CHP 52- Lord Baby👑❤️

1.5K 116 13
                                    

Oma: Adam, kau nak air apa, nak air anggur ke orange?

Oi! Bukan diarong hidang air anggur je ke untuk pelajar?! Mana datang orange tu?

Rul: Baby nak satay tak?

Hurm...satay pulak. Tadi dia punya la lama pergi ambik makanan. Tak ambik pulak sataynya. Gi buat apa? Tak tau.

Cikdi: Takyah lalu sini la, buat Adam Tak lalu makan je.

Sekor ni duk marah junior pulak. Oi! Apa benda la tiga ekor ni buat. Buat malu aku je.

Ok! Aku review balik apa jadi lepas tiga beruk ni HANCURKAN kamera aku secara singkat. Bende biasa la masa majlis penutup sesuatu event ni, lepas pembukaan je, mesti ucapan dari pengetua selaku sebagai penutup minggu aktiviti ni. Nasib pendek je. Then, persembahan budak lower form untuk senior. Pastu anugerah sape yg menang untuk setiap aktiviti la jawabnya. Batch aku memang kalah la, dengan scene merapu masa theater tu. Apa-apa je la. Then, sekarang tengah aktiviti makan-makan sambil main cabutan bertuah.

TETAPI..TETAPI..AKU ni..satu pun tak enjoy langsung. Lepas tiga ekor ni rosakkan kamera tu, aku suruh senyapkan. Hanya dalam 5 minit, 5 minit je, tiga ekor tu senyap. Lepas tu, ade je perangai bangang diarong buat. Lagi-lagi masa persembahan junior. Ade ke patut tiga ekor ni gi bangun dan enjoy sekali tiba-tiba. Ikut junior tu menari sekali. Terkejut aku dengan budak form 4 kat meja ni. Dah la meja kami ni kat tengah. Menghalang pandangan la tiga ekor ni. Lepas aku pukul lagi sekali tiga-tiga ekor ni, baru reti duduk semula. Beruk punya kawan. Buat malu je kome tahu. Nak jadi normal, tak tahu. Ok! Dah habis membebel.

Sekarang macam aku cakap tadi, tengah jamuan makan² gitu sambil main cabutan bertuah antara guru dan pelajar. Makanannya kena ambik sendiri la dekat sebelah Dewan. Ingat kau anak raja ke? Jalan sendiri la. Tapi aku sekarang ni tak tahu la nak rasa bahagia ke? Nak rasa malu. Tiga ekor ni tak habis layan aku macam anak raja je. Ni mesti sebab pasal kamera tadi. Oi! Ingat kalau kau semua buat aku macam ni! Aku maafkan la! Memang tak la! Kamera aku tu bukan murah! Apa aku nak jawab dengan kakak aku nanti ni?! Dia yang beri. Penat ada kawan camni! Bayar!

" Majlis akan diteruskan dengan Penyampaian anugerah istimewa pada malam Festival!!!!"

Selesai je MC majlis tu melalak dekat mic. Time tu juga la, music iringan melalak sama. Nak meriahkan lagi. Bising benor. Dah ler tertutup Dewan ni. Kul berapa sekarang ni? Menyesal tak pakai jam.

Oma: Bising bodoh!!

Oi! Dia punya mulut. Mentang² bising, dia carut kuat². Bukan orang dengar pun. Ada jugak aku lempang lagi sekali japgi.

"Pasangan manakah yang akan mendapat anugerah Outfit matching pada malam ini!!?"

Sudah! Terjerit-jerit. Ni konsert ke majlis penutup? Macam tak terkawal je aku tengok. Dari tadi semua duduk tak diam. Guru pun banyak sembang je. Semua dah tak fokus kalau lama sangat macam ni. Lepas ni buat majlis biar 10 minit je. Karang kalau lama², ade kena rasuk pulak.

Bila nak habis ni?? Sakit kepala pulak aku. Aku pusing tengok Rul. Dia tengah kipas diri dengan Kad Perhargaan yang dihias di setiap meja. Aku pun panas sama. Sepatutnya Sejuk je Dewan. Maybe sebab ramai dan bising kot.

Aku: Panas!

Rul: Hurm?

Dia beralih kipas aku pulak. Haha. Seronoknya. Sejuk je dia kipas. Kuat la lagi.

"Tahniah kepada Pasangan Irham dan Kamila pelajar form 4 yang bertemakan angsa emas, sila tampil ke depan"

Shaez (f4): Apa hal la dapat dekat kat couple tu?!

Cikdi: Kan! Bajet anak sial tu! Mentang², bapak dia kaki tarik duit!

Rul: Hhmm...baju berat emas

Cikdi: Bodo la Rul. Yang kau pakai baju melayu buat apa?!!

SWEET BUDDYWhere stories live. Discover now