BAB 6

462 128 3
                                    

"Again." pasrah aryana.

Kaki dipaksa melangkah ke ruang tamu dia tahu ada topik yang mereka berdua mahu bahaskan. Kahwin kahwin kahwin.

Wani mengekori langkahnya.

"Duduk." umi mengisyaratkan duduk sebelahnya. Aryana turuti saja bersama wani.

"Kita anggap saja lah yang aryana setuju dengan keputusan ni. Kalau tunggu keputusan kamu bertahun-tahun pun belum tentu kamu setuju jadi biarlah umi yang buat keputusan ni." terang umi lembut.

Keadaan kembali senyap sepi. Aryana menikam tajam bebola mata afiq. Dia takkan terima dan takkan terbayang rumah tangga dibina bersama afiq.

"Terserahlah. Dah penat nak fikir, asyik hati orang saja kena faham hati sendiri? takda pulak yang faham!" nada suara Aryana melantun tinggi.

"Kenapa bercakap macam tu? tak fikir perasaan umi ke? awak ingat sikit awak tu anak dia. Sekurang-kurangnya beradab la sikit." tegur afiq berbunyi serius. Afiq yang kelihatan tegang mencuba menenangkan hati sendiri. 

Aryana tersenyum sinis. Perasaan amarahnya makin membuak-buak selepas melihat perubahan drastik lelaki itu.

"Umi dah banyak lakukan untuk aryana, aryana mahu itu umi berikan. Takkan permintaan umi yang satu ni aryana tak boleh tunaikan? besar sangat ke?" soal umi memandang tepat anak matanya.

Amarahnya semakin berundur, dia menunduk mencerna apa yang baru diperkatakan oleh umi nya. Betul umi banyak lakukan sesuatu untuknya. Sebak didada semakin dirasai, perasaan serba-salah menyelubungi dirinya.

"Aryana setuju." jawab aryana. Air mata gugur satu persatu menitis turun.

"Good girl. Macam tu lah anak umi." puji umi.

Afiq menguntum senyuman manis.

"Kau janganlah nangis macam ni, aku janji everything will be okay kau cuma kena tenang." pujuk wani yang sudah perasan kawannya dibanjiri air mata.

"The date is 22 February kalau umi tak kisah. Mama dengan papa ada urusan penting jadi afiq tolong sampaikan."

Umi terangguk-angguk mendengar.

"Aryana suka tak tarikh tu?" melihat keadaan anaknya dari tadi menunduk menimbulkan rasa kurang senang.

"Umi tahu apa yang terbaik buat aryana." bisik umi ditepi telinganya.

Aryana berdehem banyak kali sebelum memulakan bicaranya. Cuba menyembunyikan sedihnya.

"Aryana setuju dengan tarikh tu. Cantik." dia mengangkat muka dengan senyuman paksa.

Lega rasanya hati seorang ibu.

Cawan teh panas ditolak secara berhati-hati ke arah afiq.

"Jemput minum dulu ya." pelawa umi.

Jam sudah hampir tengah malam. Wani bersiap-siap untuk pulang ke rumahnya. Plastik yang berisi bekal makanan diambil. Banyak kali dia tolak pemberian kawannya tapi tetap juga dipaksa ambil katanya makanan kegemaran wani.

"Aku betul-betul minta maaf tak boleh pujuk mak kau. Aku tahu seorang ibu pasti tahu yang terbaik buat anaknya." wani menggenggam erat tangan kawannya.

Melihat air mata jernih membasahi pipi kawannya makin membuak-buak rasa bersalahnya. Dia sudah tidak keruan.

"Jangan macam ni, kau kena ingat everything will be okay." pujuk wani.

Aryana mengangguk.

Selepas beberapa minit sahabatnya pulang ke rumah. Pintu bilik ditutup rapat sebelum dirinya merebahkan badan di atas katil.

Siapakah dia ? [ In editting } ✔️ NEW VERSIONWhere stories live. Discover now