Kucing Bertanduk

12 0 0
                                    

"Canggihnya kereta tu makk..."

Zalikha sudah petah berkata-kata walaupun baru menjangkau 8 bulan.

Tika kanak-kanak sebayanya hanya mampu bercakap menggunakan beberapa perkataan asas, Zalikha sudah mampu membina ayat.

"Merdunya suara abang tu ayah.."

Itu keupayaan awal Zulaikha. Namun, dia juga ada beberapa kekurangan.

Zulaikha hanya mula berjalan pada umur 3 tahun. Merata tempat Zulaikha dibawa pergi oleh kedua ibu bapanya berubat.

Ada sesetengah tempat, mengatakan tulang kaki Zulaikha tidak normal pembentukan.

Tidak kurang juga dengan sewenang-wenang mengatakan Zulaikha terkena 'kenan' semasa emaknya mengandung.

Ada yang lebih teruk, setelah mengibas beberapa pelepah kelapa, mula mengeluarkan diagnosis, 'KENA KENCING JIN'.

Mulut orang, tiada siapa mampu menghalang.

Ibu bapa Zulaikha akhirnya akur. Hidup dan mati, semua atas kuasa-Nya.

29 FEBRUARI...

Tanggal tepat hari lahir Zalikha ketiga, akhirnya Zalikha dapat berdiri lalu melangkah berjalan sendiri.

Tidak gayat. Teguh. Dan terus boleh berlari.

Maka, bersyukurlah ibu bapa Zalikha mengadakan kenduri kesyukuran.

Atuk nenek, saudara-mara dekat jauh dijemput hadir.

Meriah.

Alhamdulillah.

----

"Comelnya cucu Nek Yah ni. Mari sini," panggil Nek Yah sambil melambai-lambai pada Zalikha.

Zalikha yang sedang berlari, terhenti.

Dua tiga langkah berundur.

Zalikha menggeleng-geleng kepala.

Ibu Zalikha, Halimah tersenyum.

Tubuh Zalikha didekati, dirangkul-tenang memujuk Zalikha.

"Ika. Tu nenek yah. Pergilah."

"Mari-mari. Nenek nak cium."

"Ika, jom."

Halimah mendukung anaknya menuju ke arah Nek Yah.

Zalikha meronta -ronta. Tangannya mengepak-ngepak, menampar-nampar pelukan ibunya.

"Ika. Ika. Kenapa ni? Tenang ye..."

Pujukan ibunya tidak lagi mampu menahan tantrum Zulaikha.

Akhirnya, Halimah terpaksa melepaskan Zulaikha.

"Maaf ye Nek Yah, mungkin Ika tak biasa."

"Eh, takpa-takpa. Biasalah budak kan."

----

Zulaikha melompat turun.

Langkah dibuka laju ke arah bilik tidur utama.

Ayahnya dipeluk erat.

"Tak nak ayah. Tak nak."

"Kenapa ni Ika. Cuba cerita pada ayah."

Yusoff mengusap belakang anaknya sambil mengucup ubun-ubun.

"Ika. Ika bukan taknak dekat Nek Yah, tapi..."

"Tapi kenapa Ika?" Tiba-tiba Nek Yah muncul menjenguk dari arah pintu bilik.

Nek Yah tersenyum luas sambil mulut terus berkumat-kamit mengunyah kapur sirih.

"Yusoff. Mak Yah balik dulu ye. Ni sampul hadiah hari jadi Ika ye."

Nek Yah beredar sambil tersenyum. Hadiah tu bukak pukul 7 petang ye.

----

Tetamu beransur pulang. Yang tinggal hanyalah mak ayah Halimah dan ibu Yusoff.

"Lawaklah tadi mak. Ika tu dengan Nek Yah tu pun tak nak. Haish macam-macam," sampuk Halimah sambil ketawa.

"Tapi-tapi. Ika bukan tak nak kat Nek Yah. Tu bukan Nek Yah."

Semua mata menjeling tepat le arah Zalikha.

Menunggu setia jawapan Zalikha. Yelah, kadang-kadang kanak berilusi.

"Zalikha. Cuba cerita. Tu Nek Yah la kan," pujuk Yusoff.

"Ayah. Ika kenal la tu orang ke tak. Ika nampak nenek tu muka kucing tapi ada tanduk."

"Ika. Dah-dah. Jangan main-main," keras suara Halimah seolah menafikan kenyataan Zalikha.

"Imah, jangan marah budak tu. Ada benda yang kamu tak tahu pasal Nek Yah tu," Pak Salim meninggi suara.

"Kenapa ayah?"

"Biasalah orang dulu-dulu kan. Benda tu kena ada. Nek Yah kan bidan dulu."

"Huwaaaa... Huwaaaa..."

Suara Zalikha tiba-tiba bergema. Suapan makan malam masing-masing terhenti.

Zalikha terjelopok dan meronta-ronta di atas lantai. Mulutnya terus menjerit dan melaung!

"Ayahhh.. emakkk... Kucing tanduk tu ada kat luar tingkap!" Raung Zulaikha.

"Yusoff. Ada apa-apa Nek Yah bagi?" Soal Pak Salim.

"Ada yah. Duit."

Yusoff bergegas mencari sampul diberikan. Sampul raya bewarna merah dihulurkan pada Pak Salim.

Lantas, Pak Salim terus membuka dan membelek setiap not wang kertas dilipat.

Salah satu wang dua ringgit itu tertulis perkataan siam. Entah apa maksudnya.

Yang penting setiap not ada tertulis sepatah perkataan siam.

"Kan ayah dah kata..."

Tanpa berlengah, Pak Salim terus membaca beberapa patah ayat suci lalu dihembuskan pada air masak.

Setelah selesai, air masak disapukan pada muka Zalikha. Selebihnya, air tadi direnjis pada tingkap yang ditunjuk Zalikha tadi.

"Okay. Kucing tanduk dah takda.." ucap Zalikha, lalu terus bermain dengan asyiknya seolah lupa dengan kisah kucing tanduk.

Alhamdulillah.

----

Selepas tiga hari, Nek Yah menghubungi Yusoff menanyakan khabar berita Zalikha.

"Apa khabar kamu sekeluarga. Ika sihat?"

Gagang telefon segera diletakkan.

Yusoff tak mampu berkata apa-apa. Hanya sekadar bersabar dan membaca apa yang patut.

Risau juga kalau-kalau...

Nauzubillahi Min Zalik.

---

SenyumanPerantau SP

Tinta Mistik Tabib GigiWhere stories live. Discover now