40

24 4 1
                                    

"Asyraf,"

"Awak nak apa ni, Nadira?" Tanya Asyraf tegas. Geram betullah dengan wanita ini. Sudah beberapa hari wanita itu cuba untuk memulakan perbualan dengannya namun dia akan cepat melarikan diri. Kadang-kadang Syakir yang datang selamatkan dia. Nasib baik lah Nadira tak pernah bercakap dengannya sewaktu dia bersama Dian. Tapi dia tahu, cepat atau lambat, dia tetap perlu berhadapan juga dengan Nadira.

"Garangnya. Takkan nak bertegur sapa pun tak boleh kot," walaupun suara Asyraf agak kasar, Nadira langsung tidak ambil peduli. Malah dia gembira kerana akhirnya lelaki itu mahu bercakap dengannya.

"Look, Nadira. I'm serious. Awak nak apa ni?"

"Saya nak ajak awak lunch. My treat. Jom?" balas Nadira mesra. Seolah-olah Asyraf juga menyukai perbualan mereka ini.

"No thanks. Saya lunch dengan isteri saya,"

"Tak sangka betul kan awak dah kahwin, Asyraf. Selama ni saya ingat awak ni anti perempuan,"

"Well, you're wrong," ada ke patut dia cakap aku anti perempuan. Aku anti kau je, Nadira.

"Tapi Asyraf, takkan nak lunch dengan awak pun tak boleh? Esok ke? Sebagai rakan sekerja je," Kata Nadira yang masih belum mengalah. Asyraf menghela nafas berat. Susahnya nak fahamkan wanita ini.

"Nadira, I'm married and I really love my wife. Saya harap awak faham. Saya pergi dulu,"

Tersentak Nadira mendengar pengakuan jujur dari Asyraf. Rasa hatinya disiat-siat mendengar Asyraf menyatakan cintanya pada si isteri. Nadira menemani Asyraf yang berlalu pergi dengan jelingan tajam. Punyalah susah payah dia mencari di mana Asyraf bekerja selepas sahaja mereka tamat belajar dulu. Sekali dah dapat kerja di sini, tahu-tahu lelaki pujaannya itu sudah pun berkahwin.

Terkejut tak terkata. Tak sangka Asyraf Zafran yang nak pandang perempuan pun susah itu sudah berkahwin. Memang sakit betul hatinya. Tapi ni Nisa Nadira lah. Tak pernah wujud istilah putus asa dalam kamus hidupnya. Dia akan pastikan apa yang diinginkannya itu akan tetap menjadi miliknya.

***

"Abang,"

"Abang," panggilan Dian masih tidak disahut. Dia menilik wajah Asyraf yang berbaring di atas ribanya. Mereka sedang menonton tv bersama-sama di ruang tamu. Selalu Asyraf kalau tengok tv memang fokus dia lain macam tapi Dian memerhatikan mata Asyraf yang memandang ke arah karpet. Pelik. Tak tengok pun tv. Tiba-tiba dia dapat idea jahat pula.

"Sayang, sakitlah! Kenapa cubit abang ni?!" Jerit Asyraf sambil memegang kedua-dua belah pipinya yang dicubit oleh Dian. Asyraf mendongak melihat isterinya yang sudah tergelak kuat. Suka lah tu. Tangan je kecil tapi cubit bukan main sakit.

"Merajuklah," kata Asyraf dengan muka mencebik lalu mengangkat kepalanya dari ribaan Dian.

"Ala ala baby besar kita ni. Janganlah merajuk. Meh sini nak bagi ubat," kata Dian manja lalu ditarik semula kepala suaminya supaya berbaring kembali di atas pehanya. Ciuman dihadiahkan di kedua-dua belah pipi milik Asyraf. Terus tersenyum suaminya itu. Suka lah tu dapat 'ubat'.

"Nak ubat lagi. Sakit lagi ni,"

"Tak payah nak mengada. Ubat ni mahal tau,"

"Eleh dengan suami sendiri pun nak berkira," kata Asyraf lalu dipeluk erat pinggang isterinya itu. Jari jemari kecil Dian bermain-main dengan rambut Asyraf. Mata Asyraf dipejamkan rapat. Selesa rasa diperlakukan seperti anak kecil oleh Dian.

"Abang ada masalah ke?" Tanya Dian setelah sekian lama mereka mendiamkan diri. Asyraf terus membuka kembali matanya mendengar pertanyaan Dian.

"Kenapa sayang tanya macam tu?"

"Tak ada lah Dian tengok abang lately ni banyak termenung je. Tadi Dian panggil abang pun abang tak dengar. Tu yang Dian cubit pipi abang tu. TV pun abang tak tengok kalau tak abang yang paling eksaited,"

Asyraf diam mendengar penjelasan Dian. Terharu juga rasa kerana isterinya itu perasan dengan perubahannya. Memang ada perkara yang sedang menyerabutkan kepala dia sekarang ni. Tak lain tak bukan, si Nadira tu lah. Asyraf takut kalau wanita itu mengapa-apakan rumah tangganya. Lagi-lagi Dian.

