BCS 7

37.7K 2.1K 109
                                    

[Tanpa revisi version]
Bab paling barai-

"TUNGGULAH Nadhia!" Firash menarik lengan isterinya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"TUNGGULAH Nadhia!" Firash menarik lengan isterinya. Dari tadi lagi diseru tetapi langsung tidak dilayan. Jangan nak palau suami engko ini sangat, berdosa.

"Sabar lah, aku nak explain ni."

"Explain apa?" duga Nadhia.

"Tentang gay..."

"Dah lah Firash. Tak perlu explain, saya percaya awak. Awak bukan macam tu, kan?" Nadhia menarik buku lima Firash lalu mengengamnya, dingin. Mata pula tidak lekang dari memandang wajah suaminya. Nadhia mengaku, dia cintakan Firash. Mungkin dulu, dia tidak suka pada lelaki itu. Namun, kini rasa cinta sudah galak bercambah. Dia tidak pasti. Haruskah dia paksa cinta ini supaya melayu kembali? Dia hanya punya tempoh sepuluh bulan.

"Aku tak gay."

"Bagi awak, cinta perlukan kejujuran. Tapi bagi saya, cinta perlukan kepercayaan. Saya percaya awak dan saya harap awak pun percayakan saya," segaris senyuman dileret segaris pada Firash. Kemudian, ibu jarinya naik mengelus hujung kening Firash. Jangan nak berkerut sangat.

"Betul ni, hmm?" Firash menarik tangan isterinya yang bermain di sekitar mukanya. Sebelah tangan lagi terus mengusap pipi gebu Nadhia. Balik rumah terus rasa tenang. Tadi di syarikat, asyik mahu mengamuk sahaja.

"Yup! Cepat pulak eh awak balik. Mesti kes dengar suara Aisaar," sakat Nadhia. Dia kurang percaya sebenarnya. Mulut cakap lain, hati pula bisik lain.

"Time kau call, aku dah on the way," sebelah lengan Firash merangkul pinggang ramping Nadhia.

"Dah tepi, saya nak basuh kain," Nadhia tolak lengan Firash lembut. Mula dah perangai mereyam ulat bulu.

"Haih, habis basah phone saya. Cuba on dari tadi tak boleh. Banyak chat detail customer pulak dekat WhatsApp," bebel Nadhia sambil mengetuk telefon pintarnya pada sofa. Kurang asam betul Aisaar. Sekarang macam mana? Lepas ini dia kena bela khinzir depan rumah. Biar Aisaar kena sondol.

"Sini nak tengok."

"Tak payah."

"Kenapa? Ada pasang baru ke?" tuduh Firash. Punggung melabuh duduk ke atas sofa empuknya. Baru beli dua hari lepas, bagus juga kualiti. Boleh dating dengan isteri baru.

"Awak nak cari gaduh dengan saya ke?"

"Sini lah," tangan Firash mengamit Nadhia.

Nadhia mencebik, perlahan kakinya diatur ke arah Firash. Nak tengok apanya, Firash bukan pandai baiki telefon pun. Dia arkitek, baiki rumah. Tapi, Firash juga suami. Tolong bertatih baiki hati Nadhia. Jiwang kapak bro!

Bukan Cinta Sempurna ✓Where stories live. Discover now