What If #1

239 22 13
                                    

AKU mulai tersedar dari tidurku apabila terdengar suara orang menjerit-jerit nama aku. Sebenarnya aku dah bangun tapi malas nak buka mata.

Kalau boleh aku nak tidur seharian. Hari ini kan hari Sabtu. Biasanya mak ayah pun tak kisah kalau aku lambat bangun kalau hujung minggu ni.


Tapi tak tau kenapa diorang tetiba suruh aku bangun. Siap jerit-jerit pula tu.


"AIVEYYYYY BANGUUUUUNNN!"


"Haishh..aku nak tidur lagi laa.." ujarku dengan nada yang masih mengantuk sambil mata masih terpejam.


Aku hairan. Kenapa suara mak tetiba jadi garau ni? Kalau aku cakap ni ayah, mustahil sebab ayah aku tak akan bangunkan aku dengan cara macam ni.


Di saat aku menarik selimut menutupi seluruh tubuhku, tetiba ia ditarik semula membuatkan aku rasa kesal.

"BANGUN WOI! TIDUR JE KERJA!"


Tapi aku masih berdegil. "Tak nak! Aku nak tidooo"


"Oh? Okey. Kalau macam tu.."


Saat itu juga aku baru perasan akan sesuatu. Suara ni macam kenal saja.


Dan tiba-tiba saja aku merasakan seolah-olah seseorang naik ke atas katil. Yang buat aku bertambah kesal apabila orang tu tengah berlompat-lompat atas katil aku.


Dengan rasa menyampah, akhirnya aku bangun dan terus menoleh ke arah orang itu. Terkejut? Tidak, aku tak terkejut pun. Sebab orang itu ialah. . .


"CHOI BEOMGYU!"


Dia-Beomgyu-akhirnya berhenti melompat-lompat apabila melihat aku sudah bangun. Aku memandangnya kesal. Tetapi Beomgyu malah menayangkan muka tak berdosa. Aku mengeluh seraya memutar bola mata dengan malas.


"Haa bangun pun."



"Tch, kau turun sekarang dari katil aku!"


Bukannya mendengar malah Beomgyu ikut duduk di atas tilam sambil memandangku.


"Alolo marah ke?"


Aku mendengus lalu menyilangkan tangan di dada. "Aku takkan marah kalau kau tak bangunkan aku. Padahal harini Sabtu, yang kau bangunkan aku sekarang pehal? Hish!"


Beomgyu tidak menjawab. Kelihatan bibirnya melengkung ke atas mengukir senyuman penuh makna. Sungguh Aivey tersentak apabila merasakan kepalanya diusap lembut. Siapa lagi kalau bukan Beomgyu.



Serta-merta rasa kesal dan marah dalam diri Aivey mulai reda dengan perbuatan Beomgyu.


"Sorry, tadi aku tanya mak kau yang kau kat mana terus dia cakap kau masih tidur. Lepas tu aku masuk dan bangunkan kau sebab aku ada plan untuk kita hari ni."


Sebut saja pasal 'plan', pandangan ku fokus pada Beomgyu terus.


"Plan? Maksudnya, kau nak ajak aku jalan-jalan hari ni?" Tanyaku dengan nada antusias. Oh, tolonglah cakap 'ya'.


Melihat senyuman Beomgyu makin melebar sambil mengangguk, aku tak boleh untuk tidak gembira. Hei, siapa yang tidak happy bila kawan ajak jalan? Apalagi ini Beomgyu.


"Seriuslah?!"



"Iyaaaaa. Sekarang, kau pergi bersiap dan aku tunggu di ruang tamu."


"Okey!"



Sepantas kilat Aivey melompat turun dari katilnya dan terus menuju ke kamar mandi dengan semangat. Beomgyu tertawa kecil melihat tingkah kawannya itu.



Sebelum Beomgyu melangkah keluar dari bilik Aivey, Beomgyu sempat mengemaskan dan menyusun katil Aivey. Ah, walaupun perangai Beomgyu mengesalkan Aivey, tetapi Aivey tak pernah membencinya.



Kenapa?



Kerana mereka berteman dan bersama sejak kecil lagi sehinggalah sekarang. Jadi, jangan hairan kalau mereka kelihatan sangat akrab.


Beomgyu juga sering ke rumah Aivey untuk bermain sama-sama. Terkadang mereka belajar bersama. Mak dan ayah Beomgyu juga mengenali orang tua Aivey.



Jadi, tak ada masalah bagi mak ayah Aivey apabila Beomgyu datang ke rumah untuk menemui Aivey. Begitu juga sebaliknya.

What If | Choi Beomgyuحيث تعيش القصص. اكتشف الآن