SEPERTI dijanjikan, hujung minggu itu Beomgyu betul-betul mengajak Aivey pergi bermain basketball waktu petang.
Sudah tentu kawan-kawan Beomgyu juga ada. Yang pasti hanya Aivey seorang perempuan di situ. Tapi tidak apa-apa. Aivey selesa berkawan dengan rakan-rakan Beomgyu yang lain.
Biasanya Aivey hanya jadi penonton. Sejujurnya Aivey bosan bila jadi penonton. Sebelum-sebelum ini Beomgyu ajak tapi tidak diajak main.
Tetapi kali ini Beomgyu ajak Aivey masuk ke gelanggang. Kawan-kawan Beomgyu pula di tepi gelanggang sambil layan diri sendiri memandangkan Beomgyu dan Aivey sedang berada di gelanggang.
"Kalau nak jaringkan gol tu, kaki mesti macam ni." Beomgyu membuat postur badan cara untuk menjaringkan gol. Aivey akur saja.
"Lepastu kepala dongak sikit. Macam ni."
Sekali lagi Aivey ikut cara Beomgyu. Ketika Beomgyu melihat gaya Aivey, gadis itu malah mendongak kepala lebih tinggi membuatkan Beomgyu terkekeh kecil.
Aivey agak tersentak apabila tetiba Beomgyu menyentuh kepalanya menyesuaikan dongakan Aivey. "Kau nak jaring bola kat langit ke apa. Jangan dongak tinggi sangat."
"A-aku kan tak tau.." ujar Aivey.
Kemudian Beomgyu melanjutkan sesi cara bermain basketball bersama Aivey. Tidak lupa juga Beomgyu yang suka mengusik atau mengejek Aivey setiap kali Aivey membuat kesalahan.
Aivey kesal tapi hanya sementara kerana Beomgyu ada saja caranya untuk menenangkan Aivey.
Lebih kurang jam 6 petang, akhirnya mereka memutuskan untuk pulang. Semestinya Beomgyu dan Aivey akan pulang bersama. Beomgyu yang ajak, jadi dia harus menghantar Aivey pulang.
Tapi yang merisaukan Beomgyu di sini apabila Aivey masih mengusap-usap bahagian kakinya.
"Masih sakit ke?"
"Sakitlah, pabo!"
Beomgyu menahan ketawanya. "Tu lah. Lain kali jangan lari-lari. Kan dah terseliuh."
"Ni semua salah kau tau tak. Kau main kasar, tak adil!"
"Kau yang kejar aku."
"Habistu aku nak rampas bola dari kau! Tapi kau yang main kasar. Kalau aku tak kejar, macam mana aku nak dapat bola tu dari kau? Hish!" oh, geram nampak.
Mestilah geram. Kaki Aivey dah terseliuh akibat mengejar Beomgyu waktu main bola. Dan Beomgyu semestinya rasa bersalah. Dia gagal menjaga Aivey dengan baik kali ini.
Beomgyu tersenyum kelat. "Sorry. Sebagai tanda minta maaf.. "
Beomgyu menjedakan kata-katanya sebentar. Aivey mengerutkan dahinya apabila Beomgyu tetiba duduk membelakanginya.
"Kau buat apa ni?" soal Aivey, kehairanan.
"Aku tau kau masih boleh jalan. Tapi aku tak nak kaki kau tambah sakit. So, aku nak kau naik di belakang aku."
Aivey menghela nafas tak percaya. "Cakap je lah kau terpaksa. Tak usah angkat aku. Sikit je ni."
Aivey tidak mendengar cakap Beomgyu. Namun jauh di lubuk hatinya, Aivey tidak mahu menyusahkan Beomgyu. Apalagi mengangkat Aivey sehingga di rumah. Beomgyu akan kelelahan.
Sedaya upaya Aivey berdiri dan dia berhasil. Beomgyu yang dari tadi duduk akhirnya berdiri menghadap Aivey. Rasa risau menyelubungi diri Beomgyu.
"Boleh jalan ke tak?"
"Tch, aku tak lembik macam kau." ketus Aivey. Beomgyu hanya mengeluh. Padahal siapa yang lembik sebenarnya?
Aivey mula berjalan dengan perlahan. Sudah tentu Beomgyu berjalan di samping gadis itu. Nanti kalau Aivey jatuh ke apa, Beomgyu ada untuk membantu.
Benar saja. Aivey hampir jatuh. Mujurlah Beomgyu pantas menangkapnya.
"Please, Aivey. Jangan paksa. Lebih baik ikut cakap aku atau kalau tak, yang ada kaki kau tambah parah." suara Beomgyu kali ini lebih serius dan ada nada kerisauan di situ.
Aivey diam.
Beomgyu mengambil kesempatan itu. Dia merendahkan badannya di hadapan Aivey. Pada mulanya Aivey agak ragu. Apalagi sejak akhir-akhir ini, Aivey banyak makan. Pasti berat badannya meningkat. Lepastu Beomgyu pasti akan-
"Cepat, Aivey. Dah nak malam ni."
Oh, mau tak mau, akhirnya Aivey menurut arahan Beomgyu. Saat itu, Aivey sudah berada di belakang lelaki itu. Dipeluknya leher Beomgyu agar tidak jatuh. Beomgyu pula mula melangkah.
Sewaktu kecil, Aivey masih teringat bahawa dia yang selalu membuat piggyback dekat Beomgyu sebab masa tu Aivey lebih tinggi dari Beomgyu.
Masa berlalu dengan pantas. Kini Beomgyu membesar dengan baik. Malah dia lebih tinggi dari Aivey. Tipulah jika Mina tidak gemuruh. Jantungnya memacu dengan cepat. Dalam hati, Aivey berdoa agar Beomgyu tak perasan akan degupan jantungnya.
"Aivey."
"Hm?"
"Berapa berat kau?"
Aivey memutar bola matanya malas. "Cakap je lah yang aku berat."
Dapat Aivey lihat dari sisi wajah Beomgyu bahawa lelaki itu menahan ketawa. Ingin saja Aivey meluku kepala Beomgyu tapi tak jadi apabila terpesona dengan kesempurnaan dan ketampanan wajah Beomgyu dari sisi.
'Mustahil kau tak ada perasaan pape kat dia.'
Jujur, Aivey akui Beomgyu orangnya tampan. Ramai secret admirer pastinya. Hari demi hari, Aivey risau.
Risau jika perasaannya terhadap Beomgyu adalah. . .
. . . benar.
أنت تقرأ
What If | Choi Beomgyu
أدب الهواة#𝐖𝐇𝐀𝐓 𝐈𝐅 ft. Choi Beomgyu "Pengorbanan akan selalu terjadi jika kita mencintai seseorang." ❝What if. . . . . . I like you?❞ _______________________________________________________ Authornim : @alwaysofmoments Genre : Fanfiction Status : Comple...