𝑺𝒑𝒆𝒄𝒊𝒂𝒍 𝑪𝒉𝒂𝒑𝒕𝒆𝒓 1

16K 727 63
                                    

"Tuan Aryan Darmish!!!!!"

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Tuan Aryan Darmish!!!!!"

Bergema suara Ayeena memanggil anaknya itu. Aryan melangkah dengan malas menuju ke arahnya. Kaki dihentak-hentak.

"Apa mummy ni? Bising aaaa huarghhh."

Dia menekup mulutnya yang luas menguap. Ayeena mendekati Aryan lalu telinga anaknya itu ditariknya.

"Arghh apa ni mummy?!! Sakit sakit! Daddy help me! I'm gonna die today."

"Dah umur 22 pun still perangai macam budak-budak. Now look at this, what have you done?! Habih belanga mummy hitam macam bontot Ar!!" bebel Ayeena. Dia mengheret Aryan ke dapur lalu telinga anaknya dilepaskan.

Aryan menggaru kening. Dia menyelak sedikit seluarnya.

"Oi Ar nak buat apa?!" Marah Ayeena apabila melihat aksi tidak semenggah anaknya itu.

"Mummy cakap bontot Ar hitam, Ar tengok ni putih je, ha tengok ni!"

Ayeena menggeleng. Pelipis dahi dipicit. Pening dapat anak bangangnya level phD ni.

Pap!

Aryan mengusap kepalanya yang diketuk oleh Adryan, abang kembarnya.

"Bodoh ke kau? Tak habis-habis bagi mummy pening." Adryan menghampiri Ayeena lalu tubuh mummynya itu dirangkul. Kepala direhatkan di atas bahu Ayeena.

"Forgive him, please hm! Mummy tahu kan anak syurga mummy sorang tu macam mana kan?" Lembut sahaja butir bicaranya. Lembut hati Ayeena.

Aryan mencebik.

"Ad, pehal kau balik? Semak do kau. Ni mummy aku bagi la balik!!" Rengek Aryan.

"No, your mummy is mine!" Sampuk satu suara dari arah belakang. Dengar sahaja suara itu terus membuahkan senyuman pada bibir Ayeena.

"Aduh, orang tua ni pun sibuk nak masuk!" Rungut Aryan. Mulutnya terkumat kamit membebel.

Pap!

"Argh daddy!" Kepala yang diluku diusapnya.

"Lain kali biadab la lagi. Aku boleh bagi penampar terus." Ujar Aayyan lalu mendekati isterinya. Adryan yang memeluk isterinya itu ditolak menjauhi mereka.

Adryan mencebik.

"Sayang, how's your day hm?" Pipi gebu Ayeena dikucupnya bertalu-talu.

Adryan dan Aryan membuat muka meloyakan. Werk!

"Aduh, buruk betul orang tua bercinta!" Aryan buat mimik menyampah.

Aayyan menjeling anaknya itu, "Pergi main jauh sana! Jangan kacau mummy dengan daddy"

"Fine! Jom Ad, kita bawa diri jauh-jauh, biar mummy daddy rindu. Padan muka diorang " Aryan memeluk lengan Adryan dan menarik lelaki itu ikut bersamanya.

1.0 | Tuan Aayyan Danish ©Where stories live. Discover now