Prolog √

15.4K 970 117
                                    

SEBUAH kereta menyusuri lebuh raya yang agak sunyi. Mestilah sunyi sebab lalu jalan dalam dan agak terpencil. Hanya ada beberapa buah kereta saja yang lalu. Itu pun kadang ada, kadang tak ada.

Ketika itu, hanya kereta keluarga bahagia itu sahaja yang ada. Suasana di dalam kereta itu meriah dengan gelak tawa mereka.

"Ibu.. Ayah.. Terima kasih sebab happykan Adara hari ini." Ucap gadis itu sebelum dia tersenyum pada orang tuanya.

"Of course.. Adara adalah satu anugerah terindah untuk ibu dan ayah. You're our treasure dear. My one and only treasure." Si ayah pula membalas sambil tangan mengelus lembut kepala anak gadisnya.

"Amboi treasure dia sorang eh? Adara ni anak saya juga tau." Balas si ibunya yang berada di sebelah tempat pemandu. Dia menjeling suaminya sepintas lalu.

"I know, sayang. You're her mom after all and thanks sebab dah lahirkan anak kita. I love you."

Si isteri tersenyum malu mendengar ujaran suaminya. "I love you too, abang."

"Wuuu! Ibu ayah terlalu sweet. Adara rasa macam nak kahwin pula," gurau si gadis sambil ketawa. Saja mahu menyakat ibu ayahnya. Tak padan dengan umur baru 16 tahun.

"Tunggu Adara dah besar nanti okay sayang? Nanti mesti ada lelaki yang boleh jaga anak dara ibu ni." pesan ibunya seraya menoleh ke belakang mengusap rambut anak gadisnya itu.

Perbualan mereka terhenti apabila ada satu deringan telefon yang berbunyi dari telefon pintar si ayah.

"Sayang, bagi earpod abang tu kejap," pinta sang suami.

Tanpa buang masa, earpod diberikan pada sang suami. Lelaki itu terus menjawab panggilan dari seseorang.

"Hello. Siapa yang--"

"Inspektor.. Aku.. Aku dah tak mampu nak lawan mereka. Terlalu ramai. Aku nak bagitahu kau. Hati-hati. Mereka dah tahu kita undercover untuk perhatikan aktiviti haram mereka dan mereka sekarang tengah cari kedudukan kau sekeluarga!" Ujar seseorang yang ditalian dengan nada cemas.

Rahang sang suami bergerak menahan amarah. Isteri dan anaknya dipandang silih berganti.

"Kau dekat mana Amin? Kau okay tak--"

Banggg!!

"Amin!! Lari, Min, lari!! Selamatkan diri kau!" Si suami mula gelisah. Bunyi tembakan tadi menyentap kasar hatinya.

"Aku tak boleh. Aku tak mampu. Jaga keluarga kau. Aku pergi dulu--"

Talian dimatikan begitu sahaja dari seseorang. Lelaki itu mula tersandar dan memegang kejap stereng keretanya itu. Nafas ditarik dengan perlahan-lahan.

"Ke-kenapa abang? Amin okay ke?" Isterinya menoleh wajah suaminya dengan riak wajah yang agak risau.

Si suami hanya balas dengan pandangan resah. Anak gadis mereka yang berada di tempat duduk belakang  dari tadi menjadi pemerhati.

"Sayang.. I'm sorry. Dia tahu rancangan kita--"

"Abang!!"

"Ayahhh!!"

Strettt!!

Bummm!!!

"Ibu!! Ayah!!" Freya terus bangkit dari tidurnya. Dadanya ditepuk kasar.

Mimpi itu.. Mimpi yang sama hadir setiap malam. Freya mengesat keringat yang mengalir di wajahnya. Setiap kali mimpi itu datang, setiap kali itu lah jantungnya berdebar-debar.

"Ibu.. Ayah.. Adara rindu..." Air matanya mula mengalir lebat di pipi. Kepalanya digeleng laju dan tangannya mula menyeka air matanya.

Tak, tak. Dia tak boleh lemah. Dia tak boleh jadi perempuan yang terikat dengan masa lalu. Nafas ditarik dan dihembus perlahan-lahan.

Mrs. Darrell: His One And OnlyWhere stories live. Discover now