🍊DUA BELAS🍊

69 17 9
                                    

"Asal jantung aku berdebar bila Yoshi peluk aku ni. Seo Min kau tak boleh jatuh cinta pada dia. Tapi sebab aku tak boleh jatuh cinta pada Yoshi? Biar lah. Baik aku call Asahi dan Mashi supaya berjumpa di restoran milik Appa aku"ucap Seo Min pada dirinya sendiri. Dia pun bersiap-siap dan menelefon Mashiho dan Asahi. Selain daripada mempunyai syarikat sendiri Seok Jin juga mempunyai restoran yang bernama "Seo'z Restoran". Seok Jin jarang berada di syarikatnya kerana dia lebih suka menguruskan restorannya. Seok Jin sangat suka memasak dan kehebatan dia dalam memasak tidak boleh diragukan lagi.

Seo Min sudah pun menelefon Seok Jin untuk meminta kebenaran. Tak ada siapa yang tahu siapa Seo Min kerana Seo Min lebih memilih merahsiakan identitinya. Hanya T-4 sahaja yang tahu tentang identiti Seo Min. Jangan lupakan Lea yang menginap di rumahnya beberapa minggu yang lalu. Hanya mereka sahaja yang tahu.

Selepas menunggu lebih kurang 30 minit,pemandu peribadi ayah Seo Min telah pun tiba. Dia segera keluar dan membuka pintu untuk Seo Min.

"Terima kasih Appa Han"ucap Seo Min pada pemandu peribadi ayahnya. Han tersenyum.

"Sama2 Seo Min"ucap Han lalu menutup pintu kereta arah Seo Min. Selesai sahaja dia segera memasuki bahagian pemandu dan mengerakkan kereta menuju ke Restoran Seo'z.

"Kau rasa kenapa Seo Min ajak kita jumpa?"soal Mashiho pada Asahi yang sedang menyedut minuman

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Kau rasa kenapa Seo Min ajak kita jumpa?"soal Mashiho pada Asahi yang sedang menyedut minuman. Mereka telah berada di Restoran Seo'z kerana ketika Seo Min telefon mereka berada di mall yang berdekatan dengan Restoran Seo'z. Asahi dan Mashiho hanya pulang ke rumah untuk menukar baju sahaja dan setelahnya mereka keluar.

"Entahlah tapi firasat aku mengatakan yang Seo Min mesti nak tanya tentang perasaan yang dialaminya. Kau nampak tak muka Seo Min macam keliru bila Yoshi peluk dia. Sedangkan selama ni dengan kita tak ada pun muka keliru dia tu. Aku rasa yang Seo Min sebenarnya cintakan Yoshi cuma dia tak sedar"ucap Asahi dengan penuh keyakinan sambil tersenyum. Gadis2 yang berada di restoran itu kesemuanya hampir terkena penyakit diabetes selepas melihat senyuman Asahi yang terlampau manis melebihi gula.

"How about Haruto? Kau tahu kan yang Haruto sukakan Seo Min"ucap Mashiho. Pening betul kepala dia memikirkan cinta bersegi2 rakannya.

"Aku tak rasa macam tu. Percayalah cakap aku yang esok dia mesti perkenalkan kekasih dia pada kita"ucap Asahi. Lagi2 dengan yakinnya.

"Maksud kau?"soal Mashiho.

"Cuba kau tengok dekat Restoran Sushi Shihi tu"ucap Asahi sambil menujukkan arah pandangan dia. Kebetulan Restoran Sushi Shihi dan Restoran Seo'z bersebelahan. Di sana kelihatan Haruto sedang mengenggam tangan seorang gadis yang tidak dikenali mereka. Dan kebetulan juga mereka berada duduk di meja luar restoran tersebut supaya mereka dapat merasa angin.

Asahi dan Mashiho saling berpandangan kemudian tersenyum. Senyuman di mana hanya mereka yang tahu tanpa menyedari bahawa Seo Min telah pun berada di hadapan mereka.

Seo Min yang telah pun sampai segera melihat arah pandangan mereka dan terus memahami senyuman rakannya. Dia juga turut tersenyum seperti Asahi dan Mashiho lalu memandang mereka. Asahi dan Mashiho yang baru menyedari kehadiran Seo Min segera menjerit.

"WARGHHH!!!Ya ampun Seo Min terkejut aku. Nasib aku tak ada riwayat sakit jantung"ucap Mashiho lalu mengusap dadanya.

