🍊EMPAT BELAS🍊

89 19 31
                                    

Jam menunjukkan pukul 5 petang dan terlihat Yoshi,Mashiho,Haruto,Asahi dan Jihoon berbincang di bangku yang terdapat di pantai. Perbincangan mereka begitu serius sekali.

"Apa konsep kau untuk luahkan perasaan kau?"soal Jihoon lalu menscroll google untuk mencari cara yang sesuai.

"Aku nak konsep yang simple tapi romantik"ucap Yoshi. Dia telah memikirkan konsep ini selepas dia tersedar tentang perasaan dia pada Seo Min.

"Simple tapi romantik,hmm..kau luahkan perasaan kau ketika matahari terbenam. Masa itu mesti indah. Menginggatkan kau ketika kau pertama kali berjumpa dengan Seo Min"ucap Asahi.

"Wow,okay juga. Lokasinya di pantai dan kita akan sediakan tempat untuk Seo Min duduk sambil lihat persembahan. Tapi siapa nak buat persembahan tu?"soal Haruto sambil mengaru2 belakangnya. Pertanyaan Haruto membuat mereka terdiam dan cuba berfikir sebab walaupun mereka pandai dalam bab menyanyi tapi rasa tak sesuai pula kalau mereka yang nyanyikan untuk Seo Min.

Mereka cuba berfikir nama yang sesuai. 15 minit berfikir tiba2 meja diketuk oleh seseorang.

"Apa kata kalau kita jemput Treasure. Seo Min kan minat pada Treasure"ucap Jihoon dengan lantang. Ucapan Jihoon membuatkan mereka terdiam untuk beberapa saat.

"Idea yang bagus. Siapa yang akan minta Treasure datang?"soal Yoshi. Jihoon tersenyum.

"jangan risau aku yang akan buat. Lagipun Leader Treasure tu sahabat aku. Seo Min tak tahu pun pasal tu. Seo Min mesti happy dapat jumpa Hyunsuk"ucap Jihoon dengan bangga.

"okay,hyung bincang dengan Hyunsuk Treasure. Haruto,Yoshi persiapkan tempat minggu depan dan aku akan pilih baju untuk Seo Min dan Yoshi supaya kelihatan sesuai untuk mereka"ucap Mashiho lalu mereka semua bertepuk tangan kerana rancangan mereka sudah terjadi.

"oklah aku nak beli air jap.Korang nak order tak?"soal Yoshi. Mashiho,Asahi,Haruto dan Jihoon mengelengkan kepala. Yoshi pun segera bergerak ke gerai minuman yang terletak 5 minit dari sini.

Sebaik sahaja Yoshi meninggalkan kawasan perbincangan itu,mereka pun berbincang sedikit.

"Shiho kau jangan lupa telefon kakak Yoshi biar dia datang sekali pada hari Yoshi confess dekat Seo Min. Mesti Yoshi happy"ucap Jihoon sambil tersenyum membayangkan rancangan itu.

Jihoon mengetahui maklumat Yoshi daripada orang suruhan Jimin untuk memastikan bahawa Yoshi adalah orang yang terbaik untuk Seo Min. Dia juga mengetahui bahawa Yoshi mempunyai kakak dan telah berpisah setelah kakak Yoshi berkahwin.

"baiklah tapi macam mana hyung tahu yang saya ada nombor kakak Yoshi?"soal Mashiho sambil miringkan kepalanya.

Jihoon yang mudah cair dengan perkara2 inut segera mencubit pipi Mashiho. Mashiho mengusap2 pipinya yang kena cubit itu.

"Sudah tentu dengan bantuan orang suruhan ayah hyung"ucap Jihoon sambil tersenyum. Mashiho mengangguk kepalanya tanda faham.

Yoshi telahpun kembali dan mereka bercerita tentang banyak perkara dan berpisah pada pukul 7:15 petang.

Yoshi telahpun kembali dan mereka bercerita tentang banyak perkara dan berpisah pada pukul 7:15 petang

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
ORANGE || YoshinoriWhere stories live. Discover now