What If #2

134 20 14
                                    

BEBERAPA orang pelajar lelaki berada di gelanggang basketball.

Semestinya mereka bermain basketball terutama pada waktu lapang begini. Setiap petang, mesti ada saja sekumpulan pelajar lelaki bermain di gelanggang.


Pelajar-pelajar lelaki itu termasuklah Beomgyu. Maklumlah dia juga salah satu ahli pemain kelab basketball.


Ada beberapa juga pelajar lain yang menonton permainan tersebut. Tak hairanlah kalau korang nampak ada Aivey kat situ. Sebab nak tengok kawan lelakinya itu bermain. Siapa lagi kalau bukan Beomgyu.



Aivey tak duduk sendirian di situ. Ada kawannya juga iaitu Minjeong. Mereka berdua tengah duduk di sebuah bangku yang memang dah disediakan di tepi gelanggang.



Kelihatan Beomgyu berjaya menjaringkan bola. Tiada lain kalau bukan Aivey yang paling kuat bersorak sampai-sampai atensi pelajar-pelajar lain ke arahnya.


"Aivey sudahlah tu! Hahahhaha" kata Minjeong yang cuba menenangkan Aivey.



Aivey kembali duduk. "Haha aku nampak macam orang gila ke?"



Minjeong tertawa lalu menggeleng. "Taklah.. tapi kau ni nak over sangat pehal? Taulah Beomgyu tu kawan kau."




"Eleh kau ingat aku tak tau ke kau sebenarnya perhatikan Heeseung? Bila dia jaringkan bola, kau punya sorakan lagi kuat dari aku-"



"Ish diamlah! Aku lain, kau lain. Kau dengan Beomgyu kawan. Aku.. aku tak rapat dengan Heeseung.." ujar Minjeong lalu menundukkan wajahnya. Malulah tu.




"Bwoya.. " Aivey menyiku lengan Minjeong sambil tersenyum sakat.




Kemudian pandangan Aivey kembali terarah pada gelanggang atau lebih tepatnya ke arah Beomgyu. Wajahnya dan rambut lelaki itu sudah basah akibat peluh yang berjatuhan.




Sekali lagi Beomgyu menjaringkan bola. Kali ini Aivey tak lagi bersorak. Dia cuma tersenyum lebar dan bangga.




Tetiba Minjeong membuka suaranya lagi.
"Aivey, Beomgyu kacak en?"

Aivey tak tau nak balas macam mana. Yang bodohnya kenapa jantung Aivey memacu lebih kencang? Disebabkan soalan Minjeong ke? Well, Beomgyu memang kacak pun.




"Umm ye, Beomgyu kacak. Kenapa?"




"Aku nak tanya. Kau tak pernah ada perasaan suka dekat dia?" Soalan Minjeong cukup membuatkan Aivey bungkam.




Dengan ragu Aivey menjawab, "Mestilah aku suka dia. Suka sebagai kawan."



"Kau yakin kau cuma suka sebagai kawan?Semua orang ingat korang berdua ni macam couple tau tak. Cara Beomgyu layan kau, lepastu korang selalu sama-sama. Beomgyu tu baiiiiiiiiik sangat dekat kau."


Aivey kekal diam.



"Mustahil kau tak ada perasaan pape kat dia." sambung Minjeong.


Ya, memang betul apa kata-kata Minjeong. Hampir semua pelajar di sekolahnya ingat yang Beomgyu dan Aivey ada hubungan istimewa lebih dari seorang kawan.

Tapi jika berkaitan tentang hati dan perasaan, sejujurnya Aivey kurang pasti dengan dirinya. Namun akhir-akhir ini, segala yang dilakukan oleh Beomgyu selalu membuat hati Aivey berbunga.


Terkadang Aivey berasa berdebar setiap kali berada dekat dengan Beomgyu. Tak mungkin kan kalau Aivey suka pada Beomgyu? Hei, diorang cuma kawan.



Kelihatan para pemain di gelanggang mulai bubar. Nak berehat katanya. Lalu Beomgyu berjalan menuju ke arah Aivey. Aivey berdiri untuk menyambut kedatangan Beomgyu dengan senyuman.


"Hah penatnya. " lafaz Beomgyu. Aivey pun menghulurkan sebotol air pada Beomgyu. Ini memang rutin Aivey setiap kali Beomgyu berehat bermain. Sebab itu Aivey selalu ada di gelanggang setiap kali Beomgyu bermain.


Beomgyu mengambil botol air itu. Tutup botol dibuka lalu serta-merta Beomgyu meneguk airnya. Penat sangat Beomgyu sampai air botol diteguk hingga separuh.


Sapu tangan yang ada di tangan Aivey digunakan untuk mengelap peluh-peluh di kepala dan wajah Beomgyu. Beomgyu hanya membiarkan Aivey mengelap peluh di wajahnya.



"Kau main bagus sangat, Beomgyu. Lain kali ajarlah aku." kata Aivey sambil tangannya bergerak untuk mengelap peluh di bahagian jawline lelaki itu.


Beomgyu memandang Aivey dengan senyuman. "Kau nak aku ajar main?"

Aivey mengangguk pantas. "Nak!"


"Boleh. Hujung minggu kita main."

Aivey bersorak kecil. Gadis itu terlihat comel di mata Beomgyu.


Dalam masa yang sama, pelajar-pelajar lain menyaksikan interaksi antara Beomgyu dengan Aivey. Dah macam sepasang kekasih. Namun nyatanya mereka itu cuma berkawan.



Setelah berehat selama 15 minit, barulah Beomgyu kembali bermain. Namun sebelum Beomgyu masuk ke gelanggang, dia sempat mengusap atas kepala Aivey seraya mengucapkan terima kasih.



Jujur, inilah kelemahan Aivey apabila Beomgyu mengusap kepalanya.


Automatik jantungnya mulai berdegup pantas tak seperti biasanya.

What If | Choi Beomgyuحيث تعيش القصص. اكتشف الآن