Tempek

7 0 0
                                    

"Dah tu? Jawab telefon pun tak reti ke. Terhegeh-hegeh."

Kami terdiam. Kali ni giliran kami dibebelkan.

Sejak hari pertama melapor diri, inilah apa yang kami kena hadapkan.

Pegawai Pergigian Yang Menjaga (PPYM) yang merangkap boss pun tak segarang dia.

Kalau PPYM memberi taklimat, dia lah yang menokok tambah. Kalau PPYM menegur sesuatu, dia sedia berhujah 100 helai garis panduan lengkap.

"Hah. Kau bisik apa lagi tu Cindy!" Bentak Dr. Haziq.

Cindy terkulat-kulat. Mulut terus terkunci. Suhaili cepat-cepat pandang ke depan.

"Korang ni bagi perhatian la sikit. Jawab call pun ada cara. Aku dah kerja enam tahun kat sini. Observe and learn what I do!"

Zalikha terdiam tunduk. Bukan takut, tetapi sekadar menahan sabar amarah yang mendidih.

"Ni bukan universiti. Sini kena cepat belajar. Bukan semua harap spoon feed korang je!"

Ezzaty mencebik, tetapi masih berhati-hati.

"Eleh, baru masuk dua minggu je kot. Relaks lah."

Ezzaty berbisik. Zalikha cepat-cepat memijak kaki Ezzaty.

Ezzaty tersengih-sengih. Zalikha terus menunduk.

Geram, benci berpadu.

Meluat melihat muka Dr. Haziq.

"Ha Zalikha. Cuba jawab apa yang kita buat kalau dapat call. Terang cepat."

"Bagi salam Dr," sahut Azri, DSA Surgeri 1.

"Hahaha. Diamlah kau. Jawab Zalikha. Belum aku tanya soalan dental lagi. Agaknya kurun keberapa baru dapat jawapan."

"Answer politely. Take details and focus listening all the facts, Dr."

Zulaikha menjawab ringkas. Kalau diikutkan hati, mahu sahaja dia tak melayan.

Namun, takut juga dikatakan kurang ajar.

"Don't mumble with your answers? Yakin lah sikit!"

----

Zalikha mengeluh letih. Letih melayan karenah Dr. Haziq.

Isu kecil dibangkit besar-besarkan.

Zalikha juga pelik dengan perangai Dr. Haziq. Mangsa serangan emosi selalunya pegawai-pegawai pergigian baharu.

Oh, lupa. Ditambah jenis jantina perempuan. Lagi-lagi menjadi ego dan 'karisma'nya.

"Zalikha. Come here. What is this?"

Zalikha bingkas bangun. Meja kedua di bilik Surgery 3 dituju. Kelihatan beberapa kad rawatan LP8 bersusun.

'Sudah. Mati aku...'

"Lain kali nak tulis LP8 ni biar ada cara, bukan main cekadak je tulis suka hati. Here and there berlambak salah. Ni tulis rekod pesakit, bukan surat cinta pakwe kau!" Bentak Dr. Haziq.

Zalikha diam. Satu persatu kesalahan dibetulkan dengan hati-hati.

Dr. Haziq pula beredar meninggal Zalikha. Sasaran dia pula menuju pada Ezzaty yang sedak terkial-kial mencabut gigi.

Sesekali terdengar suara Dr. Haziq memerli dan menyindir.

"Kau ni tak makan ke. Tumbuk sambal mesti tak pernah ni."

Pedih.

----

"Kau tak payah la ambik hati dengan mamat tu. Dia memang poyo kalah boss," tegur Zaidi.

Zaidi juga merupakan pegawai pergigian tahun pertama, tetapi ambilan awal tahun.

Zalikha tersenyum. Sesekali bertanya beberapa tips, maklumlah baru masuk dua minggu.

"Yang penting, ada benda takda dalam buku. Masa kerja baru tahu kita nak apply," ujar Zaidi.

Zalikha tersenyum. Hiba di hati banyak berkurang.

Bau menusuk tiba-tiba hadir. Busuk melekat.

'Bau taik'-monolog Zalikha.

Zalikha curi-curi pandang sekeliling.

Muka Zaidi masih berbual tenang.

Muka rakan sekerjanya yang lain juga tiada pelik atau cacat cela.

Raut muka pesakit juga tenang, tidak berkerut.

'Adakah aku sorang je bau?'

Zalikha bangkit dari kerusi. Mengintai Surgeri 3 di sebalik tiang.

"Allah." Spontan mulut Zalikha.

Kelihatan seekor lembaga kelabu sedang bertinggung- leka mengeluarkan tinja. Hancing air kencing juga berpadu bersekali keluar bersama tinja.

Seekor lagi lembaga menjongkok badan, mengutip tinja rakannya lalu dikepal-kepal menggunakan kedua belah tangan- membentuk ketulan sebesar dua penggenggam dewasa.

Kemudian, mereka ketawa berdekah-dekah.

"Kau ni apa la belajar dekat universiti dulu. Kes macam ni pun tak keluar-keluar."

"Sorry Dr." Balas Ezzaty sayu.

PRETTT- Bulatan tahi ditempek ke atas kepala Dr. Haziq. Kemudian, dilumur-lumur seluruh kulit kepala.

Semakin banyak dia membebel dan meninggi diri, semakin banyak najis bertempek menggunung di atas kepala.

"Azri, garu kepala aku jap. Aku gatal ni," arah Dr. Haziq.

Azri akur. Menguis-nguis tengah kepala Dr. Haziq. Terpancar kelegaan muka Dr. Haziq.

Seusai Azri mengangkat tangannya dari kepala Dr. Haziq, bertali-tali jalinan sisa di jari telunjuk Azri.

Yeks!

Zalikha geli-geleman. Loya dan mual bersilih ganti.

Jauh sudut hati, Zalikha seolah gembira dengan apa yang baru dilihat.

Kali pertama Zalikha nampak benda-benda begini langsung tidak merasa seram.

Puas hati?

Mungkin.

SenyumanPerantau SP



Tinta Mistik Tabib GigiDove le storie prendono vita. Scoprilo ora