What If #8

76 15 3
                                    

"Eo? Hai Aivey!"







Aku terus tersedar dari lamunanku apabila seseorang menegurku. Lantas aku mengangkat muka dan ternampak Taehyun sedang ke arahku dengan muka berserinya.








Bibirku melengkung ke atas mengukir segaris senyuman hangat. Tanpa disuruh, Taehyun mengambil tempat duduk di hadapan ku.





"Seorang je ke? Aku.. tak ganggu korang dating kan?"





Hampir aku tersedak dengar soalan Taehyun. Aku tertawa janggal. "Apa benda kau merepek ni? Siapa dating?"





"Kau..dengan Beomgyu? Bukan korang couple ke?"





Aku memandang Taehyun. Taehyun juga memandangku dengan wajahnya ternanti-nanti jawapan dariku. Jadi, Taehyun salah satu orang yang menyangka aku dengan Beomgyu sepasang kekasih.




Kali ni aku mengukir senyuman tipis lalu pandanganku dijatuhkan pada gelas minumanku. "Kau salah faham ni. Aku dan Beomgyu.. kawan je lah."





"B-betul ke? Maaf, aku ingat korang couple." ujar Taehyun sambil mengusap tengkuknya.






Aku menggeleng perlahan. "Tak apa."






Jadi, sekarang ni aku kat sebuah kafè. Hari ni cuti. Aku keluar rumah sekejap nak hilangkan bosan. Hujungnya aku cuma kat kafè ni. Eh, tak sangka Taehyun juga datang. Dan sekarang kami cuma berdua.





Taehyun sudah pun memesan minumannya. Kalau nak tahu, Taehyun ni schoolmate aku juga. Hm muda setahun dari aku. Macam mana kitorang boleh kenal? Sebab aku dan Taehyun dalam kelab yang sama iaitu kelab Taekwondo. Haa terkejut tak aku ikut Taekwondo? Haha tak? Okey.






"Beomgyu mana? Biasanya kan korang sama-sama." tu kan, Taehyun pun sedar yang aku dan Beomgyu sangat akrab.





Aku hanya mengangkat bahu ringan. "Aku keluar sendirian."




"Kenapa tak ajak Beomgyu? Kan best kalau ada kawan jalan-jalan."





Ye, kau betul Taehyun. Memang best kalau ada kawan nak ajak jalan-jalan. Apalagi kalau Beomgyu jadi kawan aku untuk jalan-jalan.






Masalahnya, Beomgyu pun aku tak tau ke mana. Bila aku mesej dia, tak ada balasan langsung. Bila aku call, tak diangkat. Ini sudah dua hari sejak kejadian kat rooftop hari tu.




Aku pernah datang ke rumahnya. Tapi setiap kali aku datang, pembantu rumahnya cakap Beomgyu takde dalam rumah. Pelik, bukan? Aku berandaian, macam mana kalau dia cuba jauhkan diri dari aku hanya disebabkan jawapan aku hari tu. Dia yang tanya, 'what if I like you?', dan aku sudah menjawab dengan jujur dari sudut pandangan aku sebagai seorang perempuan. Aku takut, jika Beomgyu salah faham. Aku risau hubungan kami jadi renggang disebabkan aku salah cakap.






Haih, aku sebenarnya rindukan Beomgyu.






Mesti korang tertanya kenapa tak ajak Minjeong je. Untuk pengetahuan anda, Minjeong tu susah nak ajak keluar jalan. Dia tak suka sangat keluar dari rumah. Hm kalau aku paksa pun, sia-sia je.





Aku cuma tersenyum mendengar kata-kata Taehyun tadi. "Kau pula? Kau nak ke mana sebenarnya?" giliran aku menyoal Taehyun.







"Ah, aku baru habis kelas piano. Aku singgah sini nak minum petang. Lepastu aku baliklah. Tak sangka dapat jumpa kau kat sini." jelas Taehyun. Seriuslah, dari apa yang aku lihat waktu aku hadir kelab Taekwondo, Taehyun kelihatan menakutkan sebab muka dia serius saja. Tapi bila bercakap dengan aku, alahai manis pula Taehyun ni. Haha. Okey, Aivey ingat Beomgyu.





What If | Choi Beomgyuحيث تعيش القصص. اكتشف الآن