"Entah kau ni"sambung Asahi pula lalu menampar lembut bahu Seo Min. Nak tampar kuat2 manalah Asahi berani. Bukan Asahi takut cuma dia tak sanggup nak tampar kuat2. Seo Min hanya ketawa.

"Aku tahu korang nak buat apa pada Haru. Kita biarkan sahaja dia begitu. Esok mari kita kenakan dia habis-habisan. Jangan lupa bagitahu Yoshi. Mari kita buat dia punya happy itu hilang"ucap Seo Min lalu sambung ketawa.

"Good idea. Haruto tunggulah kau esok"ucap Mashiho dan Asahi serentak. Mereka ketawa sehingga terlupa akan tujuan mereka.

Jam menunjukkan pukul 6 petang dan Yoshi sedang menonton TV

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Jam menunjukkan pukul 6 petang dan Yoshi sedang menonton TV. Rancangan kesukaan dia telah pun tamat.

"Aduh dah tamat. Bosanlah aku macam ni. Nak buat apa ya?Baik aku pergi dekat pantai"ucap Yoshi lalu dia pun keluar. Dia berjalan kaki menuju ke pantai. Lagipun rumah dia berdekatan pantai.Sebaik sahaja sampai di pantai dia segera mendudukan diri di bangku yang disediakan.

"Best betul kena angin. Duduk kat sini teringat pula time first time kenal Seo Min. Lucu betul dia masa tu. Haih. Seo Min aku cintakan kau. Aku harap sangat aku boleh bagitahu kau tentang perasaan ni tapi entahlah. Aku tak tahu kenapa aku masih lagi ragu2 untuk beritahu pasal hal ni pada kau. Aku bukan takut kena tolak tapi entahlah"ucap Yoshi lalu menghembuskan nafasnya. Dia membuka telefonnya dan melihat lockscreen telefonnya yang terpampang gambar Seo Min yang sedang tersenyum. Dia mengambil gambar itu secara senyap2 tanpa disedari oleh sesiapa.

"Aku tahu kenapa kau still ragu untuk bagitahu tentang perasaan kau. Bukan sebab kau takut ditolak tapi kau tak nak rosakkan persahabatan kau dengan Seo Min. Tak perlu takut akan hal itu. Walaupun kau berdua official kau berdua still boleh jadi sahabat. Apa salahnya kau pegang 2 peranan iaitu kekasih yang melindungi dan sahabat yang sentiasa mendengar keluh kesah dia"ucap seorang lelaki secara tiba2 sambil duduk di sebelah Yoshi. Yoshi yang terkejut mendengar suara orang itu segera memandang lelaki itu.

"Boleh aku tahu kau siapa?"soal Yoshi pada lelaki di sebelahnya.

"Aku Jihoon. Aku rasa kalau aku bagitahu nama pun kau dah tahu pasal aku. Kau jangan bimbang aku tak akan rampas Seo Min dari kau. Lagipun sekarang ni aku cuma anggap Seo Min adik aku. Dan memandangkan aku dah berpengalaman pasal cinta ni jadi aku bagitahu kau apa yang kau rasa"ucap Jihoon dengan sombongnya.Yoshi termenung memikirkan ayat Jihoon.Dia merasa bahawa ayat Jihoon ada benarnya juga.

"Terima kasih Jihoon Hyung. Minggu depan aku akan luahkan perasaan aku pada Seo Min. Boleh Jihoon Hyung tolong?"soal Yoshi pada Jihoon dengan tatapan berharap.

"Boleh. Esok kita jumpa di sini untuk berbincang. Bawa kawan2 kamu juga"ucap Jihoon lalu mengelus rambut Yoshi. Yoshi tersenyum dan mengangguk.

Mereka berdua pun menikmati matahari terbenam sebagai tanda persahabatan mereka yang baru terjalin. Mereka berbincang sedikit dan Jihoon menghantar Yoshi pulang ke rumah pada jam 8 malam.

🍊🍊🍊🍊🍊🍊🍊🍊🍊🍊🍊🍊🍊🍊🍊
Teu-haii!!!

maybe cite ni akan habis dalam beberapa chapter lagi atau mungkin juga tidak sebab idea Sha terlampau banyak😂sha tak tahu. Tengoklah dulu macam mana😂btw dont forget to vote and comment. Saranghae

Teu-byee!!!

ORANGE || YoshinoriWhere stories live. Discover now