CHP 6- Bag Packing

2K 120 0
                                    

Sesudah menunaikan subuh dan bersarapan, semua pelajar form 5 diminta mengambil beg dari dorm dan menuju ke petak bas.

Macam biasa aku akan pergi dengan Cikdi. Aku bawak beg sandang dan satu beg galas biasa. Standard untuk lelaki.

Sampai je petak bas. Aku nampak pelajar dah penuh. Tak silap aku , student form 5 ada 180 orang. 99 perempuan 81 lelaki. Aku tengok bahagian perempuan. Macam biasa. Perempuan akan bawak beg besar-besar. Macam bagasi. Kesian tengok diarong. Ditambah dengan tudung berhanger lagi. Tapi aku tak paham. Duk-duk banyak barang. Diarong nak jugak bawak teddy bear bagai. Kalau aku tak bawak.

Aku nampak blok A laki baru sampai. Aku nampak Oma. Mcm biasa dia bawak beg sandang standard dan beg galas kecil.
Bila aku tengok kat sebelah Oma. Aku ternganga. Rul dengan lenggangnya bawak beg galas je yang tak besar mana. Pastu dia pegang beg kertas kecil. Buat apa jantan ni??! Sampai je dekat aku dan Cikdi. Aku dapat nampak apa ada kat dalam beg kertas tu. Ada satu patung crocodile kecil dan beberapa snack. Woyh!! Kau ingat kita ni nak bercuti ke? Kita nak gi hutan kot. Agak-agak la. Patut dia siap awal semalam.

Rul menguap. Sudah.

Cikdi: Kau bawak ni je ke Rul??

Tanya Cikdi tiba-tiba. Nasib baik ada juga yang tanya.

"Takdela ada je lagi",jawab Rul.

"Mana?", Aku soal sama.

Rul garu kepala. Tanda dia ngantuk.

"Ala....kau bawakkan....", Jawab Rul malas sambil tunjuk arah beg aku.

Aku:Hah?!!!!

Pagi tadi aku perasan beg aku berat berbanding semalam. Tapi, aku malas nak cek. Patutla berat. Kali ni aku betul-betul marah.

"Bila kau masukkan??", aku soal dalam keadaan geram. Cikdi dah pegang aku. Suruh sabar. Tapi muka jahat nak mampus.

Rul: sebelum subuh tadi

Dia jawab sambil gosok mata. Ooo...tu sebab kau ngantuk. Aniaya aku. Rupanya. Oma dah gelak sakan. Keje kau gelak je. Aku harap rahang kau cabut nanti. Terus Aku cari roommate aku. Bila nampak Zaim. Roommate aku. Terus aku lari ke dia. Rul yang duk ngantuk tadi terus segar. Bila aku lari ke Zaim.

"Jom!!!", Aku ajak Zaim menuju ke bas.

"Baby...nak gi mana???", Rul terus kejar aku.

Gi mampus. Aku taknak duduk dengan kau. Banyak kau punya sweet. Hatuih....

Be continued........

++++++++++++++++++++++++++++++++

Next chapter:
Cheerleader

SWEET BUDDYWhere stories live. Discover now