata orang yang berada di tingkat ini teralih ke arah mereka. Ada yang berbisik kecil.

Mungkin kerana gaya mereka yang mampu memikat mana-mana hati wanita?

Bodyguard's Girl : Reunited Where stories live. Discover now