🍊TIGA🍊

128 24 30
                                    

Sudah seminggu Seo Min bersekolah dan hari ini merupakan hari cuti untuk Seo Min dan rakan-rakannya yang bersekolah. Seo Min berasa begitu penat. Sepanjang bersekolah dia hanya dibuli. Ini terjadi hanya kerana Seo Min berkawan rapat dengan T-4 namun untuk menjauhkan diri dari T-4 tidak akan Seo Min lakukan. Cuma T-4 sahaja kekuatan Seo Min untuk tidak mempedulikan kelakuan pelajar Watanabe Highschool. Apakah T-4 tahu?Tentu sahaja tidak kerana Seo Min tak nak mereka bimbang akan keadaan dirinya. Ji Eun dan Seok Jin tahu. Mereka tahu kerana mereka melihat pembulian itu ketika ingin mengambil Seo Min dari sekolah. Tapi Seo Min melarang kedua ibu ayahnya melaporkan hal tersebut. Ji Eun dan Seok Jin hanya boleh memberikan semangat kepada Seo Min memandangkan Seo Min melarang mereka melaporkan hal tersebut.

I just wanna be your boy..
Be your boy..

Lagu Boy daripada kumpulan kpop terkenal iaitu Treasure terdengar dari telefon Seo Min. Seo Min yang sedang melamun mengambil telefon tersebut. Dia melihat nama pemanggil sebelum mengangkatnya.

"Haiii Seo Min" pemanggil di sana berteriak sebaik sahaja Seo Min mengangkatnya.Seo Min menjauhkan telefon dari telinganya dan mengosok telinganya akibat jeritan pemanggil di sana.

"Hai Mashi. Kau tak payahlah jerit2. Boleh pekak telinga aku hari ni"ucap Seo Min.

"Hehehe..sorry Seo Min. Btw,jom keluar. Aku bosanlah"ucap Mashiho dengan dialek Aegyo nya. Seo Min dahlah tak boleh dengan perkara yang berkaitan aegyo ni. Dia mudah lemah terutama sekali kalau Mashiho yang buat.

"Baik.Kau ni tahu je kelemahan aku. Btw dalam banyak2 orang kenapa kau ajak aku. Padahal kau boleh je ajak Asahi,Yoshi tak pun Haruto"ucap Seo Min sambil bermain dengan anak patung dia.

"Heheh. Aku malas. Lagipun mereka semua tak seru. Kau best sebab kau pandai meriahkan suasana. Aku janji aku akan belanja kau aiskrim"ucap Mashiho sambil tersenyum.

"Alright. Kau jemput aku tau"ucap Seo Min lalu menutup panggilan tanpa mendengarkan persetujuan dari Mashiho. Dia tertawa membayangkan yang Mashiho akan memarahinya sebaik sahaja mereka berdua berjumpa nanti. Dia segera bersiap.

Sebaik sahaja selesai bersiap Seo Min segera turun ke bawah. Di bawah dia melihat Mashiho yang sedang berbual dengan ibu ayahnya. Mashiho tersenyum melihat Seo Min begitu juga dengan Seo Min. Kalau dilihat cara mereka pakaian,mereka kelihatan seperti kembar.

 Kalau dilihat cara mereka pakaian,mereka kelihatan seperti kembar

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Eomma appa..kami pergi dulu ya"ucap Seo Min lalu mencium pipi ibu ayahnya.

"Nee berseronoklah. Mashi tolong jaga Seo Min ya"ucap Ji Eun lalu mencium pipi Seo Min.

"Baik. Eomma Ji Eun dan appa Seok Jin jangan risau. Kamu berdua boleh percayakan Mashi"ucap Mashiho sambil tersenyum. Ji Eun dan Seok Jin tertawa dengan kelakuan Mashiho. Mereka terasa seperti melahirkan anak kembar apabila melihat kelakuan Mashiho yang seiras dengan anaknya.

"Nee. Kami percayakan Mashi"ucap Seok Jin. Mashiho dan Seo Min pun keluar. Mereka bergerak menuju ke Mall dengan kereta yang dipandu oleh pemandu peribadi Mashiho.

ORANGE || YoshinoriWhere stories live. Discover now