Bab 3

143 7 4
                                    

Keesokan harinya Iqmal kembali ke sekolah buat kali yang terakhir. Ini mesti lelaki itu punya kerja. Iqmal memandang semua kawasan sekolah dengan tenang. Haih , lepasni aku dah tak boleh siram badan kau pokok

Ey batu , lepasni aku dah tak boleh sepak kau kalau aku tengah marah.

"Kau dah nak pergi dah ke ?", tanya rakan baiknya itu. Ilman.

Iqmal mengangguk.

"Take care diri kau kat sana. Rumah aku jauh aww", Ilman menepuk bahu Iqmal beberapa kali. Nak kata sedih taklah sedih sangat.

Iqmal hanya memandang rakannya dengan datar. "Nanti kau gantikan tempat aku komander. Aku tak nak orang lain ganti"

Ilman tertawa kecil.

"Kau gila ke apa ? Aku dah jadi komander dekat polis, takkan aku nak pindah bomba semata2 nak gantikan tempat kau. Gentle lah bro", Ilman menggelengkan kepalanya beberapa kali.

Iqmal berdecit perlahan.

Dia tahu Ilman takkan nak tukar punya. Sebab jejaka itu memang minat akan gelaran polis. Takkanlah dia nak tukar

"Yelah", balas Iqmal malas.

Tangan dihulurkan.

"Aku harap kita akan berjumpa lagi", Iqmal mengucapkan kata2 terakhir. Ilman hanya menganggukkan kepalanya sahaja.

"Mestilah bro", peluk brader hood.

                 Vira menarik lengan baju Frain lembut. Frain menoleh

"Hantar saya balik. Saya tak ada duit nak order grab.." Vira memuncungkan bibirnya seperti itik.

Frain menghela nafas panjang.

"Cepatlah naik. Menyusahkan aku betul", kata jejaka itu dengan dingin.

Vira lantas menaiki motor bahagian penumpang Frain itu. Ish, harap motor je besar tapi tempat duduk sempat nak mampus.

Vira duduk ke belakang2 supaya tidak rapat dengan Frain. Kedua tangannya memegang pemegang belakang motor Frain.

Frain yang perasan itu tersenyum sinis.

"Pegang aku cepat. Nanti kalau kau jatuh aku pulak yang susah" arah lelaki itu dengan dingin. Vira membulatkan matanya besar.

"B-boleh ke ?"

Tanpa menjawab Frain terus menikam tajam ke arah anak mata si gadis itu.

Vira lantas memeluk Frain. Matanya dipejamkan rapat.

Vrroommm vroooommm

           "Terima kasih" Vira menanggalkan helmet kepunyaan Frain. Helmet bertukar tangan. Frain hanya diam.

"Besok pagi aku datang ambil kau. Make sure sebelum pukul 8 kau dah siap.. Kita study sama2 ", mata hijau lelaki itu menahan kedua-dua mata Vira.

Vira mengemam bibirnya. Alamak, besok dia   baru je nak tidur seharian. Kacau betul lah mamat ni

"Tak payah nak tidur je. Besok ikut aku" Frain mencuit hidung Vira dengan lembut sebelum berlalu pergi meninggalkan gadis itu.

Vira sekali lagi mengangakan mulutnya besar. "Macam mana dia tahu apa aku fikir ? Bahayaa arghhh" Vira terus berlari masuk ke dalam rumahnya.

Bahu Hani dilanggarnya.

"BERTUAH PUNYA BUDAK !! NASIB BAIK AIR MILO AKU NI TAK TUMPAH", jerit Hani di ruang tamu itu.

Pintu bilik ditutup dengan kuat.

         

TENGKU FRAIN AEYDENWhere stories live. Discover now