𝑪𝒉𝒂𝒑𝒕𝒆𝒓 63

19.8K 739 195
                                    

Hakeem dan Aariq lepak di mcd sementara menunggu buah hati masing-masing shopping

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Hakeem dan Aariq lepak di mcd sementara menunggu buah hati masing-masing shopping. Aariq melepaskan keluhan berat.

"Hang pasaipa? Orite tak ni?"

"Orite kot."

"Dah la jangan la mengstress. Ni mana si Mika? Senyap lama. Pi mana budak tu?"

Aariq memutarkan biji mata.

"Entah anak ayam tu, lately ni asyik nak berkepit dengan adik aku je. Geram pula aku tengok. Dah takde orang lain ke nak jadi adik ipar aku. Ni malaun bangang tu jugak."

Hakeem ketawa. Ya tak ya juga, semua dalam circle yang sama. Sedang mereka berbual, ada dua orang gadis menghampiri mereka.

"Erm hai. Berdua je ke? Ada orang duduk tak sini?" Soal salah seorang mereka sambil menunjuk ke arah dua kerusi kosong di samping Hakeem dan Aariq.

Hakeem mengusap pangkal lehernya manakala Aariq menjeling sekilas gadis itu.

"Waalaikumussalam. Tak mana ada berdua. Tak nampak bersepuluh ni? Sini takda kosong. Gi main jauh-jauh." Selamba Aariq sambil mata tertancap pada skrin telefon.

Hakeem menahan tawa melihat wajah cemberut gadis-gadis itu.

"Amboi sombong ya." Usik seorang lagi gadis.

Aariq memandangnya sesaat sebelum senyum senget, "Aku sombong dengan orang yang pakai baju adik-adik je. Macam korang. Sakit mata tengok. Geli. Euwww."

Terkedu kedua gadis itu. Mereka terus meninggalkan tempat itu kerana malu dikata begitu.

Hakeem akhirnya melepaskan tawanya.

"Kau pehal gelak? Ingat kelakar ke?"

Hakeem menghabiskan tawanya sebelum berkata, "Tak sangka, sahabat buaya aku dah berubah. Dulu time kolej bukan main hang, pantang nampak yang dahi licini sikit, terus nak sambar."

Aariq menggeleng sambil ketawa.

"Itu zaman jahiliah. Sekarang dah jadi laki orang kena la setia pada yang satu. Pehal kau nak try ke tadi?"

Hakeem yang menghirup air itu tersedak.

"Gila apa hang? Mati aku kena sebat dengan Rose. Tak nak aku!" Hakeem menggeleng.

Tiba-tiba Mikael yang entah dari mana muncul menarik kerusi di sebelah Aariq dan melabuhkan punggung.

"Eh, mana mai hang ni?"

Mikael sengih, "Dalia nak jumpa Shay. So, dia heretnya aku sekali. Shay cakap korang dekat sini. So ke sinilah aku."

Aariq masih membisu.

"Woi Riq, hang pasaipa?"

Mikael turut memandang ke arah Aariq. Kemudian bibirnya dicebik, "Ada orang tu merajuk dengan aku, sebab tak teman dia pergi mamak semalam."

1.0 | Tuan Aayyan Danish ©Where stories live. Discover now