ZW 33

7.4K 172 2
                                    

Diamati set baju lengan panjang bersama seluar itu dengan senyuman dibibir. Sesekali diusap perutnya yang sudah berusia 7 bulan. Kemudian di ambil pula sepasang mitten bercorak mickey mouse lalu dimasukkan ke dalam bakul yang dipegangnya.

Zehra berjalan di bahagian tuala dan juga mandian. Lama dia membelek jenis bedak dan syampo yang disusun rapi mengikut jenama. Laju tangannya mencapai set mandian carrier junior. Ingatannya mengingat kembali detik-detik bahagia bersama ibu dan ayahnya untuk menyambut kelahiran wardah dahulu.

"Kak long rindu adik.. Kak long rindu ayah.. Rindu umi.." Ujar zehra sendirian. Setelah agak lama berdiri di situ zehra berjalan pula menuju ke bahagian yang tersusun pelbagai jenis tilam dan katil bayi.

Dibelek-belek tilam berjenama itu. Sesekali tangannya mengusap-usap permukaan tilam yang empuk.

'Anak mama mesti tidur lena kalau dapat tilam lembut macam ni'. Getus hati kecilnya. Terasa tendangan si kecil. Bagaikan mengiyakan apa yang tercetus di dalam benak si ibu.

"Hi miss.. Can i help you?" Tegur seorang pekerja kedai bayi itu. Dia sedari tadi memerhati tingkah zehra. Ke hulur ke hilir membawa raga. Anggapannya mungkin zehra memerlukan pertolongan.

"Saya nak tengok-tengok jer.." Balas zehra.

Niat sebenarnya hanya mahu mencuci mata. Dia bukanlah orang senang untuk membeli katil dan tilam yang berharga lebih dari tiga ratus ringgit itu.

"So you nak beli apa miss?" Soal pekerja itu lagi.

Zehra mula berasa rimas. Apatah lagi setiap gerak gerinya diperhati tanpa kelip. Seolah-olah dia seperti orang jahat yang ingin mencuri barang di kedai tersebut.

"Apa-apa saya panggil awak.." Kata zehra. Dia berjalan kembali ke bahagian pakaian. Pekerja yang memakai tag nama mei ling membuntuti langkah zehra. Zehra yang berasa tidak selesa segera berpaling.

"Miss.. Kalau saya perlukan pertolongan awak saya panggil ya.." Mei ling yang seperti faham perasaan rimas zehra mengangguk. Dia tersenyum sebelum berlalu pergi.

Sedang zehra ralit memilih pakaian bayi telinganya menangkap satu suara. Zehra mengangkat pandangan memandang ke arah suara tersebut.

"Abang.. Baju ni comel la. Ayang nak boleh?" Soal si isteri yang sarat mengandung. Si suami mengangguk sambil mengusap pipi si isteri.

"Boleh.. Ayang nak beli satu kedai ni pun abang izinkan. Untuk anak kita.." Ujar si suami. Zehra terpaku melihat 'senario' di depan matanya. Tangannya mengusap perutnya. Terasa tendangan si kecil buat kali kedua. Bagaikan mengerti perasaan yang dialami si ibu.

Alangkah bahagianya andai aku seperti wanita itu. Ada suami yang sentiasa menemani dan menyayangi. Untung kau wahai bakal ibu, aku tidak sepertimu yang sentiasa menjadi permaisuri di hati suami. Aku hanyalah seorang isteri yang dianggap 'murah' oleh suami sendiri. Bahkan si kecil ini pun dibenci.

Zehra yang termenung tidak menyedari seseorang sedang merapatinya. Zehra tersentak apabila terasa bahunya ditepuk dari belakang. Segera zehra menoleh. Wajah aira yang tersenyum manis terpampang di ruang mata.

"Kau rupanya.. Terkejut aku!" Ujar zehra sambil mengurut-urut dadanya. Aira ketawa kecil.

"Mana tak terkejut dari tadi asyik termenung ja." Balas aira. Zehra perhati aira atas dan bawah. Dilihat gadis itu hanya 'tangan kosong'. Tidak membeli apa-apa.

Selalunya gadis itu pantang ke shopping complex. Penuh kedua belah tangan dengan barang yang dibelinya. Dan lagi menghairankan bagaimana aira tahu dia ada di mana sekarang.

"Macam mana kau tahu ada kat sini?"

"Haa ! Instinct aku kuat mengatakan kau ada kat sini. Sebab tu aku datang."

Zehra mengerutkan dahi. Jawapan yang diberi aira seperti tidak munasabah.

"Dah-dah.. Tak payahlah kau buat muka 'asam limau' kau tu. Aku temankan kau shopping. Baju jer kau beli?  4 helai jer? Cukup ke?" Bertubi-tubi soalan terbit dari bibir aira. Tangannya lincah membelek pakaian bayi yang dipegang zehra saat itu.

"Cukuplah.. Baby kan cepat membesar. Lagipun aku kena jimat duit. Tak nak membazir."

"Habis tu kau nak anak kau pakai baju yang sama setiap hari?" Bidas aira. Laju tangannya mencapai beberapa helai lagi pakaian bayi.

"Kau pilih jer apa kau nak , aku bayarkan." Kata aira setelah melihat zehra hanya diam membatukan diri.

Zehra menggeleng.

"Aku tak nak susahkan kau aira..."

"Tak susahkan pun. Aku lagi suka tau. Lagi pun bukannya untuk orang lain , untuk anak aku jugak. Mulai saat ni anak kau , anak aku. Kau ibu kandung dia, aku mama angkat dia". Ujar aira dan terus berlalu pergi memilih tilam yang mahu dibeli untuk si comel.

Zehra tersenyum kecil.

Di satu sudut seseorang begitu asyik memerhati tingkah mereka berdua. Matanya lebih tertumpu pada zehra. Renungannya setajam mata pisau.


















ENJOY YOUR READING GUYS ..

Please vote and comment .. 🌹

Tq

❤❤

ZEHRA WIDURI ✔Where stories live. Discover now