Bab 2 √

7.9K 682 74
                                    

WAJAH lelaki itu menyeringai dengan senyuman jahatnya. Matanya galak meneliti tubuh wanita itu seakan-akan dia mahu menakluki mahkota perempuan miliknya.

"Hi, sweetheart... Mana kau nak lari, hah?" Lelaki tersebut senyum senget sambil menapak mendekati Freya. Tangannya terus merangkul kasar pinggang wanita itu.

Freya menggigil. Dia terus meronta-ronta untuk melepaskan dirinya dari pegangan tangan jijik lelaki itu.

"Lepaskan aku lah!! Kau nak apa?!"

"Aku nak kau. Kau milik aku!!" Bentak lelaki itu dan dengan rakus dia menyembamkan wajahnya pada leher Freya.

Air mata wanita itu mengalir kerana dia berasa jijik diperlakukan seperti binatang. Binatang buas yang tak berhati perut!

"Sweetheart... Kau tak akan boleh lari dari aku. Aku akan buat kau jadi milik aku. Milik aku seorang!!"

"Arghhhhh!!" Jerit Freya sekuat hatinya menahan perit seolah-olah dia sudah terjerat dengan lelaki bertopengkan syaitan itu.

"Pergi kau. Pergi! Jangan sentuh aku!!"

Dahinya mengalirkan peluh rinik dan dingin bagai ada yang meletakkan sesuatu di atasnya. Namun, rontaannya masih belum berhenti dan badannya kian terasa lemah. Badan terasa digoncangkan tapi matanya langsung tak boleh dibuka.

Matanya pula sudah terasa basah. Suara tidak keluar dek kerana tekak yang terasa perit. Hanya air mata yang lebat mengalir membasahi wajah wanita itu.

"Freya!!"

"Bangun, Freya... Ini aku, Syafiqah. Jangan macam ni. Bangun lah!"

Freya terus tersentak dari tidurnya. Bajunya basah dek kerana peluh yang membasahinya. Dahi berkerut memandang sekeliling.

Mulut terketar-ketar menahan rasa takut. Mata pula galak memerhati tubuh badannya. Masih berbaju. Dia terus memeluk tubuh dan menyembamkan wajahnya pada lutut. Dia menangis teresak-esak.

"Ya Allah, Freya..." Syafiqah terus memeluk sahabatnya yang ketakutan itu. Dapat dia rasakan tubuh Freya menggigil hebat. Tangan Freya juga kesejukan tapi suhu badan wanita itu agak panas. Kemungkinan panas dalam.

"Kau demam ni, Freya. Aku masuk bilik cepat-cepat sebab dengar kau meracau. Kau mimpi buruk lagi ke?" Tanya Syafiqah sambil menggosok belakang gadis yang masih dalam pelukannya itu.

Freya hanya diam saja dan tak bercakap langsung. Satu per satu kejadian menimpa dirinya buatkan diri terasa lelah.

"Syaf..." serunya perlahan.

"Iya, Freya. Kau nak apa-apa ke?" Tanya Syafiqah prihatin. Dia memandang wajah sugul dan tak bermaya Freya. Hatinya hiba melihat keadaan Freya yang menyayat hati itu.

"Aku takut..."

"Jangan takut, Freya... Aku ada dekat sini. Jangan risau. Aku tak akan tinggalkan kau sorang-sorang lagi. Kau rehat dulu ya? Nanti aku bawakan sarapan untuk kau." Ujar Syafiqah seraya meleraikan pelukannya.

Dahi Freya berkerut memandang kawannya. Dah siang ke?

"Pukul berapa dah Syaf? Aku ingatkan malam lagi..."

Syafiqah yang mendengar hanya mampu gelengkan kepala. Dia bangun dari birai katil dan terus buka langsir dalam bilik Freya. Cahaya mula menerobosi ruangan bilik tidur yang agak gelap itu.

"Dah siang cik kak. Mr sunshine pun dah naik tegak atas kepala kau tahu tak? Sekarang dah pukul 9 pagi. Lagipun hari ini kan hari minggu. Tak perlu ke universiti." tutur Syafiqah sambil tangannya lincah mengemas bilik tidur kawannya.

Mrs. Darrell: His One And OnlyWhere stories live. Discover now