Bab 3 √

6.9K 624 109
                                    

HARI INI seperti hari biasa bagi seorang student. Sudah semestinya hari isnin, hari yang paling tidak diminati oleh para pelajar sekolah atau universiti. Eh, orang bekerja pun kadang-kadang tak suka apabila masuk ke hari isnin. Monday blues gitu.

"Mana lah pensyarah kesayangan kau ni, Riz? Lambat betul dia masuk kelas," keluh Freya seraya meletakkan kepalanya di atas meja.

Rizyan yang berada di sebelah Freya tergelak kecil. "Kau ni sabar lah. Kau buat apa malam tadi sampai nampak tak bersemangat aje pagi ni? Assignment ke?" Tanya Rizyan pula.

Freya menggelengkan kepalanya. "Tak pun. Aku layan Netflix aje..." Tutur Freya sambil tersengih-sengih memandang ke arah sahabatnya itu.

Rizyan menjulingkan matanya. Aku dah agak dah!

Sedang mereka berbual kosong, pintu dewan kuliah dibuka dari luar. Terpampang muka pensyarah muda mereka. Dan bermula lah kuliah mereka pada hari ini.

Hampir 3 jam berada di dalam dewan kuliah, akhirnya pensyarah muda itu menamatkan kelas.

"Kau nak pergi kerja terus ke Freya?" Tanya Rizyan yang berjalan bersebelahan dengan Freya sambil menuju keluar dari dewan kuliah.

Freya menganggukkan kepalanya. "Haah, Syaf mesti dah ada dekat sana."

"Kau nak aku hantarkan kau tak? Kereta kauorang, Syaf guna kan?" Tawar Rizyan.

Freya memandang ke arah Rizyan sambil tersengih. "Aku okay aje kalau kau nak hantar. Tak ada lah membazir duit aku nak naik teksi."

Rizyan menjuihkan bibir mendengarnya. "Ha, jom lah. Nanti lambat pula kau sampai kafe."

Freya menganggukkan kepalanya. Mereka berdua berjalan menuju ke arah kereta milik Rizyan. Anak orang kaya, biasalah tu. Kereta pun mak bapak yang belikan so tak payah nak fikir susah susah untuk cari duit.

Tapi satu yang Freya suka dengan Rizyan ni, dia jenis tak suka menunjuk kekayaan dia dekat orang. Dia lebih suka bersederhana sahaja macam pelajar-pelajar lain.

"Lepas ni kau terus balik rumah ke, Riz?" Tanya Freya sebaik sahaja kereta yang dipandu oleh Rizyan meluncur laju di atas jalan raya.

"Tak, aku ingat nak singgah kedai buku kejap nanti. Nak beli something yang boleh dijadikan rujukan semasa buat assignment." Balas Rizyan.

"Kita satu group kan kali ni?"

"Haah, kau ada nak kirim apa-apa tak?" Tanya Rizyan pula.

"Kau beli jelah buku yang boleh dibuat untuk rujukan juga. Nanti aku bayar okay?"

Rizyan hanya menganggukkan kepalanya faham.

"Kau dah okay Freya?" Tanya Rizyan.

Freya memandang ke arah lelaki itu sambil mengeluh kecil. Dia faham apa yang cuba disampaikan oleh Rizyan.

"Aku okay. Kau jangan lah risau." Kata Freya.

"Kalau tak okay, jangan pendam, Freya. Syaf ada, aku ada, kau boleh aje luahkan dekat kami."

Freya diam. Dia tahu, dia ada kawan-kawan yang boleh diajak berbual dan meluahkan tapi.. entah lah. Untuk kali ini, dia lebih selesa untuk mendiamkan diri.

"InsyaAllah. Aku cuba. Kau jangan risaukan aku." Balas Freya.

Rizyan hanya menganggukkan kepalanya. Dia faham, susah bagi Freya menceritakan segalanya pada dia atau Syafiqah. Mungkin Syafiqah ada tahu serba sedikit tetapi bukan semua. Jadi, apa yang dia dan Syafiqah boleh buat adalah memberikan sokongan sahaja kepada wanita itu.

Mrs. Darrell: His One And OnlyМесто, где живут истории. Откройте их для себя