ZW 44

7.1K 175 13
                                    

"morning mama , papa.."

Megat nabhan melabuhkan duduknya di samping puan halijah. Briefcase diletak di sisi. Tali leher dibetulkan agar kelihatan kemas.

Cawan yang berisi nescafe suam dihirup bagi menghilangkan rasa dahaga lantas sekeping roti dilapisi peanut butter dicapai. Dikunyah perlahan sambil matanya memandang kosong ke satu arah.

"Kenapa ni? Pagi-pagi dah monyok. Nabhan ada masalah ke?" Tegur puan halijah. Cawan ditangan di letak atas piring kecil. Dia memberi sepenuh tumpuan kepada megat nabhan.

"Nothing ma.. serabut sikit." Balas megat nabhan ringkas. Telefon bimbitnya diperiksa.

Kosong ! Tiada balasan.

"Serabut dengan ain?" Soalan itu membuatkan tingkah megat nabhan terhenti. Dia hanya membalas dengan senyuman.

"Mama dah agak. Entahlah.. mama pun tak tahu tentang perangai ain tu. Degil! Tadi pagi-pagi lagi dah keluar. Sarapan apa pun tak. Bila mama tegur dijelingnya mama. Kurang ajar!" Bebel puan halijah tanpa menghiraukan perasaan megat nabhan.

Encik kamal mengerling sekilas pada puan halijah. Matanya kembali tertumpu pada surat khabar di tangan.

"Dia kerja ma.. lagipun hari ni dia pergi JB. Ada job baru katanya." Megat nabhan menyebelahi ain.

"Nabhan izinkan?"

Megat nabhan mengangguk.

"Nabhan gila ke? Izinkan ain pergi sana. Tunjuk badan sana sini. Suka orang tengok badan isteri sendiri?" Bertubi-tubi soalan terbit dari bibir wanita itu.

Puan halijah mendengus marah.

Sungguh dia tidak suka dengan keputusan megat nabhan. Diikutkan sangat kehendak isterinya itu. Dilihat anaknya itu seperti suami yang tidak bertanggungjawab. Semua mahu lepas tangan. Tegur isteri sendiri pun tidak. Dia hanya tahu diam dan terus diam.

"Mama tak faham dengan sikap nabhan. Terlampau bagi muka sangat kat isteri. Sampaikan isteri pijak kepala sendiri pun masih lagi berdiam diri. Mana sifat tanggungjawab nabhan sebagai suami? Nabhan suka ain jadi model tunjuk badan sana sini dekat orang. Suka jadi suami dayus?!!"

Perkataan dayus yang terbit dari mulut puan halijah menyentap tangkai hati megat nabhan. Terasa dengan kata-kata mamanya itu. Namun dia tidak menjawab sebaliknya dia hanya berdiam diri.

"Anak awak ni memang dayus!" Puan halijah menoleh ke arah encik kamal. Ditenung tajam suaminya yang selamba melipat surat khabar.

"Apa abang cakap? Saya tak dengar.." puan halijah berpura-pura bertanya. Walhal dia dengar dengan jelas apa yang diperkatakan suaminya itu.

"Saya cakap anak awak dayus. Puas hati awak puan halijah?" Perli encik kamal. Dihirup kopi kegemarannya. Tidak dihirau puan halijah yang sudah kembang kempis menahan marah.

"Ewah.. sedap mulut abang jer kan cakap anak kita macam tu."

"Tak betul apa yang saya cakap? Terang lagi bersuluh takkan awak nak sangkalkan lagi." Bidas encik kamal. Puan halijah menarik muka masam. Tak suka mungkin bila suami sendiri cop anak kesayangannya 'Dayus'.

"Papa nak tanya kamu megat. Tak ada langsung ke dalam diri kamu tentang rasa bertanggungjawab? Jujur papa malu dengan sikap kamu. Tua pada umur tapi otak bingai."

"Pa.." megat nabhan bersuara untuk membela diri. Namun dengan pantas encik kamal memintas percakapannya.

"Diam!" Jerkah encik kamal. Jari telunjuknya tepat ke muka megat nabhan. Megat nabhan terkulat-kulat manakala puan halijah pula menelan liur kecut perut. Jarang sekali encik kamal bersikap begitu. Faham benar mereka sekarang encik kamal benar-benar marah.

"Kau ingat papa tak tahu apa yang jadi dengan rumahtangga kau dulu. Kau ingat papa diam tak bersuara papa sokong semua keputusan kau?" Soal encik kamal tegas. Bahasa yang digunakan encik kamal sudah berubah. Matanya terjegil dengan riak wajah yang membengis.

"Kau buang anak isteri kau macam sampah. Kau pernah fikir tak perasaan isteri kau masa tu? Terlampau ikutkan hati dan perasaan sanggup kau lepaskan perempuan sebaik zehra."

"Eh abang ni.. nak sebelahkan perempuan tak guna tu pula. Memang patut pun nabhan lepaskan dia kalau perangai dia sendiri pun tak semenggah." Puan halijah memintas percakapan encik kamal.

"Awak diam lijah! Punca semua benda ni jadi disebabkan awak. Kalau awak tak racun fikiran megat benda ni takkan terjadi. Awak sedar tak awak dah buat satu dosa besar? Runtuhkan rumahtangga anak sendiri. Mana akal awak sebagai seorang ibu? Sepatutnya awak jadi penasihat bukannya batu api." Suara encik kamal meninggi. Geram dengan puan halijah yang tak habi-habis sebelahkan megat nabhan.

Sudah lama dia bersabar dengan sikap isteri dan anaknya itu. Dia tidaklah bodoh untuk menilai mana permata dan kaca. Selama ini dia hanya diamkan diri kerana dia tidak mahu masuk campur tentang urusan rumahtangga megat nabhan. Baginya anak lelakinya itu cukup dewasa untuk selesaikan hal sebesar itu. Tapi dia tidak sangka akhirnya keputusan itu yang diambil megat nabhan. Kerana terlampau ikutkan hati dan perasaan. Ibarat kerana mulut badan binasa.

"Sekarang padan la dengan muka awak. Dapat menantu hantu macam ain tu. Huh! Dari awal lagi aku tak berkenan dengan budak tu. Dari segi pakaian dan sikap satu pun tak elok. Awak dengar sini lijah, mulai saat ini aku tak nak dengar lagi awak masuk campur tentang rumahtangga mereka."

Encik kamal bingkas bangun dari duduknya. Kunci kereta yang berada di atas meja berdekatan dengannya dicapai.

"Dan kau megat.. ubah sikap kau. Kau bukanlah budak kecil untuk papa nasihat berulang kali. Papa tak nak ada masalah lagi dalam rumah ni."

Usai berkata encik kamal meninggalkan ruang makan itu. Megat nabhan mengeluh berat. Dijeling puan halijah yang hanya diam. Dengan kasar dia bangkit dari duduknya dan terus berjalan keluar dari rumah itu.



















Enjoy your reading guys ..

Please vote and comment

Tq

❤️❤️

ZEHRA WIDURI ✔Where stories live. Discover now