Apa yang dikatakan oleh Syakir padanya tempoh hari masi berlegar-legar difikirannya.

"Nadira ni bukan boleh percaya sangat, bro. Dulu dekat universiti pun dia buat macam kau tu dia punya. Aku rasa dia bukan kisah pun kau dah kahwin ke tak. Kau tak pelik ke kenapa dia tiba-tiba kerja dekat sini?"

"Tak ada masalah pun lah sayang. Abang penat sikit je. Kan abang on call semalam," kata Asyraf yang cuba memberi alasan lain. Dia mengambil tangan Dian dan dicium lembut. Bersalah rasa sebab membuatkan Dian berasa risau.

"Okay lah kalau abang cakap macam tu. Tapi kalau abang ada apa-apa masalah, bagitahu Dian. Jangan diam-diam je tau. Kalau Dian tak boleh tolong pun, Dian boleh tolong dengar. Tak ada lah abang stress nak fikir sorang-sorang. Okay?" Pesan Dian kepada suaminya.

Dian tidak yakin pun sebenarnya mendengar jawapan Asyraf. Dia memang lah tak lama mana pun mengenali Asyraf tetapi sudah cukup lama untuk dia perasan perubahan Asyraf. Selalunya orang kata naluri isteri itu betul. Dan hati Dian tetap kuat menyatakan pasti ada sesuatu yang tidak kena. Tapi mungkin perkara itu lebih baik jika dia tidak mengetahuinya sebab itu lah Asyraf merahsiakannya.

"Baiklah, Maam Arissa,"

"Orang serious ni, dia main-main pula," geram pula rasa dengan suaminya itu. Orang betul-betul risau dia boleh buat gurau pula.

"Abang serious lah ni. Sayang ni lah," ditarik lembut kepala Dian supaya mendekatinya lalu dicium lama bibir isterinya itu. Dian hanya tersenyum disebalik wajah suaminya. Legalah dia kalau suaminya itu okay.

"Anything, Arissa lah orang pertama yang abang akan bagitahu, okay?" kata Asyraf selepas melepaskan ciuman di bibir Dian. Dian menggangguk kepala gembira apabila Asyraf berkata begitu. Memang senang betul Asyraf nak ambil hatinya.

"Sayang. Jom masuk tidur," kata Asyraf sambil bangun dari perbaringannya di peha Dian. Dian pula hanya mendiamkan diri.

"Sayang nak tengok tv lagi ke? Abang mengantuk dah ni," tanya Asyraf kepada Dian yang masih duduk tidak berkutik. Dia perasan riak muka Dian juga berubah sedih dan matanya sudah bertakung air mata.

"Kenapa ni sayang? Kenapa menangis?" Tanya Asyraf gelabah. Dia ada silap cakap ke? Dia duduk semula disamping Dian dan bahu Dian dipegang lembut.

"Dian period,"

"Lah. Dah tu kenapa menangis pula ni? Abang cakap nak tidur sebab mengantuk lah. Bukannya nak buat apa-apa pun," terkejut juga Asyraf melihat Dian menangis sebab hal sebegitu. Dia memang langsung tak ada niat nak lukakan hati isterinya.

"Tak. Bukan sebab abang pun," kata Dian sambil menyeka air matanya yang masih laju meleleh keluar.

"Dah tu kenapa, sayang? Cuba bagitahu, abang. Kalau sayang senyap macam ni, abang tak tahu,"

"Dian tak pregnant," kata Dian sambil tersedu-sedu.

"Ya Allah, sayang. Sebab tu ke menangis? Kita baru je lah kahwin sayang,"

"Mana ada baru. Dah berapa bulan dah kita kahwin. Orang lain cepat je mengandung,"

Asyraf tak terfikir langsung pun pasal anak. Dia terlalu sibuk bahagia hidup berdua dengan Dian. Tak sangka pula Dian sampai tertekan memikirkan hal itu. Tapi dia memang ada terbaca yang perempuan baru berkahwin memang lebih memikirkan soal anak kerana risau mereka tidak mampu mengandung.

"Rezeki anak ni semua di tangan Allah, sayang. InsyaAllah nanti sayang pregnant lah tu. Allah akan bagi kita anak bila kita dah betul-betul bersedia. Sekarang ni kita enjoy je lah dulu hidup berdua. Sayang tak suka ke hidup berdua dengan abang?"

"Mestilah suka!" balas Dian pantas. Apa pula Asyraf tanya macam tu. Dia cuma teringinkan zuriat sendiri sahaja sama seperti pasangan suami isteri yang lain.

"Kalau suka, tak nak nangis-nangis macam ni dah. Habis bengkak dah mata tu," pujuk Asyraf lembut lalu dipeluk erat tubuh isterinya itu. Rambut Dian diusap-usap perlahan untuk menenangkannya.

"I love you, abang," kata Dian lalu dieratkan pelukan di tubuh Asyraf.

"I love you more, baby,"

Oh My Crush!Where stories live. Discover now