𝑪𝒉𝒂𝒑𝒕𝒆𝒓 38

11.4K 660 85
                                    

Selesai sahaja majlis akad nikah pada hari itu, Tengku Dayang dan Tuan Aydan terus masuk ke dalam bilik mereka

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Selesai sahaja majlis akad nikah pada hari itu, Tengku Dayang dan Tuan Aydan terus masuk ke dalam bilik mereka. Menantu baru langsung tidak disambut mereka. Ayeena dan Aathif sahaja yang menyambut tetamu dan melayan mereka. Isteri Aathif, Emilya pula menjaga anak-anaknya dan juga Anrique. Dhariz dan Dhani hanya hadir untuk menemani Ayeena. Awhh sweet bradahhh!

Tetamu yang dijemput hanyalah ahli keluarga terdekat sahaja. Tuan Aydan dan Tengku Dayang tidak mahu menjemput kenalan mereka yang lain, iyalah nama pun tangkap basah takkan nak jemput orang ternama yang lain mahunya diserang meletop, melodi, Mstar semua tu!

Setelah tamat sahaja majlis, tetamu turut bersurai. Tiba masa tuan rumah berehat. Ayeena melabuhkan punggung di sebelah Anrique yang sedang bermain bersama sepupu kembarnya. Hilang rasa penat lelah melihat wajah anak terunanya itu.

Dhariz dan Dhani telah pun meminta diri untuk pulang. Kawan-kawan Ayeena juga telah meminta diri awal-awal lagi. Ariana dan Aayyan menapak masuk ke ruang tamu. Macam belangkas dua orang itu. Dari tadi berkepit. Sakit hati Ayeena melihatnya!

Ariana cuba mendekati Anrique. Semua di situ memerhatikannya.

"Que sayang, mama nak kiss boleh?"

Anrique mengangkat wajahnya yang tadi leka bermain kini menatap wajah Ariana, satu senyuman sinis diukirkan. Get ready, Ariana! Anak buah Aariq ini boss.

"Makcik, tolong jauh sikit! Busuklah! Bau macam sampah! Dahla buruk. Muka macam pecah rumah. Ada hati nak jadi mama orang. Pergi cermin muka sana! Rumah ni banyak cermin. Pilihlah mana satu nak tengok."

Zap!

Ariana terkedu dengan ujaran Anrique itu. Aathif yang baru sahaja masuk ke ruang tamu itu langsung ketawa sambil mendekati isterinya. Dia menghempaskan punggung bersebelahan isterinya. Tangannya melingkari pinggang isterinya. Kepala dilabuhkan pada bahu isterinya.

"Que tak baik cakap macam tu, kan mummy dah cakap! Que kena panggil Mama Ariana." Lembut Ayeena memujuk Anrique apabila melihat Aayyan seperti mahu marah Anrique.

Anrique menjeling Ariana, "You're not my mum! You're bitch!"

"BEHAVE, TUAN ANRIQUE DANIAL!!!!!" Tegas suara Aayyan menegurnya.

Terkejut semua orang di situ. Aathif membawa anak-anak dan isterinya berlalu pergi naik ke bilik.

Ariana pula tersenyum puas. Padan muka kau, budak.

Tersebik Anrique dibuatnya. Pantas dia lari mendapatkan mummynya. Ayeena mengusap belakang anaknya itu.

"No baby, daddy tak marah sayang! Daddy tegur."

"Say sorry to Mama!" Tegas Aayyan sambil tajam memandang Anrique.

"I don't want!!! She's not my mama. Que cuma ada seorang mummy. And Mama Que ada satu je dalam kubur!" jerit anak kecil itu. Terkelu Aayyan mendengarkan itu. Ayeena turut sama.

1.0 | Tuan Aayyan Danish ©Where stories live. Discover now