🍊BONUS CHAPTER🍊

94 19 19
                                    

"Beomha bangun sayang. Hari ni kita nak pergi rumah Datuk Seok Jin dan Nenek Ji Eun"ucap Yoshi sambil berbaring di sebelah anaknya. Beomha tidak bergerak sama sekali. Yoshi tersenyum dan mengusap rambut anaknya. Yoshi menguap dan ikut tertidur bersama anaknya.

Seo Min yang sudah bersiap segera memasuki bilik anaknya apabila mendapati suaminya,Yoshi tidak keluar2 dari bilik Beomha selepas disuruh membangunkan Beomha.

Sebaik sahaja masuk,Seo Min tersenyum melihat suaminya yang tertidur dengan Beomha. Dia segera menangkap gambar itu. Dia membangunkan Beomha dan membiarkan Yoshi tidur.

"Beomha bangun"ucap Seo Min lalu mengoyangkan badan anaknya. Beomha yang merasa badannya digoyang segera membuka mata.

"Eoh,mama"ucap Beomha sebaik sahaja membuka mata. Seo Min tersenyum dan mengangkat anaknya. Dia membawa anaknya keluar.

"Beomha mandi dengan Bibik So ya"ucap Seo Min. Beomha hanya mengangguk. Seo Min menurunkan anaknya. Beomha yang memang rapat dengan Bibik So segera berlari ke arah dapur.

"Bibik So,Beomha nak mandi dengan bibik"ucap Beomha dengan lancar. Bibik So mengangguk dan membawa Beomha ke bilik mandi. Seo Min yang melihat Beomha bersama dengan Bibik So segera bergerak ke bilik Beomha untuk membangunkan suaminya yang tertidur.

"Oppa,bangun. Kita kena pergi sekarang"ucap Seo Min lalu duduk di sebelah Yoshi sambil menatap Yoshi. Yoshi yang telahpun bangun ketika Seo Min masuk tadi segera menarik pinggang Seo Min dan membaringkan Seo Min. Mereka berdua bertatapan dengan jantung yang berdegup dengan sangat pantas.

"Oppa"ucap Seo Min dengan gugup. Yoshi tersenyum lalu mencium sekilas bibir isterinya. Seo Min terkejut dan kelihatan semburan merah di pipi Seo Min.

"Sayang,terima kasih untuk semuanya. Kita terpaksa laluan bermacam2 perkara semenjak berkahwin. Sedar tak sedar dah 7 tahun usia perkahwinan kita. Terima kasih sebab sanggup berjuang untuk melahirkan Beomha. Oppa bangga pada Seo Min"ucap Yoshi lalu memeluk Seo Min. Seo Min tersenyum dan membalas pelukan Yoshi.

"Seo Min pun nak ucap terima kasih sebab sanggup bersusah payah bekerja untuk Seo Min dan Beomha. Terima kasih sebab sentiasa menemani Seo Min dan bantu Seo Min menjaga Beomha"ucap Seo Min. Yoshi tersenyum dan mengelus rambut Seo Min.

Hari ni mereka pulang ke rumah Seok Jin dan Ji Eun untuk merayakan perkahwinan mereka yang ke 7.

Kanemoto Beomha,anak perempuan mereka yang berusia 5 tahun. Seorang yang sangat cerdas seperti ayahnya dan seorang yang ceria dan kuat seperti emaknya.

"Jom buat adik untuk Beomha"ucap Yoshi berbisik di telinga Seo Min. Seo Min segera menumbuk badan suaminya.

"Dasar mesum. Bersiap sekarang atau Seo Min akan pergi dengan Beomha menggunakan teksi"ucap Seo Min lalu keluar dengan muka yang memerah kerana malu. Yoshi tertawa apabila berjaya mengenakan Seo Min dan membuatkan Seo Min malu.

Yoshi segera keluar dan masuk ke biliknya dan Seo Min untuk mandi dan bersiap.

Yoshi segera keluar dan masuk ke biliknya dan Seo Min untuk mandi dan bersiap

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
ORANGE || YoshinoriWhere stories live. Discover now