Bab 7 √

5.7K 607 96
                                    

DANISH IRHAM keluar awal pagi hari ini, tujuannya ialah satu. Untuk melawat ke rumah kebajikan yang telah siap dibinanya. Atas usaha kuat dari semua tenaga buruh yang ada, rumah kebajikan yang dia inginkan, telah siap dan dibuka.

Pada hari ini juga, ramai anak-anak yatim dari rumah kebajikan lama dipindahkan ke rumah kebajikan yang baharu. Kini, lebih banyak kemudahan yang ada di rumah kebajikan yang baharu sahaja ditubuhkan itu.

"Tuan, kita dah sampai." Ucap seorang pemandu peribadi lelaki itu.

Danish hanya menganggukkan kepalanya. Dia keluar dari kereta. Lebar senyuman lelaki itu apabila melihat rumah kebajikan yang gah dibina itu. Lebih besar dari rumah kebajikan yang lama.

"Alhamdulillah. Makin banyak kemudahan yang ada untuk mereka semua." Tutur Danish perlahan.

Dia dan beberapa orang pekerja yang lain melangkah masuk ke dalam perkarangan rumah kebajikan itu dengan senyuman.

"Assalamualaikum, Tuan Danish." Sapa penjaga rumah kebajikan merangkap orang bawahan Danish juga.

"Waalaikumsalam. Macam mana semuanya Zahir? Okay tak? Budak-budak semua selesa tak?" Tanya Danish kepada lelaki yang bernama Zahir itu tadi.

Zahir menganggukkan kepalanya sambil tersenyum.

"Semuanya okay, tuan. Mereka selesa dan lebih gembira bila dapat rumah baru. Besar dan cantik." Balas Zahir.

Danish menganggukkan kepalanya. "Jom lah masuk. Saya nak tengok keadaan dalam rumah ni."

Mereka semua masuk ke dalam rumah kebajikan itu. Tersenyum Danish melihat anak-anak kecil yang berada di rumah kebajikannya itu.

"Hai, assalamualaikum semua." TegurDanish apabila dia duduk di meja makan yang menempatkan anak-anak kecil itu.

Semua anak-anak kecil itu tersenyum lebar sebelum menjawab salam yang diberikan oleh seorang lelaki yang mereka tidak pernah lihat dan kenal sebelum ini.

Semasa di rumah lama, Danish tidak menunjukkan muka pada anak-anak dan pekerja disitu. Hanya sesekali dia datang melawat itupun hanya untuk berjumpa Zahir. Masalah dan kesihatan anak-anak semua dia tahu dari lelaki itu sahaja.

"Okay semua. Ni tuan Danish. Dia owner rumah kebajikan ni tau. Jadi semua kena hormat dekat dia." Kata Dayah, isteri kepada Zahir.

"Baik umi!" Memang sejak dari dahulu lagi, mereka semua akan memanggil Dayah sebagai umi. Jadi dapatlah mereka rasa seperti ada ibu kan?

"Kauorang semua boleh panggil saya, abang Danish. Tak perlu nak panggil tuan Danish, okay?" Pinta Danish pula.

Mereka semua mengangguk kepalanya.

"Hari ni abang akan belanja korang semua makan. Nak tak?"

Bersinar-sinar mata mereka mendengar kata-kata yang keluar dari mulut Danish.

"Nakk, nakk!!!" Jerit mereka dengan girang.

Danish tergelak kecil. "Okay kejap abang suruh uncle-uncle ni ambilkan makanan untuk korang semua ya?"

Melihat persetujuan dari penghuni rumah itu, terus Danish mengarahkan pekerja yang dibawa ke sini untuk mengambil dan mengagihkan makanan.

Mrs. Darrell: His One And OnlyWhere stories live. Discover now