Bab 1

277 11 4
                                    

"Lari satu padang sebanyak 3 kali , cepatt !!" Jerit komander pasukan bomba. Vira menarik nafas mengah.

Ini lari kawad ke lari dera!? Ada ke kalau nak kawad kena lari dulu ? Tak ada otak punya komander.

Semua ahli kawad bomba terus menyambung larian mereka. Lagi satu pusingan sahaja yang tinggal untuk memenuhkan pusingan mereka yang terakhir.

Komander yang berasal daripada 5 Lase itu berdiri di tepi padang. Air mineral diteguk rakus.

"Iqmal !!!", seseorang memanggil namanya.

Iqmal menoleh tanpa menjawab.

Seorang lelaki yang baru sahaja tiba dihadapan Iqmal itu terus memegang bahunya. "Cikgu Adam nak jumpa kau", kata jejaka berambut kemas itu dengan penat.

Iqmal mengerutkan dahinya pelik. Dah kenapa cikgu nak jumpa aku ?

"Dekat mana?", tanya Iqmal.

               Pintu bilik disiplin itu diketuk sebanyak tiga kali. Toktoktok.

Masuk!

Iqmal masuk ke dalam bilik penghawa dingin itu dengan perlahan-lahan. Wajah Cikgu Adam dipandang.

"Cikgu panggil saya ?"

Adam memandang ke arah salah seorang anak muridnya itu. Iqmal merupakan seorang pengawas sekolah. Tetapi tidaklah ketua.

"Awak tahu kenapa saya panggil awak ?", soal Adam dengan perlahan.

Iqmal menggeleng tanda tidak tahu.

Adam menyerahkan sekeping sampul surat bewarna coklat  kepada Iqmal. Sampul surat bertukar tangan.

' pindahan pelajar ?! ' Iqmal lantas memandang ke arah Adam dengan pandangan yang tidak percaya.

" Apa ni cikgu ? Bila masa saya mohon nak pindah ni !! " , soal Iqmal tidak berpuas hati.

Adam hanya memandang seolah2 tiada apa yang berlaku. "Memang awak tiada mohon tetapi saya yang mohonkan. Nak tak nak awak kena pergi juga sekolah itu pada besok pagi" Adam melangkah keluar daripada biliknya

Iqmal meraup wajahnya geram.

" Memang si*l " kertas itu digengam dengan penuh kemarahan.

           
               Vira mengipas wajahnya dengan kelajuan biasa. Panas! Lepas je meraka habis kawad Vira terus meminta diri untuk segera pulang.

Sementara menunggu kakaknya sampai, Vira melangkahkan kaki untuk pergi ke familymart yang tidak jauh daripada sekolah. Gadis itu ingin membeli onigiri kegemarannya.

"Emm.. Yang mana eak", dagunya diketuk beberapa kali.

Onigiri berperisa tuna dicapai. Gadis itu memang sukakan perisa tuna dari 12 tahun lagi

"RM 4.90" ucap abang kaunter itu. Comelnye kau bang

"Nah", Vira menyerahkan rm5.00 daripada kocek seluarnya kepada abang tersebut.

"Terima kasih", ucapan yang terakhir diberikan.

Keluar sahaja daripada situ, Vira terus membuka bungkusan plastik yang elok menutupi onigirinya. Vira terus menggigit onigiri tersebut dengan perlahan.

' SEDAP!! '

Tanpa gadis itu sedari, ada seorang lelaki berbaju hitam yg sedang tersenyum miring disebalik pokok.

Vira berjalan untuk kembali ke sekolah semula. Semasa gadis itu mahu melangkah ke arah jalan raya, ada satu motor besar berhenti di hadapan gadis itu seperti mahu menahan.

' siapa ni ? '

Jejaka berbaju hitam itu hanya memandang ke arah Vira tanpa membuka helmet. Kepalanya disengetkan sedikit.

Vira sudah terkaku.

"Vira Alana ?" , soal jejaka itu.

Vira mengangguk laju.

" A-awak siapa ye ?"

Frain ketawa sinis. "Kau tak perlu tahu. Hati-hati melintas", ucap Frain sebelum memacu meninggalkan Vira terpinga-pinga.

Vira menepuk dahinya dengan kuat.

"Kau ni mimpi ke apa Vira! Tadi macam ada motor berhenti dekat depan aku. Eh yeke", Vira sudah nyanyuk. Hehe gurau.

        " Mommy!! Vira dah balik", jerit gadis itu setelah menanggalkan kasut sekolahnya.

Puan Lela menghampiri anaknya. " Dahtu? Nak suruh mommy tepuk tangan untuk kamu ?" gurau Lela.

Vira tersengih seperti kerang busuk.

"Memang pon.. Tapi tepuk pakai kakilah mom-"  terpotong

"Bertuah punya budak!! Pergi masuk bilik mandi", arah Puan Lela bersahaja kepada anaknya itu. Vira sudah ketawa dengan terbahak-bahak.

"Aip aipp kapten", Vira terus berlari ke arah tangga.

"Hati-hati lari tuu.. Kang tak pasal2 masuk hospital", jerit Puan Lela apabila melihat anaknya itu lari.

TingTongg~

Lela lantas berhenti daripada mengemas setelah mendengar bunyi lonceng rumahnya berbunyi. Dahi dikerutkan.

"Sekejap!!"

Pintu dibuka dengan perlahan. Nafas diatur lega. Puan Lela mengukirkan senyuman yang manis kepada Frain. Anak kepada kawan baiknya itu.

Frain selalu datang ke rumahnya untuk menghantar makanan. Katanya dia sendiri yang masak.

"Eh Aeyden , apa khabar" sapa Puan Lela kepada jejaka kacak itu.

Frain tersenyum manis.

"Assalamualaikum aunty", kata Frain ramah.

Lela menjawab salam. "Waalaikumussalam. Jemputlah masuk dulu Aeyden, aunty ada masakan makanan tu dekat dalam. Jom makan sama2", pelawa Lela dengan lembut.

Frain menggeleng.

"Tak apa aunty. Aeyden datang sini cuma nak hantar makanan ni dekat aunty dengan uncle", kata Frain lembut.

Lela tersenyum faham. Bukan dia tak tahu, setiap kali kalau dia mahu mengajak Frain masuk mesti jejaka itu menolak. Bahu Frain ditepuk lembut.

"Baiklah Aeyden. Terima kasih untuk lauknya", ucap Lela.

Frain mengangguk laju. Tangan Puan Lela cepat2 disambut sebelum dicium perlahan.

"Aeyden pergi dulu ya aunty", kata jejaka itu seraya berlalu pergi.

Langsir yang menutupi tingkap itu ditutup oleh Vira. Gadis itu terus menutup mulutnya.

"Seriouslah mommy kenal dia", bisik gadis itu.

"HA ! anak dara ! Buat apa mengintip anak orang haa!?", terjah Lela kepada anaknya itu. Vira mengurut dada laju. Terkejut dia.

"Mana ada. Orang tengok cicak berak je dekat langsir ni. Tengok ni kotor", ujar Vira merapu.

"So sekarang ni kamu nak cakap yang mommy kemas tak bersih lah ni ?", Telinga Vira dicapai.

"A-Aduduu"

"Pergi mandi cepat!! Dah bau kerbau dah baju ni", Puan Lela menutup hidungnya.

"Ishh mana ada busuk! Wangi eah", kata Vira seraya kaki melangkah ke arah tangga.

second story from me :-) sorry for the unpublsh :'(

TENGKU FRAIN AEYDENWhere stories live. Discover now