CHP 11- Alien Language

1.8K 108 6
                                    

Lepas minum malam dan dengar taklimat aktiviti esok. Kitarong dibenarkan masuk tidur. Aku bergegas dengan Oma ke khemah. Rul teman Cikdi jumpa awek dia.

Dalam perjalanan ke khemah, kami selisih dengan cikgu Yati dan Khai. Diarong macam bincang something tapi stop bila aku Dan Oma selisih. Pastu, oma berhenti dekat depan diarong. Aku terkejut. Aku pun turut berhenti.

"Pipopapopupipopu", Oma bersuara tiba-tiba sambil menghadap aku.

"Hah???", Aku tercengang.

"Popipupupapiopa", Oma sambung lagi.

Hah?!! Benda jantan ni cakap?? Bahasa Mana ni?? Oma serius aku tak paham. Jangan merepek dah!!

"Pipopapopapa", dia still merapu. Reaction Cikgu Yati Dan Khai sama macam aku. Blur nak mampus. Then, tiba-tiba...

"Buat apa??", Rul soal dari belakang aku dan Oma secara mengejut. Terus Oma jerit.....

"AAAAHHHHH.....", dia jerit kuat nak mampus. Nasib Cikdi tekup mulut dia.

"Oi..kau agak-agak la..hutan kot ni", bebel Cikdi.

"Aku tak sengaja la...Rul ni. Terkejut aku", Oma try bela diri. Aku pun terkejut nak mati tadi. Tapi tak over macam Oma. Maybe masa tu dia tengah duk merapu. Maka, terkejut dia lagi overdose. Rul ni pun dengan takde salamnya. Nasib jantung aku tak tercopot tadi.

"Ye..ye..je", Cikdi perli sambil teruskan perjalanan ke khemah.

"Serious bodoh....salah Rul kot", Oma still nak bela diri. Dia pun ikut langkah Cikdi ke khemah. Maka, diarong akan bergaduh satu sama lain la jawabnya sepanjang perjalanan ke khemah.

Hanya tinggal Rul , aku, cikgu Yati dan Khai. Rul menguap. Cikgu Yati dah mula senyum-senyum kucing. Khai macam biasa.
Senyap dan masam.

"Jom la... ngantuk", ajak Rul dengan manja. Aku seriau. Sebab aku dapat rasa dua pandangan tajam dari dua manusia kat depan aku.

Nasib Rul tarik aku. Kalau tak, aku akan kaku kat situ. Takleh gerak.

Sampai kat khemah je. Dah nampak macam kandang babi. Cikdi dengan Oma duk bergaduh lagi. Dah la sempit. Aduh..tidur lah wahai dua ekor beruk Gila.

Rul masuk lepas aku. Bila Rul masuk baru diarong dua berhenti bertumbuk. Tahu pun senyap. Aku tak tau kenape diarong hormat sangat Rul. Bukan Oma dan Cikdi je tapi semua batch aku. Ash dah tidur kat hujung kiri khemah.

Lepas masuk, Rul terus menuju ke hujung kanan khemah dan rebahkan badan. Aku pun gi sebelah dia. Sebelah aku Oma dan diikuti Cikdi. Keadaan dah hening. Pakat nak tidur.

-----------------------------------------------------------

Dah satu jam lebih berlalu. Aku still takleh tidur. Tak tau kenape? Maybe sebab tempat baru kot. Aku memang kalau tak selesa takleh tidur. So, aku habiskan masa dengan termenung.

Tiba-tiba aku dapat rasa pipi kanan aku dicucuk. First ingatke nak kena tindih tapi bila aku pusing kanan. Rul yang cucuk. Mamat ni tak tidur lagi ke?

"Takleh tidur ke?", dia bisik. Hormat orang lain nak tidur. Aku angguk.

Pastu dia cakap something lagi. Tapi kali ni tak bisik. Hanya bersuara perlahan.

"mahal na mahal kita", Rul cakap.

Habis je dia cakap. Aku sumpah rasa nak tampar. Kau pun nak merapu sama ke? Bahasa mana pulak ni?!!! Kenape hari ni aku diserang dengan pelbagai bahasa alien 👽??!! Nak mati dah ke??!! Sampai dengan benda bukan-bukan ni. Hish..tak baik Adam.

Pastu Rul sambung lagi. Tapi kali ni lebih panjang.

"salamat sa pagtanggap sa akin", Rul sambung. Suara dia tiba-tiba seksi.

"Kau cakap apa Rul? ", Aku soal. Curious sangat dah.

"Hehe...rahsia", dia jawab. Boleh tak aku nak bunuh dia ni? Then,

" Tadi tu bahasa philipine...maksud dia......", Rul bisik kat aku. Tapi kali ni dia bisik betul-betul dekat telinga aku. Lepas dengar aku terus pejam mata. Nak tidur. Nak tidur. Nak tidur. Please.

"Hehe", aku dengar Rul gelak kecil. Tidurla diriku.

Be continued.....

++++++++++++++++++++++++++++++++

Next Chapter:
Divide

SWEET BUDDYWhere stories live. Discover now